Panduan kadar sukatan isi rumah dan masakan

Panduan kadar sukatan isi rumah dan masakan| Pernahkah anda mengalami kesulitan saat anda menilai kadar 1 sudu teh atau seumpamanya kepada nilai yang anda fahami. Barangkali segilintir daripada kita termasuk saya juga tidak biasa dengan kadar sukatan isi rumah dan masakan yang dituliskan dalam kebanyakkan resepi masakan. Apa yang dikongsikan dalam buku resepi masakan mahupun perkongsian resepi masakan di internet terutamanya didapati masih lagi menggunakan kadar sukatan lama yang kurang diajar dalam pembelajaran versi baru di negara ini.

Panduan kadar sukatan isi rumah dan masakan, unit sukatan, tukar unit sukatan, gram ke ml, ml ke gram

Panduan kadar sukatan isi rumah dan masakan ini amat berguna sebagai contoh bagi mereka yang baru mahu belajar dan menjinakkan diri dalam membuat kek, kuih dan pelbagai jenis masakan. Seringkali juga saya ditanya oleh isteri berkenaan kadar pertukaran sukatan isi rumah ketika mencuba resepi baharu masakan memandangkan sedikit sahaja perbezaan dalam meletakkan sukatan yang sepatutnya mengakibatkan hasil yang dikehendaki tidak seperti yang digambarkan oleh buku resepi masakan. Oleh itu simpan panduan kadar sukatan isi rumah ini untuk kegunaan pada masa akan datang.


Sukatan cawan (1 cawan berkadaran dengan 200ml = 200g)

Sukatan gelas (1 gelas berkadaran dengan 250ml = 250g)

Sukatan Liter (1 Liter = 1000ml = 1 kg = 1000g = 4 gelas)

Sukatan sudu 
  • 1 sudu makan berkadaran 10ml
  • 1 sudu meja = 15ml = 1 camca besar = 15g 
  • 1 sudu teh = 5ml = 1 camca teh = 5g

(Unit pertukaran 1 gram = 1 mililiter)

Di bawah ini disertakan senarai contoh kadar pertukaran bagi barang-barang biasa dalam resepi masakan sebagai perbandingan panduan kadar sukatan isi rumah dan masakan antara sukatan isi rumah kepada Auns (oz).

  • 1 cawan = 200g @ 7.15 oz (Gula Pasir)
  • 1 cawan = 175g @ 6.25 oz (Gula Castor)
  • 1 cawan = 125g @ 4.5 oz (Gula Aising)
  • 1 cawan = 120g @ 4.25 oz (Gula Perang)
  • 1 cawan = 125g @ 4.5 oz (Tepung Gandum)
  • 1 cawan = 135g @ 4.75 oz (Tepung Roti)
  • 1 camca besar = 8g @ 0.29 oz (Tepung Jagung)
  • 1 camca teh = 4.8g @ 0.17 oz (Baking Powder)
  • 1 camca teh = 2.25g @ 0.08 oz (Cream of Tartar)

Sebagai peringatan, semua panduan kadar sukatan isi rumah dan masakan perlu digunakan mengikut kaedah yang betul semasa menimbang, mengukur atau menyukat. Sebaiknya jangan dipadatkan atau dihentak-hentak cawan menyukat kerana akan terdapat perbezaan nilai sukatan dalam buku resepi masakan. Cukup sekadar menuang dan biarkan item memenuhi ruang dan berat dengan sendiri tanpa dibantu. Itu pesanan daripada isteri saya ketika saya cuba memadatkan tepung untuk mendapatkan kadar nilai sukatan 1 cawan. Semoga bermanfaat. Wallahualam.

22 Comments

Mrs. A kalau sukat biasanya ikut stail lama stail mak Mrs. A iaitu guna cawan. Cawan pun cawan jernih yang bertangkai tu.
Kalau ikut stail timbang tak pandai sangat.
Thanks share panduan ini nanti boleh ler... agak-agak sukatan ikut cawan dan ikut penimbang macam mana.

Perkongsian yg baik. Ana selalu padat2 kan isian dlm bekas tu rupanya ada perbezaan ye.

bagus betul share pasal nie.. kat rumah kalau nak masak, e'in beli ade satu gelas tu haa.. memang siap-siap ade sukatan..

Tak sangka memang ada sukatan spesifik macam ni. Rujukan yang baik.

// afifahaddnan

p/s - coming from Elsalicious blog list and I want to notify you that your blog is included in my bloglist too :)

Saya tengok wife pakai gelas putih tu... camne dia budget pun saya tak tahu...

Kalau padatkan berat dah lain sis Ana..

Ada juga gelas baru sekarang ni yang ada penanda..

Elok Ada panduan mcm ni. Kadang2 1 cawan Kita x sama mcm yg dia nak

Info yang sangat berguna tuan 😊

Terima kasih sis Husniey...

Now I know. Dulu main pakai campak je atau sesedap rasa gitu!

Sesedap rasa kena ada pengalaman yang banyak tu Abam Kie....

Bagus panduan macam ni..so boleh elak pembaziran kan?biasa SA jenis campak2 je...hahaha

Ya sis... boleh juga elak pembaziran bila masakan tu tak menjadi...

nice sharing en lan.. sngt2 berguna :)

kita jenis campak2.. tak sukat pun melainkan buat kek hahaha
NEEZA l Malaysia Lifestyle Blogger

Campak-campak kalau menjadi tak apa Neeza... Hihi..

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon