Sejarah penubuhan Jabatan Kimia Malaysia| Setiap perkara yang berlaku di dalam dunia ini pasti ada permulaannya. Semakin jauh kita meninggalkan titik permulaan maka perkara yang kita tinggalkan itu dipanggil sejarah. Sejarah perlu direkodkan untuk tatapan generasi akan datang sebagaimana sejarah Jabatan Kimia Malaysia direkodkan. Sebagai seorang kakitangan Jabatan Kimia Malaysia tentunya saya tidak boleh lari daripada mengambil tahu serba sedikit berkaitan tarikh-tarikh penting Jabatan Kimia Malaysia, sejak bila diwujudkan, fungsi kewujudannya dan sebagainya. Oleh itu, perkongsian ini adalah untuk manfaat bersama agar kita mengenali Jabatan Kimia Malaysia yang telah berbakti begitu lama dalam memberikan penyelesaian kaedah saintifik begitu banyak masalah berkaitan terutamanya apabila melibatkan kes berkaitan jenayah dan undang-undang di negara ini.
Sejarah umum Jabatan Kimia Malaysia
Tahun 1885
Makmal Analisis Kerajaan bagi Negeri-Negeri Selat ditubuhkan di Singapura.
Tahun 1909
Cawangannya ditubuhkan di Pulau Pinang.
Tahun 1946
Jabatan Kimia ditubuhkan, hasil gabungan Makmal Analisis Kerajaan bagi Negeri-Negeri Selat di Singapura dan Pulau Pinang, Makmal Kimia Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Makmal Kimia, Jabatan Perdagangan dan Kastam
Tahun 1955
Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat ditubuhkan dan Jabatan Kimia diletakkan di bawahnya
Tahun: 1959
Jabatan Kimia dipindahkan ke Kementerian Dalam Negeri
Tahun: 1959
Chemist/ Bacteriologist Laboratory, Jabatan Kerja Raya Sarawak mula beroperasi di Batu Kitang Waterworks untuk mengawal mutu air minum.
Tahun 1960
Jabatan Kimia dipisahkan dari Singapura dan menjadi Jabatan Kimia Persekutuan Tanah Melayu
Tahun 1963
Jabatan Kimia Persekutuan Tanah Melayu menjadi Jabatan Kimia Malaysia dan Makmal Analisis Kerajaan Sarawak dipertanggungjawab di bawahnya
Tahun 1964
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ditubuhkan dan Jabatan Kimia diletakkan di bawahnya.
Tahun 1964
Jabatan Kimia Kuching berpindah dari Batu Kitang Waterworks ke Jalan Sekama, Kuching.
Tahun 1969
Jabatan Kimia dipindahkan ke Kementerian Kehakiman
Tahun 1970
Jabatan Kimia dipindahkan ke Kementerian Kesihatan
Tahun 1971
Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan ditubuhkan dan Jabatan Kimia diletakkan di bawahnya
Tahun 1973
Jabatan Kimia diletakkan di bawah Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Koordinasi kepada Kampung-Kampung Baru
Tahun 1974
Jabatan Kimia diletakkan di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi dan Penyelidikan.
Tahun 1976
Jabatan Kimia diletakkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Sejarah penubuhan Jabatan Kimia Malaysia Sarawak
Tahun 1984
Jabatan Kimia Bintulu mula beroperasi secara berasingan daripada Jabatan Kimia Kuching. Jabatan Kimia Kuching mula bertanggungjawab atas keperluan analisis bagi 6 bahagian iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu dan Kapit.
Tahun 1986
Perasmian JKM Cawangan Bintulu, Sarawak pada 12 April 1986.
Tahun 1999
Jabatan Kimia Kuching berpindah ke bangunan baru di Jalan Sultan Tengah, Petrajaya.
Tahun 2000
Perasmian bangunan baru JKM Cawangan Kuching, Sarawak pada 19 September 2000.
Sejarah penubuhan Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sibu Sarawak
Tahun 2003
Ujian Tanah tapak bagi JKM Cawangan Sibu. Sarawak pada 21 Januari 2003.
Tahun 2004
Majlis pecah tanah oleh Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar diadakan pada 14 Februari 2004 di Lot 2060, Blok 10, Batu 8, Jalan Tunku Abdul Rahman, Sibu.
Tahun 2007
Penyerahan bangunan JKM Cawangan Sibu pada 17 Disember 2007.
Tahun 2010
Hari Perasmian JKM Cawangan Sibu oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada 11 Mei 2010.
wow
ReplyDeletelama dah ek
Lama juga sis Nurzakiah...
DeleteBila melihat penubuhannya..secara tidak langsung ianya merupakan satu keperluan.
ReplyDeleteYa betul tu sis...
DeleteWow Dari tahin 1880an lagi sejarahnya ye..
ReplyDeleteYa mamapp... sangat lama...
Deletedah lama rupanya jabatan kimia ni wujud ya
ReplyDeleteYa lama sis... nasib bangunan tak lah lama sangat... hihi
Delete