Tahap perkembangan kanak-kanak dari 2 hingga 7 tahun| Tahap perkembangan kanak-kanak jika diperhatikan secara menyeluruh, terdapat perbezaan ketara dari masa ke semasa dan menyeronokkan untuk diulang semula jika boleh. Untuk dinilai dari hari ke hari sangat sukar memandang perubahan yang sangat kecil skalanya. Sebagai contoh, mustahil untuk mencari perbezaan pertambahan jumlah kuantiti dalam tempoh singkat berbanding jarak masa setahun atau dua.
Secara kasarnya, pada usia 2 ke 3 tahun adalah masa kanak-kanak normal untuk melancarkan tutur kata. Ada sahaja ngomelan yang mahu dibicarakan sehingga letih si ayah dan ibu melayannya. Disebabkan itu, pada peringkat ini, kita selalu tertarik dengan celoteh mereka berbicara. Kelihatan comel sehingga mahu dicubit sahaja pipi mereka. Setiap.masa kanak-kanak pada usia ini akan bercakap dengan kerap. Walaupun pelat dan kadang kala sukar difahami, tetapi pertuturan mereka akan lebih jelas dan bertambah baik. Perkara ini amat jelas setelah saya perhatikan anak-anak saya. Pada usia 2 ke 3 tahun, mereka cuba bertutur seperti orang dewasa waima bermain bersendirian. Walau bagaimanapun, jika perkembangan ini disekat-sekat oleh ibu bapa, perkembangan agak perlahan akan berlaku. Sekatan mungkin dalam bentuk arahan diam, jangan buat bising dan kurangnya komunikasi antara ibu bapa dan mereka.
Pada pemerhatian saya, kanak-kanak pada usia 4-5 tahun, mereka berusaha untuk menggabungkan elemen bertutur dan imiginasi dalam ruang lingkup frasa kemampuan minda mereka. Elemen meningkatkan kemahiran kreativiti kanak-kanak sebaiknya disokong sepenuhnya oleh ibu bapa jika berkemampuan. Pada usia ini, pengaruh aktiviti harian yang bebas dilakukan mereka akan mempengaruhi tahap perkembangan kanak-kanak pada masa hadapan. Maksud saya, jika aktiviti berbentuk kurang menggunakan fizikal diterapkan kepada mereka, maka hasilnya tentu tidak sama dengan kanak-kanak yang lebih banyak diberikan kebebasan melakukan aktiviti berbentuk fizikal. Kanak-kanak akan mencari ruang sendiri untuk meningkatkan kemahiran diri, membentuk minda kreatif dan melatih diri melakukan tugas mudah sendiri seperti memakai pakaian sendiri dengan betul.
Pada tahap usia 6-7 tahun, keberanian kanak-kanak memperlihatkan emosi suka, marah, merajuk dan sebagainya semakin terserlah. Mereka mampu memberitahu apa yang dia suka atau apa yang dia tidak suka. Mereka juga mula mengambil contoh apa yang dilakukan orang lebih dewasa disekeliling mereka. Aktiviti mula memerhati, meniru dan mengikut jejak langkah akan mula dilakukan pada usia ini. Maka besar pengaruhnya pada perilaku kanak-kanak pada waktu mendatang. Oleh kerana itu, agama Islam mula menekankan betapa merotan anak pada usia 7 tahun jika tidak bersembahyang adalah disarankan kerana pengisian jati diri sangat besar maknanya untuk melindungi diri kanak-kanak daripada terikut pada jalan yang salah. Nasihat kepada anak dengan baik adalah cara yang betul serta menghukum dengan hukuman yang tidak mencederakan fizikal anak. Penilaian Tahap Kecemerlangan Anak.
Perbezaan ketara pada tahap perkembangan kanak-kanak dari usia 2 hingga ke 7 tahun akan dapat diperhatikan dengan jelas sekiranya ibu bapa memperuntukkan lebih masa bersama mereka. Setidak-tidaknya cuba mengambil tahu, apa yang mereka lakukan pada aktiviti seharian dan menilai sejauh mana tahap perkembangan mereka. Pengabaian secara keseluruhan akan merugikan ibu bapa dalam menikmati perbezaan keunikan setiap anak, perbezaan tahap perkembangan minda, keadaan fizikal, minat dan kecenderungan setiap anak. Mereka adalah berbeza dan setiap perbezaan itu adalah variasi kehidupan manusia. Wallahualam.
thank you for info...nice sharing
ReplyDeleteWelcome Irda....
DeleteAnak ana umur 3 tahun. Memang dari celik mata sampai nk tidur bercakap saja. Penat juga nak layan. Kreatif bukan main. Tak sabar nak tggu next phase pula :)
ReplyDeleteHihi... memang time nya kan... sabar ok...
DeleteBetul la. Sekarang anak saya berumur 6 tahun. Sikit-sikit merajuk. Sikit-sikit merajuk.
ReplyDeleteLayankan saja bang Usry.... mungkin nak adik kot... hehe
Deleteanak2 sy dah melepasi fasa 2 - 7 tahun dan fasa yg lebih mencabar sebagai ibu bapa pulak ni..hehe
ReplyDeleteBetul tu Sis... Dah lepas fasa tu dah susah nak kawal pergerakannya...
DeletePC ada anak buah lingkungan usia 2 hingga 7 ke 8 tahun...bila berkumpul memang nampak ciri-ciri seperti yang dikongsi...meriah bila yang berusia 3 tahun sakan berbicara...itu ini..begitu begini...yang dewasa kalau berbual harus berhati-hati.
ReplyDeleteHahaha... betul sis PC, nanti mengikut apa yang orang tua kata kan...
DeleteSaya dah lebih 20 tahun berada dlm dunia kanak2, selain ank sendiri, ank2 tadika juga perlu diperhati perkembangan pertuturan mereka, ada yg umur 6 tahun masih pelat, 4 tahun masih blm bercakap..kita kena peka perkara mcm ni supaya dpt bantu perkembangan mereka.
ReplyDeleteBetul tu sis... kena peka dan perhatikan mereka....
Deleteterbaikk Lan.. nice sharing... 😍
ReplyDeleteTerima kasih Sis Lea..
DeleteHahaha teringat si yaya yang bising ajak bersembang
ReplyDeleteHahaha.. kan..
Deleteanak2 saya umur 2, 4, 5...memang boleh nampak perkembangan masing2. yg first paling banyak mengajar kami suami isteri.
ReplyDeleteBetul tu sis.... anak pertama memang sekali mengajar ibu bapa tentang ilmu keibubapaan...
DeleteNice sharing! Doakan saya menjadi ibu penyayang buat anak2 saya.
ReplyDeleteTerima kasih Farah, InsyaAllah...
Deletekann. kena luang masa dan jangan terlampau sekat perkembangan anak anak.
ReplyDeleteMasa diaorg kecik takkan kembali dan sorang ank takkan same dengan yg sorang lagi. so hargai la sebaiknya.
Betul tu Mek, apa yang kita tak dapat dulu mungkin disebabkan larangan mak bapak dulu kalau boleh bagi pelepasan kalau berfaedah untuk anak kita, kadang-kadang larangan orang dulu ada yang boleh dipertikaikan... banyak yang baik untuk diikuti...
DeleteTo be honest, GV kagum tgk budak kecil dari 1 tahun ke 4-5 tahun boleh belajar bercakap even ada pelat. Macam anak saudara GV daripada cakap tak faham langsung sampai dah boleh cakap dengan baik walaupun masih ada pelat ckit. huhu. Good info Mr Noor Azlan. :)
ReplyDeletePelat tak pe... jangan pelat kekal... biasalah budak2, pelat diaorang lucu bagi kita kan.. nampak comel je...
Delete