Selamat Ulang Tahun Rania

Selamat Ulang Tahun Rania| Hari ini  29 Ogos 2017, hari kelahiran Nur Rania Adelia, anak ayah yang ke-5. Sungguh cepat masa berlalu. Pejam celik sudah 5 tahun Rania lahir ke dunia ini. Tiada perkara yang menggembirakan seorang ayah selain daripada Rania sentiasa sihat selalu.

Nur Rania Adelia, Rania, Adelia, Rania Adelia, Nur

Biarlah orang kata Rania kuat makan walau pun badannya kecil sahaja yang penting Rania gembira seperti kanak-kanak lain. Mungkin ayah tidak sehebat bapa lain tetapi sayang ayah pada Rania tidak pernah kurang walau sedikit pun. Begitu juga mama. Walau pun mama selalu bising tetapi kasih sayangnya melebihi kasih sayang seorang ayah.

Hanya sepotong kek dan serangkap nyanyian, ayah harap catatan ini akan membuatkan Rania tersenyum suatu hari nanti. Happy Birthday anak ayah dan mama. Kami sayang Rania. Semoga Rania menjadi anak yang solehah, hidup diberkati dan sihat selalu. We love you, Nur Rania Adelia. 

10 Comments

Wahh selamat hari lahir Rania! ♡

Selamat Hari lahir Rania yg comel, semoga jadi anak solehah dunia akhirat

InsyaAllah sis... Terima kasih...

Selamat hari lahir Rania..semoga membesar memjadi anak yang solehah buat orang tua...

Happy belated bufday rania . Comel rania . Jadi anak yg solehah ok

Happy belated birthday Rania 🎂💐..
Semoga Rania dapat membahagiakan ibubapa dan berjaya dunia akhirat. Amin..

Terima kasih sis... Amin... Mudah-mudahan...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon