Tanda lelaki mempunyai ego tinggi

Tanda lelaki mempunyai ego tinggi| Begitu sinonim jika perempuan mengatakan bahawa lelaki lebih ego daripada mereka. Apakah maksud ego? Ego bermaksud rasa harga diri atau kepentingan diri seseorang. Dalam konteks ini, lelaki ego adalah rasa harga diri seorang lelaki dan kepentingannya ibarat harta yang sangat bernilai untuk dilindungi, dipertahankan dalam apa jua cara sekalipun. Mengapa lelaki sering dikatakan lebih ego daripada perempuan? Hal ini tidak bermaksud bahawa perempuan tidak mempunyai ego tetapi ego seorang perempuan lebih biasa disebut maruah. Sebenarnya kedua-dua perkara ini sangat sering menjadi perbualan dalam terma kesombongan individu tertentu dalam memberi tindak balas kepada orang lain.

Tanda lelaki mempunyai ego tinggi, ciri-ciri lelaki ego tinggi

Pada mulanya, keegoan seorang lelaki akan dilihat sangat yakin, seorang yang sangat tegas dalam hal tertentu atau juga memaparkan seorang lelaki yang sangat kuat dan gagah. Namun begitu, apabila melibatkan hubungan dua hala antara lelaki dan perempuan, sifat ego yang tinggi akan merosakkan impian untuk bersatu. Sekiranya kedua-dua berkeras mahu mempertahankan ego masing-masing, maka tiada keputusan akan dapat dibuat bersama melainkan percakaran tanpa henti akan mengakibatkan perpisahan boleh berlaku.

Jadi bagaimana untuk kita mengenali bahawa seorang lelaki itu mempunyai ego yang sangat tinggi. Apakah tanda lelaki ego tinggi? Sebelum kita mengenal tanda-tanda lelaki ego tinggi, lebih baik saya memberikan contoh beberapa situasi lelaki meletakkan egonya lebih tinggi daripada biasa. Lelaki ego jika jatuh cinta dalam diam adalah salah satu contohnya. Apabila melibatkan situasi "best man win" atau dipaksa mengaku sedang bercinta sedang dirinya belum dapat kepastian itu daripada perempuan atau juga apabila lelaki dilihat menyembunyikan perasaan cintanya kepada seorang perempuan. Kebiasaan situasi ini kita akan dapat lihat dengan jelas dalam drama melayu tempatan. Begitu banyak dipraktikkan dalam babak lakonan tentang bagaimana seorang lelaki sebenarnya suka pada seorang perempuan tetapi menafikan walhal sentiasa mengambil berat terhadap perempuan tersebut.

Apakah tanda lelaki mempunyai ego tinggi? Seringkali soalan itu menjadi bualan para perempuan apabila merujuk kepada sikap seorang lelaki. Sama ada seorang lelaki itu sangat dibenci atau disayangi, perkataan ego tinggi boleh menjadi menggambarkan begitu sangat kejam atau juga boleh menjadi "natural ego". Natural ego saya ungkapkan kepada seorang lelaki yang mempunyai ego tetapi masih dalam situasi tidak dibenci oleh seorang perempuan di sisinya terutamanya isteri atau ahli keluarga yang lain. Dalam rumahtangga, walaupun benci tetapi ada juga sayangnya.

Tanda-tanda seorang lelaki mempunyai ego yang sangat tinggi adalah seperti yang saya nyatakan dalam perenggan dibawah. Tanda-tanda lelaki ego tinggi adalah:


1. Keputusannya sangat muktamad. Biarpun pada pandangan kamu keputusan yang dibuat olehnya adalah berkemungkinan salah, namun seorang lelaki berego tinggi akan tetap mempertahankan tindakannya kerana baginya kepimpinannya jangan dipersoal lebih-lebih lagi daripada seorang perempuan. Sangat sukar untuk dipujuk rayu untuk mengubah keputusannya. Baginya apa yang telah diputuskannya adalah muktamad dan tidak boleh dipinda.

2. Menidakkan kebenaran yang jelas. Kadangkala setelah seorang lelaki membuat keputusan yang salah, sangat sukar dirinya mengaku kesilapan yang telah dilakukan. Sedikit pun tidak mempunyai rasa bersalah atas tindakannya. Dirinya kelihatan hina jika terpaksa memohon maaf atas kekhilafannya lebih-lebih lagi kepada orang yang dipimpinnya (perempuan). Mengaku dirinya salah sangat merendahkan taraf seorang lelaki bagi mereka yang mempunyai ego tinggi.

3. Sukar mengaku kesilapannya. Seperti yang saya terangkan pada point no.2, lelaki ego tinggi sangat sukar melakukan hal ini. Biarpun dipaksa. Tidak akan sekali-kali mereka melakukan hal seperti ini kecuali kepada pihak berkuasa seperti polis. Baginya semua kesilapannya adalah sangat kecil walhal kadang-kala kesilapan itu melukakan hati kamu. Umum semua tahu hati perempuan bila disakiti, mereka sangat menginginkan dipujuk oleh lelaki. Pengakuan kesilapan daripada seorang lelaki sebenarnya mampu memulihkan luka seorang perempuan.

4. Mempunyai ciri-ciri keperibadian narsisistik. Seorang lelaki yang mempunyai ciri-ciri pesakit mental narsisistik disebut sebagai individu dalam tempoh jangka masa panjang menunjukkan tindakan abnormal terhadap perasaan dirinya sentiasa memiliki kelebihan berbanding orang lain dan sangat gemar kepada penghargaan dan sanjungan kepada dirinya tanpa memikirkan perasaan orang lain. Pada tahap ini boleh dikira sangat bahaya kerana ketaksuban dirinya untuk sentiasa berada dalam posisi lebih tinggi daripada orang lain bakal mengundang pertelingkahan dan sebagainya. Sangat merasa dirinya lebih hebat berbanding orang lain.

5. Tidak berminat mendengar apa yang perempuan katakan. Jika berdepan lelaki ego tinggi, sangat mustahil bagi kamu untuk berjaya dalam melontarkan apa-apa cadangan atas perkara tertentu kerana bagi mereka yang berego tinggi, setiap apa yang diperkatakan oleh kamu terutamanya tidak boleh diterima pakai. Dirinya sahaja yang betul maka setiap keputusannya adalah yang terbaik. Jika bersuamikan seorang lelaki ego tinggi, kelihatan lelaki lebih mendominasi dan kebiasaannya isteri akan menjadi lebih pendiam dan ikutkan sahaja apa keinginan suaminya kerana sudah terikat dalam ikatan suami-isteri.

6. Selalu mengkritik perempuan tanpa sebab. Apa sahaja yang kamu buat dia akan kritik. Ada sahaja yang tidak kena dengan segala tindakan kamu. Tiada alasan yang munasabah mengapa dia selalu mengkritik kamu. Paling teruk sekali, semua kesalahan diletakkan beban ke atas kamu seorang sahaja. Apa sahaja yang kamu buat akan menjadi salah di mata kamu walaupun bagi hal-hal yang sangat kecil.


7. Suka menghakimi orang lain dengan salah. Apabila berdepan dengan situasi ini, kamu tidak mempunyai pilihan lain selain menjauhkan dirinya daripada orang lain yang tidak ada kena mengena dengan kamu berdua. Dengan kata lain, pandangannya terhadap orang lain bakal mengundang pertengkaran dan pergaduhan besar jika tidak cuba dielakkan sejak awal. Masalah dengan suka menghakimi orang lain adalah penghakimannya selalu tersasar. "Don't judge the book by it's cover". Jangan pula disangka orang asing yang senyum kepada kamu adalah teman lelaki sedangkan kamu juga tidak mengenali orang tersebut. Lelaki ego tinggi sangat mempertahankan apa yang dimilikinya.

8. Selalu merendahkan orang lain. Kebiasaannya lelaki ego tinggi merasa dirinya lebih bagus daripada orang lain. Tidak hairanlah jika mereka akan mudah memandang rendah terhadap kemampuan orang lain termasuk kamu. Apa sahaja kemahiran yang kamu miliki nampak remeh baginya. Seperti contoh jika kamu hebat memasak, pasti dia akan mengatakan dirinya lebih hebat memasak walhal sekali pun kamu tidak pernah menjamah apa yang dimasaknya.

9. Mudah naik marah dengan hal kecil. Tidak dinafikan jika seseorang mempunyai perasaan ego yang sangat tinggi akan mudah marah walaupun pada hal-hal yang sangat kecil. Ada saja bahan untuk dia marah dan melenting dengan tiba-tiba. Oleh kerana apa yang dia nampak dihadapannya kelihatan tidak betul, maka sangat mudah lelaki ego tinggi untuk marah kerana tidak berkenan di matanya. Dengan kata lain, apa yang ada dihadapannya jika tidak mengikut apa yang dia inginkan, keingkaran orang lain ibarat mencabar kemahuannya.

Berdepan dengan tanda lelaki mempunyai ego tinggi akan membuatkan perempuan berada dalam keadaan tidak menentu dan selamat. Risikonya sangat banyak dan lelaki tersebut perlu menjalani rawatan pemulihan psikologi dan sebagainya sebelum melarat kepada keadaan yang sangat tidak boleh dikawal lagi. Jika perempuan masih berada dalam situasi kekasih atau teman mesra tapi tiada ikatan lagi, tiba masanya perempuan membuat keputusan dengan segera berbanding mempunyai lelaki ego tinggi sebagai suami. Agak sulit untuk membuat keputusan apabila berada dalam keadaan terikat lebih-lebih lagi jika sudah mempunyai cahaya mata. Anak bakal diutamakan oleh seorang perempuan berbanding lelaki (suami) ego tinggi. Wallahualam.

30 Comments

Terima kasih perkongsian ini.Ego kena pada tempat memberi manfaat..ego melulu membawa mudarat.Ego ni ada juga hubung kait dengan hati..keras hati..lebih baik berloreransi.

ego lelaki itu perlu jgak pada sesetengah keadaan. tapi kalau semua pun nak ego, melampaula jgak. rasanya mostly perempuan lebih sukakan lelaki yang gentleman dan boleh bertolak ansur.

Sama-sama sis... Ego=Keras hati... setuju tu sis...

Kalau semua orang ego kat semua tempat habislah negara ni kan....

Ego ada pada setiap org. Yg berbeza hanya bagaimana cara mereka letak ego tersebut. Ada baik buruk ego ni. Kita yang kena pandai urus.

Betul tu sis... kalau sesiapa dapat urus ego, betapa indahnya akhlak kalau dapat handle ego..

Alhamdulillah dapat suami yang ego rendah... Naik je moto ego... Kikiki...

Jemput jalan ke blog saya...

https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/11/senaman-untuk-menaikkan-hb-ibu-mengandung/

Alhamdulillah... Tahniah... hihi... InsyaAllah saya akan singgah...

tq share. bukan mudah kan lelaki nk rendahkan ego mereka. yg mengaku salah tu la yg plg sukar

Jemput baca 5 amalan ketika hamil yang bagus dibuat sama-sama oleh suami & isteri sepanjang tempoh kehamilan si isteri

Terima kasih sis... InsyaAllah saya akan balas kunjungan....

ego ini kena tengok keadaanlah kan, jangan ego tak bertempat pula, setiap orang pun ada ego masing2

Kalau ego sikit2 boleh lagilah.. kalau melebih sgt malas nak layan

Betul tu, kalau kena tempat tak ada masalah pun...

Hihi... kalau layan makin teruk nanti mamapp...

Terima kasih pengkongsian ni

Ego sy tinggi lah juga rasanya tapi takda sampai memudaratkan diri pun cuma jenis taknak kalah and sentiasa nak rasa betul ja kahkah tapi mengalah juga ada masanya.

Kalau ada rasa tak nak kalah dalam sukan bagus juga Syed.... hehe...

Huhuhu x sukanyeee.. Pape pun perkongsian yg bagus ni Lan..

Haha...apa yang tak sukanya Lea...? Welcome2...

ego lelaki mmg tinggi.. hehe tak da la.. smua org ada ego memasing kan en lan..

Hihi... ya saya setuju tu... ada tinggi yang penting mampu mengawalnya....

Tak sukanyaaa laki ego, yang jenis dia je betul ^^
Thank you for sharing this tuan

wah ..mujur tak semua..adalah lelaki begitu sikapnya. Mudahkan dengan merendahkan diri pada Allah..bila kita sedar hakikat itu pasti punah EGO lelaki

Betul tu bang, memang wujud Ego tu dalam diri semua lelaki...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon