Kasih sayang ibu bapa tidak bertepi

Kasih ibu bapa tidak bertepi| Ibu bapa adalah insan yang pertama bagi seorang anak untuk berpaut. Sebaik sahaja keluar daripada rahim seorang ibu, tangisan disambut hiba oleh ibu bapa tanda kesyukuran dan pelukan erat diberikan dengan penuh kasih sayang. Kebahagiaan yang sangat dicemburukan oleh mereka yang tidak pernah berpeluang merasa nikmat kasih sayang seorang ibu dan bapa. Betapa indahnya perasaan itu hanya seorang anak dan ibu bapa sahaja yang tahu.

Kasih sayang ibu bapa tidak bertepi

Kelahiran seorang anak adalah impian para ibu bapa. Ditatangnya dengan hati riang dan dibelainya dengan kudrat yang ada. Setiap hari, perhatian dicurahkan kepada seorang anak supaya tiada apa bahaya yang mendekatinya. Sedaya upaya memukul seekor nyamuk yang mahu menggigit. Ditepisnya serangga 'jahat' jauh-jauh supaya anak sentiasa berada dalam keadaan selamat. Betapa gagahnya ibu bapa demi seorang anak.

Segala apa yang kurang bagi seorang anak, dicukupkan oleh ibu bapa. Usaha tanpa jemu, akal berganti akal, lelah dan penat sesekali dihiraukan. Semua itu demi anak. Rengekkan anak adalah penggerak untuk ibu bapa lebih berusaha. Siang atau malam hanya untuk memastikan seorang anak mendapat apa yang diidamkan. Bukan untuk mendiamkannya tetapi untuk melakukan yang terbaik kerana kasihnya ibu bapa tidak bertepi. Pangkal  tidak berhabis hulu tidak berpenghujung.

Benar, segelintir ibu bapa tidak bertanggungjawab terhadap seorang anak. Ditinggalkan, dibuang, dibunuh, dirogol, dicampak dan sebagainya. Itu hanya segelintir. Secara nalurinya, tiada seorang ibu mahupun bapa mahu anaknya disakiti kerana mereka adalah pelindung di dunia ini. Pelindung daripada ancaman binatang, pelindung daripada hujan dan panas, pelindung daripada sakit terjatuh dan banyak lagi perkara sehinggakan kita kadang terlepas daripada menyedarinya.


Kekecewaan yang paling dirasai dan ditakuti oleh setiap ibu bapa adalah apa yang telah disemai sejak anaknya kecil, hilang sekelip mata. Nasihat ibu bapa kepada anak tidak dipeduli. Didikan serta kasih sayang yang dicurahkan terbiar tanpa balasan oleh anak itu sendiri. Sepak terajang, dicerca dan dimaki, ditinggalkan bersendirian dan yang paling hina adalah dibunuh kerana tidak menurut apa yang dimahukan. Sungguh keji perilaku seorang anak. Apa yang saya kongsikan adalah pengajaran daripada kisah realiti yang berlaku saat ini. Ini fakta yang tidak boleh kita nafikan kerana perkara seumpama ini sedang berlaku dan membiak. Betul kata pepatah, ibarat seorang ibu melahirkan tuannya.

Seorang ibu dan ayah telah melakukan yang terbaik untuk anaknya di dunia. Abaikan segelintir pencemar taraf ibu bapa di mata anak. Sedaya upaya menyediakan segala keperluan ibu bapa mengikut kemampuannya. Ada yang kaya dan ada yang miskin. Walau bagaimanapun, kebahagian bukan berpandukan kepada kedudukan kewangan semata-mata. Satu perkara yang paling kita tidak sedar dalam hidup ini adalah kita masih dapat hidup sehingga saat ini kerana adanya ibu bapa di sisi kita. Tiadanya mereka di dunia ini maka jiwa seorang anak itu kosong, kosong dan kosong. Sekian. Luahan rasa daripada saya untuk kesedaran bersama. Wallahualam.

26 Comments

ibubapa satu anugerah...

anak juga satu anugerah...

hargai sebaiknya.

tanpa mereka siapalah kita

Bukan mudah ibubapa membesarkan kita...

Tangan mereka lah yang suapkan kita makan...

mandikan kita

basuh najis kita waktu kita kecil...

begitu pula apabila ibubapa kembali tua...kita perlu menjaga seperti mana kita dijaga diwaktu kecil

Benar tu Bro Arzmoha... tanpa mereka tiadalah kita... tanpa mereka juga sunyilah kita...

Itulah balasan kepada mereka yang sebaiknya... bukan wang ringgit sahaja...

moga kita tidak menjadi anak seperti itu dan anak2 kite pula tidak bersikap sebegitu terhadap kite nanti.. InsyaAllah.. Perkongsian yg baik..

Betul tu Sis Lea... Apa yang kita buat pada ibu bapa, anak akan balas balik pada kita... karma...

sayunya baca. betul sangat..mereka dah terlalu banyak berkorban untuk anak2.. tanpa ibu bapa siapalah kita.

Pengorbanan mereka tiada tandingan....

rindu dekat maklah lepas baca entri ni, wuwuwu.. minggu depan nak balik Johorlah
NEEZA l Malaysia Lifestyle Blogger

Bagi yg sudah tidak punya ibubapa mcm akk ni masih boleh berbakti dgn selalu menghadiahkan Fatihah dsb, berbuat kebajikan dan niatkan pahalanya utk ibubapa yg telah tiada.

Hargai dan sayangi ibu-bapa kita tanpa sebarang syarat kerana merekalah lahirnya kita.

Ibu bapa masih ada mereka sentiasa menanti kehadiran kita..jasad kita..fizikal kita,,suara kita bertanya khabar...setelah mereka tiada...lebih-lebih lg mereka menanti sumbangan kita..sumbangan dari anak yang soleh solehah...betapa Allah ikat erat pertalian ibu bapa dan anak....

Agreed...Ibu Bapa dah cuba bagi yang terbaik..Kalau terkurang jgn kita salahkan mereka..Kite perbaiki la diri sendiri dengan ilmu yg dipelajari...

Siapa pun ibu bapa kita, baik atau buruk mereka lah yg melahirkan kita.... selagi mereka ada berbuat baik la pd mereka... nice sharing... t.kasih

Kalau balik Johor tu kirim salam kat family saya sekali ya... haha...

Betul tu sis, itu cara terbaik...

Setuju tu Mrs.A... Jangan ugut itu ini dengan ibu bapa...

Benar sis PC... selagi mereka masih ada, buatlah yang terbaik...

Setuju tu, kita sepatutnya memperbaiki diri bukan ibu bapa...

Welcome sis... benar apa yang sis katakan tu....

Moga kita tidak tergolong dalam golongan anak derhaka.

Betul tu... Mohon dijauhkan ianya daripada berlaku...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon