Ulang tahun persandingan Azlan-Dewi

Ulang tahun persandingan Azlan-Dewi| Pada tarikh ini 01.08.10 adalah hari sangat indah dan bahagia bersama isteri. Persandingan bahagia ini berlangsung pada petang dengan cuaca agak redup dan tidak terik. Pada waktu itu, impian menginjak ke jinjang pelamin telah terlaksana. Termeterainya perjanjian sehidup semati telah diceritakan pada entri Ulang Tahun Perkahwinan Ke-7 Noor Azlan. Bagi setiap pasangan yang berkahwin, tentunya tarikh-tarikh penting dalam rumah tangga harus diperingati. Dikesempatan ini, wajarlah saya juga meraikan ulang tahun persandingan saya bersama isteri pada 7 tahun yang lalu.

Majlis meriah berlangsung di Johor. Manakala pernikahan telah selamat diadakan di Kuching, Sarawak. Kerap kali saa diajukan soalan "Macam mana boleh berjumpa dengan isteri?". Jawapan ringkas saya tentunya melalui perkenalan di laman sosial (internet). Sejarah pertemuan dengan isteri sangat unik bagi saya. Pada awalnya, saya berazam agar dipertemukan jodoh pada usia 27 tahun. Itu paling lewat. Azam itu selalu saya ulang-ulang dalam benak fikiran saya. Maka sesiapa yang hadir pada saat itu, maka dialah jodoh saya. Saya percaya pada ketentuanNya.

Ulang tahun persandingan Azlan-Dewi, ucapan wedding annivessary

Walaupun terdapat kekurangan pada majlis tersebut, tetapi saya bersyukur pada takdir saya. Saya tidak pernah menyesal dan jalan yang telah diaturkan oleh Allah SWT adalah sangat sempurna. Tidak mahu mendabik dada kerana alam rumah tangga bukan semudah yang disangka kerana pada saat lelaki menerima wanita dalam hidupnya, maka perkahwinan adalah satu tanggungjawab. Tanggungjawab seorang suami sangat berat. Ibarat bidalan kata, syurga suami pada kedua ibu bapanya manakala syurga isteri pada suaminya. Jika salah seorang tidak memahami apa pengertian tanggungjawab maka bergoncanglah mahligai. Peraturan sangat mudah, mana yang lebih dahulu, wajib didahulukan.

Pada hari ini, 01.08.17 adalah ulang tahun persandingan saya bersama isteri. Setiap tahun tiada perkara yang bermakna dalam hidup selain ikatan ini masih kekal utuh. Usah mengharap lebih kerana perkahwinan dituliskan penuh liku berduri. Hanya kepada Allah SWT kita berserah. Dengan siapa pun jodoh kita, maka pertahankan bahtera itu kerana isteri adalah kain putih bagi suami. Ditangan lelaki ada sebatang pena. Lurus lukisannya, maka luruslah isteri. Begitulah perumpamaannya.


Alhamdulillah, untuk tahun ke-7 ini saya masih terikat dengan akad yang saya lafazkan dahulu. "Aku terima nikahnya dengan mas kahwin yang tersebut". Dengan satu nafas, maka selesailah urusan. Majlis pernikahan dihiasi dengan tangisan. Pada mulanya saya terpinga-pinga dengan maksud tangisan tersebut. Tangisan bermaksud dua perkara. Sedih atau gembira. Saya bersyukur saya masih mengingati perihal waktu tersebut. Saya tidak pasti sampai bila saya mampu mengingatinya tetapi catatan ini adalah bukti bahawa saya pernah meraikannya dahulu.

Persandingan di Johor ada tradisinya tersendiri. Duit tol, silat pengantin dan sedikit elemen persembahan jawa. Malangnya pada malam tersebut, berlaku kematian kepada salah seorang penduduk di kampung saya. Maka tiadalah acara persembahan tradisi Jawa pada malam pengantin beradu bersama. Usaha ayah dan ibu saya amat saya hargai. Mereka telah berkerja keras demi menunaikan impian anak muda untuk bersanding. Moga Allah SWT merahmati kedua ibu bapa serta mertua saya. Tanpa mereka, tiadalah lengkap gambar perkahwinan saya. Antara rakan taulan yang hadir adalah rakan sekolah rendah, menengah dan universiti. Tanpa mereka, tiadalah seri di majlis saya. Terima kasih saya ucapkan.

Untuk wanita bernama Derwina. Pada saat entri ini dituliskan, kamu dipaksa bermasam muka kerana entri kejutan ini harus dibuat tanpa kehadiran mama disisi. Namun bagi mengukir kegembiraan dan senyuman mama, akan ada kisah duka sebelumnya. Baru ia disebut berita gembira. Maka senyumlah pada hari ini kerana ku akan tetap menyayangimu sampat akhir hayatku. Kata-kata ini adalah ikhlas dari suamimu yang kacak pada pandanganmu. I love you! Wallahualam.

38 Comments

Alhamdulillah sudah 7 tahun, moga ikatan pernikahan azlan & derwina berkekalan hingga ke dalam syurga Allah swt

alhamdullilah semoga kekal til jannah

Aamiin. Aallahumma aamiin
Dua hati berpaut menjadi SATU... tq my ❤
Tq sahabat2 pena en suami...

Alhamdulillah.. Somoga ikatan perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke Syurga..
Saya juga seperti saudara, selalu mengulang-ulang dalam minda azam saya untuk perkahwinan saya.. Dan alhamdulillah saya berjaya mendapatkannya..dengan izin Allah..

Amin, Terima kasih Sis Shahida... InsyaAllah... Betul tu, boleh jadi doa kan...

wahhhh, selamat ulangtahun perkahwinan. Alhamdulillah, semoga ikatan perkahwinan hingga ke syurga. =)

Tujuh tahun bukan sekadar tempoh dan angka...pada yang melalui sahaja tahu bagaimana ceritera bahtera rumahtangga..ada pahit manisnya..ada pasang surutnya..ada senda tawa dan air mata...namun sabar itu azimatnya..moga terus bahagia bersama..dilimpahi keberkatan dan kasih sayang Allah SWT serta Rasulullah SAW.

Terima kasih Sis PC, moga makbul doa sis... amin...

Alhamdulillah. Tahniah tuan. Semoga ikatan perkahwinan ni mendapat keberkatan dan rahmat Allah. Dan semoga berkekalan hingga di syurga hendaknya.

Semoga ikatan yg terbina terjalin padu hingga hingga ke jannah.

#sweetjewishdarisangisteritu.

Happy anniversary blogger azlan and wife!

Terima kasih Sis Ana... Amin.. InsyaAllah...

Terima kasih Sis... Ucapan bermakna tu.. hihi

alhamdulillah en lan.. smoga kekal hingga ke syurgaNYA.. aminnn

wah tahniah, selamat ulangtahun!semoga jodoh kalian berkekalan hingga akhir hayat
NEEZA l Malaysia Lifestyle Blogger

Amin... Terima kasih Busyra...

Terima kasihkasih Neeza, amin...

Tahniah! Moga kalian berdua terus bahagia dan dirahmati-Nya 😊

Tahniah Azlan.
Doa pakcik agar ikatan yang dibina kekal bahagia selama2nya.

Happy anniversary azlan Dan isteri semoga ikatan peekahwinan semakin ketat Dan bahagia dunia akhirat

Alhamdulillah..
Barakallahu lakuma fii khair..
Buat Azlan dan isteri..

Selamat ulang tahun perkahwinan...semoga bahagia kekal hingga ke jannah

Terima kasih Sis Amanda... Amin..

Happy Anniversary buat Azlan and wife.
So sweet!!!
Semoga berkekalan hingga ke Jannah.

wahhh.. happy anniversary.. moga berbahagia hingga ke jannah...

psssttt... terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #31.

http://www.mialiana.com/2017/07/senarai-url-blog-31.html

Keputusan pemenang akan diumumkan pada malam ini. Gud luck.

Terima kasih Sis Mia... Ok. Noted.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati dan sebagainya yang secara jelas menyalahi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] - SKMM.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi.

Don't hesitate to contact me at azlan7783@gmail.com for any review, advertorial or anything else.
EmoticonEmoticon