Broaden: English Article for blog

Broaden: English Article for blog| Kalau anda perasan perkataan Broaden News di blog ini, ianya adalah sesuatu yang baru saya letakkan dalam blog BILALELAKIBERBICARA.COM. Sebenarnya saya mendapat email berkenaan tawaran untuk meletakkan pautan artikel berbahasa Inggeris di blog pada minggu lepas melalui Broaden. Sebelum saya bersetuju untuk meletakkan pautan Broaden, saya membuat semakan di laman sesawang Broaden itu sendiri supaya mengelakkan sama ada email yang saya terima itu adalah daripada spam atau sebagainya.

Apa itu Broaden? Broaden adalah platform artikel berbahasa Inggeris daripada luar negara yang menyampaikan kandungan artikel premium untuk memenuhi keperluan penerbitan kandungan anda. Banyak juga artikel yang sangat berkualiti untuk dibaca dengan hanya klik ke pautan yang tersedia di dalam blog ini tanpa perlu mengunjungi sumber asal artikel tersebut. Artikel-artikel terdiri daripada kategori artikel berbentuk Kesihatan, Perjalanan, Permulaan & Internet. Sebagai penyedia platform Broaden untuk dipaparkan di dalam blog, pemilik blog juga boleh menyumbang artikel berbahasa Inggeris untuk dimasukkan ke dalam Broaden News yang mungkin akan dibaca oleh pembaca blog luar negara melalui Broaden News.


Apa yang menariknya Broaden News ini, saya menjangkakan "Engagement" pengunjung blog akan lebih lama berbanding sebelumnya kerana pengunjung blog tidak akan keluar daripada blog ini jika ingin membaca artikel yang terdapat di pautan Broaden News. Hal ini akan mengurangkan lagi kadar "Bounce Rate" blog ini di mana pada saat sebelum ini adalah sekitar 59.50% sahaja.

Blog's Visitor Engagement, Blog Bounce Rate

Kadar ini saya lihat masih berada dalam kedudukan tinggi kerana pengunjung masih belum mendapat maklumat yang mereka benar-benar perlukan melalui blog ini. Pendapat saya, jika sesebuah blog dilawati dalam tempoh masa yang agak lama bermakna pengunjung lebih rasa selesa, mendapat maklumat yang dicari dan berminat untuk lebih tahu kepada semua artikel yang terdapat di dalam sesebuah blog.

Apa yang saya perasan adalah setelah memasang kembali Widget Popular Post, Blog Archive dan yang terbaru adalah Matched Content daripada Google Adsense, kadar "Bounce Rate" blog ini semakin menurun. Sebelumnya saya cuba meringkaskan dan membuangkan beberapa Widget supaya lebih ringan dan "simple". Hal ini mungkin boleh disimpulkan bahawa betapa pentingnya Widget tersebut bagi sesebuah blog. Perbezaan ketara mungkin disebabkan enjin carian berkemungkinan tidak mampu menyelusuri beberapa kata kunci pada artikel yang tersimpan di dalam blog setelah Widget tersebut dipadamkan. Ini hanya satu kemungkinan dan saya bukan pakar berkaitan hal ini. Blogging adalah berkaitan menikmati eksperimen maya.

Broaden News Widget Landing Page, Broaden News Sidebar Widget

Berbalik kepada Broaden News tadi, jika anda mahukan sesuatu maklumat atau artikel berbahasa Inggeris, boleh klik dan tinjau pada pautan yang telah saya sediakan di blog ini. Selain itu juga, saya juga telah memasang Custom Search Engine (CSE) pada pautan Search yang akan memaparkan keputusan carian sama seperti Google. Jadi anda tidak perlu keluar ke Google untuk mencari maklumat yang anda mahukan berbanding sebelum ini. Cuma taip kata kunci di ruangan Search dan Google akan memaparkan keputusan cariannya. Walau bagaimanapun, carian ini tidak akan memberi pulangan kepada pemilik blog. Ianya lebih kepada meningkatkan kadar engagement pengunjung dalam sesebuah blog. Jika tidak percaya cubalah.

Custom Search Engine (CSE), Google Adsense

Saya mengharapkan sesuatu yang positif daripada Broaden News untuk memberikan maklumat yang dikehendaki oleh pengunjung blog ini supaya manfaat yang ada dikongsi dan disebar bersama kepada orang lain. Setiap saat berblogging sentiasa menuntut perubahan yang lebih baik dan berguna kepada pengunjung blog dan saya bersyukur menjadi salah satu daripada penyedia platform untuk Broaden News: English Article for blog. Wallahualam.

10 Comments

bagus tu, dapat membeikan manfaat buat yang memerlukan

Semoga broaden news Akan memanglah lagi blog awak ye

Awa baru dapat tawaran dari Broaden untuk berkerjasama.. tengah mikir2 ni :D

Kalau ada ruang boleh lah letak Awa... Hihi...

LZ pun sudah bekerjasama dengan Broaden.. Suka juga baca Broaden news..

Betul tu sis... banyak juga quality english article dalam tu...

Wahh bounce rate tuan... blog sendiri masih tinggi lagi nii... x pernah bekerjasama lagi dengan broaden nihh.. sana sini dah dengar dah blogger lain berkolaborasi

Saingan blog sis wani tinggi gak pada blog-blog niche yang sama.. InsyaAllah boleh improve lagi pada masa hadapan...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon