Cara buat duit dengan merakam untuk youtube video

Cara buat duit dengan merakam untuk youtube video| Sesuai untuk mereka yang suka mengabadikan kenangan seharian melalui rakaman video. Jika hobi merakam video ragam anak-anak, bukan sahaja meraih populariti melalui viral sahaja, sebenarnya anda mampu mendapat lebih daripada itu dengan manfaat pengiklanan Google Adsense.

https://www.youtube.com/channel/UCV44KUP_CnajswuwHwHwZLA

Manfaat pakej, bakat dan masa

Bakat dan masa bukan semua orang ada. Selain daripada itu, jika anda dianugerahkan memiliki pakej yang sempurna, ia wajar digilap sebaik mungkin agar menjadi aset penting supaya mampu menjana pendapatan sampingan. Boleh dikira anda mampu melakukan dua kerja dalam satu masa jika pengurusan anda sangat cemerlang. Bakat terpendam semulajadi dalam diri anda meliputi aspek yang sangat luas. Sifat kelakar, kreatif, berkemahiran adalah contoh bakat yang sangat berpotensi memperolehi pendapatan tanpa had bergantung sama ada ianya berlaku pada jalan yang baik atau tidak.

Pakej sempurna yang dimaksudkan adalah antaranya memiliki wajah komersial, personaliti diri yang menarik serta memiliki pengetahuan mendalam berkenaan banyak isu. Hal ini kerana jika anda mahu berjaya tanpa ilmu, maka banyaklah elemen mengambil kesempatan atas kejayaan yang telah dikecapi tetapi sebaliknya jika anda pandai mengatur perjalanan semasa meniti titian kemasyhuran, maka anda mampu bertahan lama dalam bidan yang diceburi. Masa adalah elemen yang sangat penting semasa proses membuat video, proses mengubah video atau proses-proses berkenaan dalam pembikinan sesuatu video. Walau bagaimanapun, kadangkala video spontan menghasilkan pendapatan lebih baik berbanding penghasilan berjam-jam lamanya.

Platform You Tube - Adsense

Salah faham berkaitan Adsense hanya untuk blogger sahaja tidak benar sama sekali. Adsense melalui Google adalah penyedia perkhidmatan pengiklanan bagi sesuatu produk dan blogger adalah medium iklan disampaikan kepada pasaran. Manakala kerjasama You Tube dan Adsense adalah salah satu daripada usaha sama seperti Syarikat - Adsense - Blogger. Justeru memahami gerak kerja usaha sama antara Syarikat - You Tube - Adsense - Anda, maka tugas anda hanyalah menghasilkan video (tertakluk terma hakcipta terpelihara) dan sebarkan kepada umum melalui platform You Tube sambil menikmati faedah daripadanya. Saat ini difahamkan banyak akaun Adsense You Tube telah digantung dan sebagainya kerana melanggar polisi hakcipta dan sebaiknya video yang anda hasilkan atau "upload" adalah asli milik anda sendiri.

Cara menjana pendapatan sampingan melalui You Tube - Adsense


Pertamanya anda seharusnya memiliki akaun email daripada Gmail. Mengapa Gmail? Hal ini kerana memudahkan proses selanjutnya selaras cadangan daripada Google iaitu "one account Gmail for all." Contoh email: master@gmail.com. Buat akaun baru jika anda tidak memiliki langsung akaun email Gmail.

Kemudian masuk "Login" You Tube menggunakan email tadi. Sekadar cadangan, proses pendaftaran You Tube haruslah dibuat menggunakan platform Google atau menggunakan komputer dan laptop sahaja. Elakkan pada peringkat ini mendaftar melalui You Tube yang dimuat turun daripada Google Play Store kerana agak sukar membuat kemaskini pada akaun You Tube anda. 

Setelah selesai mendaftar masuk ke akaun You Tube, klik Creator Studio pada ikon akaun anda. Selepas itu anda akan melihat terdapat menu Channel. Klik Channel dan pilih Status and Features. Cari Monetization dan klik Enable. Secara ringkasnya Login>Creator Studio>Channel>Status and Features>Monetization>Enable.

Selepas itu, daftar Google Adsense menggunakan email yang sama semasa pendaftaran akaun You Tube tadi. Setelah mendaftar, Apply for Adsense for Video pada pautan My ads>Other Product.

Yang terakhir, pastikan akaun You Tube anda dilihat sebanyak 10000 kali (views) barulah pihak You Tube akan menilai permohonan anda sama ada diluluskan atau tidak. Lihat contoh Channel ini [Bila Lelaki Berbicara Channel]. (Jangan lupa jadi Subscriber)

Video, Tajuk, Kualiti, Hak Cipta

Akhirnya, penghasilan jumlah pendapatan daripada You Tube bergantung kepada elemen di atas. Cara penghasilan video, tajuk video yang mampu menarik pengunjung melihatnya, kualiti video yang dihasilkan dan paling penting pemilikan hak cipta kepada video tersebut. Masa ini, Adsense sedang mengemaskini pempamer iklan (pemilik akaun) setiap masa dan sangat sulit untuk mendapatkan kembali akaun yang melanggar polisi Google Adsense walau proses lulus Adsense mudah berjaya dengan kaedah dan tips lulus Adsense yang terbaik.

24 Comments

Bila berbakat salurkanlah pada yang sewajarnya agar manfaatnya bukan semata di dunia....malah untuk dituai di SANA kelak..insyaAllah.Amin.

Kawan GV ada beritahu kalu guna YouTube untuk Google Adsense mmg masyuk. GV pun teringin explore dunia you tube ni. Tapi GV nak kukuhkan diri dalam dunia blog dulu sebab GV masih kategori bayi dalam dunia blog. hihi. Good info Mr Noor Azlan. :D

hehehe adsense kat blog pun x lulus² lagik.. adehh... youtube x aktif sgt pulak.

Pernah ada account youtube satu ketika dulu. Tapi tak berapa aktif pun.

Jom terjah entri CCL
http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2017/08/7-cara-menjawab-soalan-temuduga-dalam.html

Ya benar Sis PC... InsyaAllah...

Ya betul tu GV, bergantung pada usaha dan kebijakkan kita, saya juga masih baru, dengan kemampuan yang ada, InsyaAllah akan cuba sehabis baik...

Sabar Sis Lea, InsyaAllah jika telah melakukan perubahan ikut apa yang Adsense nak, mesti boleh lulus...

Jika berminat boleh cuba lagi tu CCL..

kalau ada bakat boleh sajakan, tapi saya ni akaun youtube pun takde, harap blog suam2 kuku tu sajalah hehehe

Nak jadi youtuber.. tapi ai pemalu.. so youtube tu dah usang macam tu je..

satu lagi saluran untuk menjana duit internet..

perkongsian menarik

saya ada akaun tetapi belum dikomersialkan..

dah lama dah tahu yg you tube pun boleh jana income dgn adsense ... insyaAllah dari semasa ke semasa nak belajar ... tq sudi sharing ilmu ..

InsyaAllah boleh cuba sis... Mana tau rezeki... sama-sama boleh kita belajar...

Jangan tunjuk muka, tunjuk apa Aisya masak ke, buat kuih ke...

Boleh cuba tu Mr Hanafi, tuan idea banyak. Mana tau boleh berjaya.

Welcome sis, InsyaAllah kita maju sama-sama...

ana adsense pun xlepas lagi. insyaALLAH soon. doakan ye :)

semoga terus berjaya tuan

InsyaAllah sis, dah nampak ada perubahan dalam blog sis... InsyaAllah akan diluluskan...

busyra xada akaun utube en lan. hehe. x tau nk letak apa dlm akaun tu. tp ni prkongsian yg bagus untuk sesiapa yg ada akaun utube.. adsense boleh jana pndapatn dri sgala media sosial

Busyra boleh letak video hasil2 business card yang Busyra buat....

I heard about penggunaan AdSense for Youtube but don't know how to insert the codes. Should have explore more!

http://panphila.blogspot.my

Actually, automatik once kita set up di Ads Settingnya di You Tube...

Video youtube adsense dah boleh jana income.

Setakat ini dah clame USD100.

Video saya berkaitan buat kek.

Terima kasih di atas perkongsian bro
.

Wow, hebat... nanti boleh minta tips ni...

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati dan sebagainya yang secara jelas menyalahi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] - SKMM.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi.

Don't hesitate to contact me at azlan7783@gmail.com for any review, advertorial or anything else.
EmoticonEmoticon