Esok raya masak apa?

Selamat Hari Raya Aidiladha| Esok umat Islam akan meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha. Bagi individu yang tidak pergi ke Makkah untuk menunaikan haji pada tahun ini, aktiviti sembahyang raya, mempersiapkan juadah serta melakukan ibadah korban sebagai tanda perayaan Aidiladha disambut di negara ini.

Pengertian korban sangat luas. Pengorbanan wang ringgit kepada golongan memerlukan melalui zakat adalah korban. Pengorbanan membantu mereka yang dalam kesusahan membayar kos rawatan di hospital adalah korban. Melakukan ibadah korban semasa perayaan Aidiladha adalah korban. Pengagihan daging korban kepada golongan yang sukar sekali membeli daging adalah pengorbanan yang memberi nikmat sangat besar kepada masyarakat setempat. Selain daripada mendapat manfaat di akhirat kerana melakukan ibadah korban, manfaat yang kita berikan kepada masyarakat tempatan melalui daging korban adalah salah satu bentuk sifat merendahkan diri kepada Allah SWT sebagai tanda mensyukuri rezeki yang telah Allah SWT berikan kepada hambaNya.

Alhamdulillah pada sambutan perayaan Aidiladha pada kali ini, ada juga beberapa ekor sapi yang akan menjadi korban pada hari sabtu nanti. Maka dapatlah saya bawa anak lelaki untuk melihat secara lebih dekat bagaimana ibadah korban dijalankan. Diharapkan anak saya tidak ajak balik awal disebabkan takut. Lelaki kena gagah kan?

Kupas bawang merah, bawang putih, halia, resepi mee kari

Persiapan juadah ala kadar saya dan isteri buat untuk tahun ini. Memandangkan kebanyakkan jiran sudah balik ke kampung halaman, kami tidak buat banyak makanan supaya tidak terlalu membazir nanti. Tambahan lagi, tiada aktiviti ziarah menziarahi bagi perayaan Aidiladha. Jadi tiada kuih muih seperti perayaan Aidilfitri.

Plan asal untuk esok kami mahu buat mee kari dan ayam masak kari sahaja. Saya sempat snap gambar bawang merah, bawang putih dan halia yang telah sedia dikupas sebab esok pagi senang sikit mahu masak. Campak-campak sahaja. Kalau tidak dikupas awal, memang lambatlah makan esok pagi. Apatah lagi dengan karenah anak-anak. Terkejar-kejar dengan anak-anak macam acara marathon.

Di kesempatan ini saya ingin juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua rakan-rakan blogger dan pengunjung blog ini. Nikmat syukur kerana berkat sokongan anda semua, semangat untuk menulis tidak pernah padam. Anda telah berkorban masa, tenaga, data internet kepada saya maka saya akan korbankan masa dan idea saya untuk terus menulis biar apapun perkongsian yang dibuat dalam blog ini. Hidup ini penuh pengorbanan. InsyaAllah moga kita semua memperoleh manfaat bersama. Yang kurang adalah saya dan Allah SWT jua pemberi manfaat kepada sekalian alam. Salam Aidiladha 1438H. Wallahualam.

8 Comments

Salam aidiladha jugak. Kami wat rendang ayam makan dengan ketupat. Hee

Wah sedap tu rendang.... Rendang time raya memang sinonim... tak ada tak sah kan...

salam aidiladha mr, noor azlan ..
menu pagi aidiladha hari ni ketupat rendang , nasi impit kuah kacang , lontong .

Sedapnya lontong tu.... lama tak makanbalik lontong...

Salam Aidiladha juga buat Busyra....

Salam aidiladha
Biasalah lan menu raya.
ketupat,lemang, rendang lodeh mesti ada.

Sedap tu pak cik... rindu kat rendang...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon