Jenis sihir dan tanda terkena sihir

Jenis sihir dan tanda terkena sihir| Sihir adalah kaedah halus yang digunakan untuk mendatangkan mudarat kepada manusia. Asal usul sihir telah bermula apabila dua malaikat bernama Harut dan Marut diutus oleh Allah SWT di Kota Babilon, Iraq. Kota Babilon telah wujud pada zaman sebelum Nabi Ibrahim A.S lahir.

Jenis sihir dan tanda terkena sihir, cara rawat sihir, sihir

Asal usul sihir atau ilmu hitam

Malaikat Harut dan Marut didatangkan kepada manusia sebagai ujian. “Kami adalah ujian dari Allah SWT. Jadi jangan melakukan kesyirikan dengan belajar bersama kami”. Kedua-dua malaikat mengingatkan sesiapa pun yang datang kepada mereka untuk belajar sihir. Kedua-dua malaikat membawa pengetahuan tentang cara berhubungan dengan bangsa jin dan diizinkan oleh Allah SWT untuk mengajar manusia yang ingin belajar daripada keduanya.

Mereka belajar sesuatu dari kedua-dua malaikat tersebut perkara berkaitan merosakkan hubungan antara suami dan isterinya. Mereka juga belajar ilmu hitam yang dapat mencelakakan orang lain. Walau bagaimanapun, ilmu hitam itu tidak akan pernah dapat mencelakai siapapun kecuali atas izin Allah SWT. Sebagaimana firman Allah:

“Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah.” (Qs. Al-Baqarah[2]: 102)

Allah SWT juga berfirman:

“Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudharat kepada mereka dan tidak memberi manfaat.” (Qs. Al-Baqarah[2]: 102)

Allah SWT menegaskan bahawa sihir, tangkal, atau ilmu hitam itu sebenarnya tidak ada pengaruhnya kecuali Allah SWT mengizinkannya. Mereka yang belajar dengan keinginan untuk mencelakakan orang lain, tapi Allah SWT menjelaskan bahwa sebenarnya mereka hanya akan mencelakakan diri sendiri. Kesan menggunakan sihir untuk sesuatu yang mencelakakan orang lain adalah kehilangan iman. Ketaksuban seseorang untuk menunjukkan kuasa dengan pertolong jin dan syaitan menghancurkan akidah pengamal sihir dan tiada manfaatnya. 

Allah SWT juga berfirman:

“Sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.” (Qs. Al-Baqarah[2]: 102)

Allah SWT juga berfirman bahawa sesiapa pun yang mendapatkan ilmu sihir itu, mereka tidak akan mendapatkan bahagian daripada akhirat. Kita dapat membeli dunia ini tapi harga yang harus dibayar adalah akhirat. Golongan mereka menjadi ahli sihir generasi pertama. Dan semua sihir yang ada sekarang berasal dari Babilon, Iraq. Sihir juga mempunyai banyak cabang, aliran, dan kesenian dan kalau kita telusuri, semuanya berasal dari Babilon, Iraq.

Tanda-tanda terkena sihir

Terdapat pelbagai jenis sihir dan setiap jenis sihir mempunyai tanda-tanda terkena sihir yang berbeza. Orang yang terkena sihir akan mengalami pelbagai jenis komplikasi kesan bergantung kepada jenis sihir, kekuatan pengamal sihir dan langkah rawatan yang diambil akibat sihir. Ada jenis orang yang tidak menganggap sakit yang dialaminya akibat sihir, oleh itu membiarkannya berlarutan dan semakin teruk. Ada juga yang mengamalkan pendinding diri daripada gangguan jin dan syaitan atau sihir dan ilmu hitam, maka kesannya mungkin tidak seteruk mereka yang tidak mengamalkan apa-apa pelindung diri.


Antara tanda-tanda seseorang terkena sihir adalah selalu sakit pada salah satu anggota badan, saraf tersumbat, lumpuh salah satu anggota tubuh, lumpuh menyeluruh dan tidak berfungsi salah satu pancaindera. Ada juga sihir percintaan yang boleh menyebabkan mangsa mengalami gelora cinta yang membuak-buak dan keterlaluan, sukar mengawal cintanya, rindu bayang yang berlebihan, patuh secara membuta-tuli.

Dan tanda-tanda yang paling teruk sekali dalam hubungan suami isteri adalah perubahan tiba-tiba daripada cinta menjadi benci, berlaku keraguan antara suami-isteri, enggan meminta maaf, memperbesarkan perselisihan faham walaupun puncanya amat kecil. Pandangan yang buruk seorang suami terhadap isterinya dan sebaliknya. Seperti suami melihat isterinya sangat hodoh, walaupun di mata orang lain isterinya itu sangat cantik. Berlaku juga isteri melihat suaminya dalam keadaan wajah yang menakutkan. Orang yang kena sihir pemisah akan merasa benci setiap perbuatan yang dilakukan oleh isterinya atau suaminya. Mereka juga boleh benci kepada suaminya ada di rumah, contohnya apabila isteri melihat suami di luar rumah kelihatan seperti biasa, tetapi apabila ketika masuk rumah, dia merasa amat benci kepada suaminya.

Banyak lagi tanda-tanda terkena sihir antaranya seperti dibawah:

  • Selalu mengalami mimpi ngeri.
  • Bermimpi mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tetapi tidak melihat orangnya.
  • Selalu berasa was-was.
  • Selalu meragukan teman dan orang-orang yang dicintainya.
  • Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi melihat haiwan mengejarnya.
  • Suka berseorangan.
  • Mentup diri sepenuhnya.
  • Diam berterusan.
  • Tidak suka bertemu orang.
  • Fikiran melayang.
  • Selalu pening.
  • Lesu dan tidak bermaya
  • Takut yang bersangatan
  • Marah yang tidak terkawal
  • Lalai berlebihan
  • Gelora nafsu syahwat memuncak

Jenis-jenis sihir

AL MARAD
Sihir sakit, orang yang terkena akan sentiasa sakit anggota badan, tidak berfungsi tiba-tiba atau kaku tubuh badan.

AL HAWATIF
Sihir yang membuat seseorang bermimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi, mendengar suara orang bercakap dalam jaga. Banyak was-was dan kuat syak wasangka pada orang yang rapat atau disayangi.

TA’TIL TAWAJ
Sihir bagi merosakkan perkahwinan seseorang. Kesannya akan merasa takut untuk berkahwin, mudah marah dan lupa dan kurang syahwat.

TAFRIQ
Sihir yang memisahkan suami isteri. Kesan sihir ini timbul perasaan marah dan benci apabila memandang satu sama lain sehingga merosakkan hubungan rumahtangga.

AL MAHABBAH
Sihir yang dibuat oleh isteri ditujukan kepada suaminya agar taat dan patuhi arahannya.

TAKHAYYUL
Sihir yang menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal. Juga akan berimaginasi benda kecil tetapi pada pandangannya ia besar.

NAZIF
Sihir yang dikenakan pada wanita yang mengalami darah istihadah (haid yang melebihi tempohnya), Darah akan keluar berterusan berbulan-bulan.

AL JUNUN
Sihir yang menjadikan seseorang lupa dan tersasul. Apabila bercakap matanya terbeliak. Tidak akan tetap di suatu tempat dan sering bertukar kerja. Selalu dilihat keluar tanpa hala tuju dan tinggal dirumah kosong.

AL KHUMUL
Yang terkena sihir ini akan suka bersendiri untuk tempoh yang panjang. Benci pada perhimpunan. Sentiasa resah dan lambat melakukan kerja.

Antara cara melindungi diri daripada terkena sihir


Baca doa ini pada waktu pagi dan petang.

أََعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

A`uzuubi kalimatillahittaammati min syarri ma khalak
Maksudnya: Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk. (HR.Muslim)

Baca doa ini ketika hendak keluar daripada rumah.

بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ

Maksudnya: Dengan nama Allah, aku serahkan diriku kepada-Nya, tiada daya dan upaya kecuali dengan izin Allah.
(HR. Abu Daud dan Tirmizi)

Baca doa ini pada waktu pagi dan petang sebanyak 3 kali.

بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِيْ الْأَرْضِ وَلاَ فِيْ السَّمَاءِ وَهُوَالسَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

Bismillahillazi laa yadhurru ma`aismihi syai`un fil ardhi wa la fiissama` wahuwassamiiul `aliim
Maksudnya: Dengan nama Allah yang tidak suatu mudharatpun dilangit maupun di bumi melainkan dengan izin-Nya, Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. 
(HR. Tirmizi)

Ini adalah sebilangan kecil sahaja doa untuk usaha melindungi diri daripada terkena sihir. Banyak lagi kaedah yang telah diajarkan oleh pengamal perubatan Islam seperti Darussyifa' dan sebagainya. Bertawakal dengan Allah SWT, Allah SWT Maha Melindungi. Wallahualam.

Sumber 1 2 3 4

12 Comments

Sebab tu kena lazimi mathurat pagi dan petang sebab ada zikir / doa pendinding dr segala kejahatan. Semoga kita dijauhi dr perkara sedemikian dan semoga kita sentiasa di bawah lindungan Allah.

semoga kita dijauhkan dari benda2 x elok macam ni kan.

Minta-mintakan kita semua dijauhkan daripada benda-benda khurafat semua ni.. aamiin!

Setuju sis Ana... InsyaAllah jika amalkan benda yang baik, pertolongan Allah SWT itu pasti...

Ya lah sis... Boleh buat lari akidah kan...

Amin, sebenarnya masih ramai guna benda khurafat ni kat Malaysia ni kan...

nice sharing lan. takot pulak bace sebab takot terkena tanpa sedar

Terima kasih mek, InsyaAllah berserah je dengan Allah SWT dan tawakal... moga kita dihindari....

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon