Hashtag #jangantakutnuklear by KP Nuklear

Hashtag #jangantakutnuklear by KP Nuklear Malaysia| Baru-baru acapkali saya melihat hastag #jangantakutnuklear daripada Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Dr. Mohd Ashhar Bin Hj. Khalid dalam posting beliau di laman sosial rasmi Facebooknya. Agak tertarik dengan hastag #jangantakutnuklear tersebut, entri ini ditulis untuk mengulas isu berkaitan perkara #jangantakutnuklear tersebut. Ini hanya pandangan kecil daripada orang kecil sahaja.

Hashtag #jangantakutnuklear, radioaktif nuklear, bahaya radioaktif

Saya adalah salah seorang bekas kakitangan yang pernah bekerja di Agensi Nuklear Malaysia. Anda boleh baca entri terdahulu seperti Pengalaman kerja bahaya nuklear radioaktif dan  Nuklear Malaysia: Kerjaya Kakitangan Awam. Nuklear, sinonim pada pendapat orang awam adalah berkaitan isu Lynas, Reaktor Nuklear (Fukushima) atau Bom Nuklear Korea Utara dan seumpamanya. Tidak dinafikan realiti itu wujud. Kewujudan entiti-entiti tersebut lebih menggambar tentang bahaya dan mendatangkan kesan buruk kepada orang awam khususnya terhadap rakyat di negara ini. Oleh itu #jangantakutnuklear diperkenalkan oleh pengurusan tertinggi Agensi Nuklear Malaysia untuk meleraikan sedikit kegusaran orang awam terhadap elemen semulajadi bumi, sumber radioaktif nuklear.

Hakikatnya bagi mereka yang sering berurusan atau bekerja secara langsung dengan elemen radioaktif nuklear dalam tugas seharian, mereka tidak akan berasa takut atau bertindak menjauhi daripada bahan tersebut. Mengapa? Hal ini disebabkan setiap faktor risiko telah dinilaikan, langkah tindakan cemas sentiasa dalam kesiapsiagaan yang tinggi, semua prosedur ketika berurusan dengan bahan tersebut adalah antara silibus penting semasa berkursus sebelum membolehkan seseorang menjadi personal berkelayakan untuk terlibat dalam menguruskan, memegang, mengangkut dan sebagainya. Sebagai contoh perbandingan, jika seseorang yang bekerja di dapur. Mengapa tidak takut akan minyak panas atau bahaya tong gas meletup serta bahaya lain seperti benda tajam? Hal ini kerana anda telah memiliki pengetahuan dan kemahiran untuk mengamalkan langkah-langkah selamat semasa berada di dapur. Bezanya anda tidak pernah menjalani kursus yang dianjurkan bagi mendapat kemahiran seumpama itu memandangkan kadar risiko bahayanya yang agak rendah.


Jika anda mengatakan ianya perbandingan yang tidak adil maka saya unjurkan satu lagi perbandingan adil buat anda. Bagaimana pula anda mampu menghadapi bahaya sinar X-Ray di klinik mahupun di hospital, memakan makanan yang telah dinyahkuman oleh radiasi (nuklear), menggunakan kemudahan MRI, Radio-Iodin bagi pesakit Tyroid dan banyak lagi tanpa ada rasa takut? Adakah itu bukan bahaya dan mendatangkan kesan buruk kepada diri anda seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak?

#jangantakutnuklear wajar membuka mata orang ramai untuk menerima kemajuan dan teknologi sedia ada sekiranya aspek prosedur keselamatan telah menduduki hirarki tertinggi dalam keutamaannya. Semua bidang pekerjaan mahupun aktiviti harian mempunyai risiko dan bahaya tersendiri. Perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana memastikan kita melakukan semua aktiviti berbahaya dengan sikap yang betul dan mematuhi prosedur keselamatan yang telah ditetapkan dalam manual standard. Tidak dinafikan setiap perkara baik ada kesan buruknya bergantung dengan bagaimana cara kita menguruskannya. Sebelum kita menolak #jangantakutnuklear, adalah lebih baik kita fahami terlebih dahulu apa itu nuklear sebelum kita membuat sebarang penilaian. Wallahualam.

16 Comments

terima kasih berkongsi info, jika dengar nuklear mestilah takutkan

betul jugak tu lan. yela, kalau cakap takut dengan nuklear, habis radiasi smartphone skang lagi la bhya sbnrnya. kena banyak mmbaca nii

Good info Tn. NA..
Selama ni bila dengar perkataan nuklear terus risau ttg radiasi.. Sebenarnya kena ada sikap ambil tahu ttg nuklear supaya betul2 faham..

Setuju dengan pendapat Mr Noor Azlan. Mungkin perlu ada satu kempen besar-besaran untuk nyatakan kepentingan nuklear ini. Sekarang ini ramai yang takut pada nuklear kerana kisah2x sejarah dunia yang berkaitan nuklear ini banyak kurang enak didengar. Jadi di situ secara tidak langsung sudah menutup info positif mengenai penggunaan nuklear untuk kemajuan pembangunan tamudan manusia amnya.

Ya kan, ada benda bahaya yang selalu juga kita guna kan tapi tak sedar...

Terima kasih sis LZ... Memang kena ambil tahu supaya kita dapat menghadapi risiko bahayanya kelak..

Kalau kat sini susah juga nak kempen... ramai yang bangkang walau tanpa ilmu... huhu

good info. memang saya sendiri tak tahu sangat pasal nuklear2 ni.

Terima kasih sis...moga bermanfaat...

walaupun masa kat ukm dah belaja semua langkah keselamatan radiapharmaceutical, still rasa macam takot. baca ni rasa macam tak adil pulak dok takut tak pasal.

bagusnya diorang try keluarkan awareness macam ni.

// afifahaddnan

Dulu masa sebelum cikla di suruh buat rawat radioiodine utk rawatan tiroid, memang seram jugak. Iyelah, benda beradiasi kan. Kurang pendedahan dan kurang ilmu. Tapi, lepas cikla diberi penerangan yg jelas oleh doktor, alhamdullillah cikla sudah pun melalui rawatan tu dengan baik. Syukurlah...

Ya Afifah... Takut perlu ada sebagai tanda kita perlu berhati-hati.. tapi takut tanpa tahu sebab itu merugikan..

InsyaAllah cikLa akan cepat sembuh.... Amin...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon