SLE: Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)

Penyakit SLE: Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)| Baru pertama kali mendengar penyakit SLE? Penyakit SLE ini adalah singkatan daripada Sistemik Lupus Eritematosus atau diringkaskan kepada SLE. Apa itu Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)? Jika di Malaysia anda pasti akan menemui istilah LUPUS jika anda mencari maklumat berkaitan Sistemik Lupus Eritematosus (SLE). Apa itu LUPUS pula? LUPUS adalah singkatan kepada Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) manakala Malaysian SLE Association (PLSEM) adalah sebuah badan sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1994 untuk membantu mereka yang menghidapi penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE).

Tanda-tanda penyakit SLE, LUPUS, Kesan penyakit SLE, ciri-ciri pesakit SLE

Apa itu Penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)?

Penyakit SLE: Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan individu pesakit itu sendiri. Hal ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “LUPUS” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. Menurut sejarahnya, ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala. Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (Arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).

Terdapat beberapa jenis LUPUS:
  1. Sistemik lupus eritematosus (SLE) seperti yang disebutkan tadi. Mereka yang berumur di antara 15 dan 45 tahun biasanya paling berisiko diserang SLE. Walaubagaimanapun, sebilangan kecil pesakit SLE adalah kanak-kanak dan mereka yang berusia lebih 45 tahun.
  2. Diskoid lupus eritematosus (DLE) merupakan penyakit kulit yang kronik di mana terdapat tompok-tompok merah (Malar Rash) di muka, kulit kepala, bahagian badan, kaki dan tangan. Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik serta mungkin meninggalkan parut. Ruam berkenaan boleh berlarutan hingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh. Sebilangan kecil mereka yang mengidap DLE boleh mendapat SLE di kemudian hari.
  3. Lupus Neonatal ialah keadaan yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh pengidap SLE. Ini mungkin disebabkan auto-antibodi di dalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro (SSA) dan anti-La (SSB). Akibatnya, bayi ini akan mendapat radang kulit, masalah hati, dan masalah darah (low blood counts). Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan. Walaupun kes-kes begini jarang sekali dijumpai, namun bagi bayi yang lahir dengan masalah neonatal lupus mungkin juga mengalami masalah jantung yang mengganggu perjalanan jantung.

Tanda-tanda Penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)

Setiap pesakit mempunyai tanda-tanda penyakit yang berbeza, iaitu samada sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh datang dan pergi. Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat. Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk “kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua lengan dan tangan, bahu dan dada. Oleh kerana pengidap SLE sensitif kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. Samada seseorang itu mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari seorang kepada seorang yang lain.

Ciri-ciri penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) adalah:
  1. Demam, keletihan, dan penurunan berat badan.
  2. Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu.
  3. Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung.
  4. Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari.
  5. Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan.
  6. Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line).
  7. Sawan, strok dan gangguan mental.
  8. Risiko untuk mendapat darah beku.
  9. Kerap keguguran bayi.
  10. Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang.
  11. Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah.

Kesan penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)

Kesan penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) kepada organ badan boleh berlaku kepada buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, saluran darah, darah dan jantung.


Golongan yang mudah mendapat Penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)

Kaum wanita mempunyai risiko yang lebih tinggi, iaitu 10 kali ganda mengidap SLE berbanding dengan kaum lelaki. Dianggarkan lebih kurang 90 peratus mereka yang mendapat SLE adalah kaum wanita, sementara 10 peratus yang lain merupakan kaum lelaki dan kanak-kanak. Bagi kaum wanita, SLE biasanya bermula semasa lingkungan umur boleh melahirkan anak, jarang sekali semasa kanak-kanak atau setelah putus haid.


Cara merawat Penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)

Salah satu cara untuk merawat penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) adalah dengan menggunakan ubat. Ubat jenis nonsteroidal anti-inflammatory (NSAIDs) adalah digunakan untuk mengurangkan keradangan. Selain daripada itu, Hydroxychloroquine yang dikenali sebagai ubat anti malaria juga berkesan digunakan untuk penyakit SLE dengan tujuan mengurangkan rasa keletihan, sakit sendi, sakit kulit, dan keradangan paru-paru. Salah satu ubat yang paling berkesan dalam merawat pesakit SLE adalah dengan menggunakan ubat prednisolone yang diberikan sama ada dalam bentuk pil atau ubat sapuan (krim). Bagi pesakit yang mendapat kesan langsung akibat SLE iaitu fungsi buah pinggang dan sistem sarafnya terjejas, rawatan Immunosuppresif mungkin diberikan kepada pesakit. Walau bagaimanapun, terdapat kesan sampingan yang bakal dialami oleh pesakit kesan daripada ubat-ubatan yang diberikan oleh pakar perubatan.

Sekiranya seorang individu mengalami gejala-gejala atau tanda-tanda berlaku penyakit Lupus atau Sistemik Lupus Eritematosus (SLE), tindakan proaktif harus dilakukan untuk mendapatkan rawatan lanjut supaya langkah-langkah pencegahan dan rawatan awal dapat dilakukan kepada pesakit. Setiap penyakit pasti ada ubatnya dan kerjasama antara keluarga pesakit serta pegawai perubatan mampu meningkatkan tahap kesedaran berkaitan penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) kepada orang awam khususnya. Wallahualam.

Rujukan utama [1]

22 Comments

Terima kasih sis Nurzakiah...

kesian tengok pesakit2 yg ada SLE ni. simptom2 berbagai2. hanya pesakit sendiri paling kenal penyakit yang dihadapi.

KWn sy sllu mengadu de simptom2 nie tp bila mula amalkn mknn seimbng okay pula dia😅

Bahaya sle ni. Apapun boleh jadi simptom nya kan

Betul tu sis Ainniah... penyakit datang menguji tanpa amaran...

Asas utama penjagaan kesihatan, jaga makan...

Betul tu mamapp... kadang2 tak pula kita sangka akan dapat penyakit sedangkan kita fikir simptom biasa je...

orang kata penyakit 1000 wajah. ada juga customer saya ambik shaklee disebabkan masalah sle ni.

Informasi yang berguna.. Assalamualaikum, tahniah kerana anda merupakan penerima 1 botol serum rambut daripada saya.. Untuk butiran lanjut, jemput baca entri terbaru saya

http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/08/top-commentor-julai-ogos-2017.html

Tahniah sekali lagi...

Shikin Razali

Ya sis... macam-macam jenis penyakit sekarang ni kan... Alhamdulillah, ada usaha untuk mengubati penyakit melalui Shaklee...

Terima kasih Sis Shikin... InsyaAllah saya akan singgah sana nanti...

perkongsian yang bagus, baru saya tahu tentang penyakit ini

Selena Gomez rasanya kena penyakit Lupus ni. Dia pernah take a few month break sebab nak pulihkan diri daripada penyakit ni.

Oh ya?.... Penyakit tak pilih orang kan.... Kalau boleh pulih Alhamdulillah.. sentiasa ada penawarnya kan...

hmm baru tahu SLE tu apa.. sebab selama ni dengar orang cakap SLE SLE.. kita blank terus.. hehe.. apapun seram pula tengok ayat perempuan lagi berisiko..

NEEZA l Malaysia Lifestyle Blogger

Ada juga blogger yang ada penyakit ini iaitu blogger Dayang Deno.
Mrs. A tahu pasal penyakit ini pun sebab dia kongsi cerita di blognya.

Betul tu Neeza, perempuan paling berisiko... Moga bermanfaat ya...

Oh yeke...? InsyaAllah nanti saya cuba singgah ke blog dia.. Terima kasih Mrs. A...

Perkongsian yang baik. Terima kasih.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon