5 petua pilih hadiah untuk lelaki

Hadiah untuk lelaki - 5 petua pilih hadiah lelakiTips terbaik pilih hadiah untuk lelaki yang wanita boleh cuba. Tips ini boleh membantu wanita merungkai kekusutan berkenaan apakah hadiah paling sesuai untuk lelaki yang patut di beri oleh wanita pada tarikh hari lahirnya atau tarikh-tarikh penting bagi lelaki. Hadiah untuk lelaki tidak semestinya mahal tetapi valueable dan meaningful bagi mereka.

hadiah untuk lelaki, tips hadiah untuk lelaki, lelaki

Beberapa kategori hadiah yang dapat memberi idea kepada wanita. Kategori hadiah untuk lelaki adalah seperti 5 petua pilih hadiah untuk lelaki di bawah:

Hadiah untuk lelaki berkaitan hobi

Jika anda ingin memberi hadiah kepada lelaki yang sangat dikenalinya, tentunya anda tahu apakah hobinya. Mustahil bagi seorang lelaki tidak mempunyai hobi masa lapangnya. Jika tidak mengetahuinya, tanya dengan segera sebelum tarikh hari lahirnya atau anda mungkin memberi hadiah yang salah dan tidak mengujakan mereka. Sebagai contoh jika lelaki suka memancing, maka hadiahkan mereka set barang keperluan memancing yang baru. Nampak seperti tidak romantik tetapi sebenarnya sangat membantu hobi mereka. Walau berjam-jam mereka di lautan, mereka akan sentiasa ingat pada anda kerana mereka sedang memegang hadiah yang anda telah berikan.

Hadiah untuk lelaki berkaitan kenangan

Salah satu bentuk hadiah yang mungkin bukan dalam bentuk fizikal adalah seperti tiket percutian ke lokasi yang menjadi kenangan indah lelaki dalam hidupnya. Jika anda betul-betul mengenali seorang lelaki, tentu banyak cerita yang telah dikongsi oleh lelaki kesayangan anda. Oleh itu, idea-idea seperti tiket percutian ke lokasi yang sangat memberi kenangannya, reunion party bersama rakan-rakan sekolah boleh dijadikan salah satu bentuk hadiah untuk diberikan kepada lelaki.

Hadiah untuk lelaki berkaitan rutin harian

Barangan berbentuk keperluan harian seorang lelaki adalah hadiah yang paling ideal sekali. Selain daripada ianya adalah hadiah yang anda berikan, ianya juga akan menjadi keperluan memandangkan potensi lelaki untuk menggunakan barang tersebut adalah tinggi. Sebagai contoh barang keperluan rutin harian lelaki adalah barangan kelengkapan untuk lelaki pergi ke tempat kerja. Tali leher, tali pinggang, kasut, baju, beg, minyak wangi dan sebagainya. Oleh itu, kategori hadiah ini adalah idea hadiah paling mudah dan banyak diberikan oleh wanita memandangkan boleh didapati dengan banyak pada harga yang murah. Ingat sekali lagi, hadiah tidak semestinya mahal tetapi bermakna.

Hadiah untuk lelaki hak milik pelbagai

Untuk menjimatkan kos sara hidup suami isteri, bentuk hadiah pelbagai guna adalah disarankan supaya suami boleh guna, satu keluarga juga boleh menggunakan hadiah tersebut kembali. Ibarat win-win gift. Sebagai contoh anda boleh membeli laptop, kamera, kereta dan sebagainya. Ianya akan digunakan bersama oleh keluarga. Jika ada wanita yang bersifat brutal dan ekstrem, boleh juga hadiahkan mereka televisyen, mesin basuh, peti ais baru. Sekurang-kurangnya ia akan kekal di rumah sahaja dan apabila suami pergi ke tempat kerja, hadiah tersebut isteri yang punya.

Hadiah untuk lelaki idaman lelaki

Berikan hadiah kepada lelaki berupa barangan yang menjadi idamannya saban tahun. Ianya mungkin barangan yang masih belum mampu dimiliki sama ada kerana harganya yang mahal. Kumpullah sedikit demi sedikit supaya anda mampu menunaikan hajat si lelaki. Tentunya ianya akan menjadi satu surprise birthday party yang sangat menggembirakan lelaki. Untuk mengetahui apakah barang yang sangat diidamkan perlulah bertanya kepada mereka. Lelaki anda, tentu anda lebih mengetahui.

Hadiah Oh Hadiah

Hadiah untuk lelaki tidak semestinya mahal. Jika mahal dan lelaki itu bukan lagi hak milik wanita sepenuhnya, nilai kerugian akibat berpisah mungkin tinggi. Jika hadiah ini adalah cara untuk memikat hati lelaki dalam diam, bolehlah cuba. Berbelanja biar berpada-pada dan lelaki tidak semestinya mengharapkan wanita memberikan hadiah yang mahal-mahal kecuali lelaki anak ikan. Cukup dengan surprise dan keikhlasan seorang wanita sahaja. Semoga 5 petua pilih hadiah untuk lelaki cukup untuk membantu wanita semasa membuat pilihan hadiah untuk lelaki tersayang. Fakta lelaki yang perempuan kena tahu. Wallahualam.

28 Comments

abam kie sungguh gembira bila dpt hadiah drp isteri semasa hari lahir dan murid2 pada sambutan hari guru. X kisah kecil, besar, murah atau mahal janji ikhlas dtg dari hati, kan?

Okay nice tips.thanks for sharing. btw tga terpikir maybe sesuai untuk ayah , adik dan abang. mana satu yang sesuai. hmm

Terima kasih tips ni bro azlan. Dah tau dah nak hadiahkan apa untuk suami nanti

Setiap tahun guru memang lumayan dapat hadiah kan bang, lebih2 lagi kalau guru paling disayangi... memang penuh bonet kereta...

Yang penting beli hadiah yang boleh buat mereka gembira...

Sama-sama Kin...semoga bahagia ya..'

WP setakat ni paling banyak dapat hadiah kain pelikat.
Dah sealmari rasanya sampai tak pernah beli.

CCL selalu bagi hadiah macam jam , neck tie .

tq for the tips! tgh survey2 hadiah besday hubby (:

semeangnya kena tips ni klu nak bg hadiah kat lelaki... mmg dh lama jg tak bg hadiah kat en somi,... hehe

mmg susah nak pilih hadiah untuk lelaki. nice sharing en lan..

Senang nak pilih hadiah nanti. terima kasih share :)

Nice tips! Lelaki memang susah nak cari hadiah taktau nak bagi apa haha. Thanks for sharing :)

Itu biasa pak cik, saya juga selalu beli untuk ayah saya kain pelikat, sebab kain pelikat dia berlobang2 bekas api rokok... huhu

Ye la, barang-barang asas lelaki kan..

Sama-sama, semoga dipermudahkan ya...

Boleh berilah kat suami kalau ada rezeki lebih nanti ya...

Haha, ye la... moga bermanfaat ya...

Saya selalu menghadiahkan suami minyak wangi, bukan setakat birthday dia jea, tapi setiap bulan sebab dia tak reti nak beli minyak wangi.. hihi.Adakah itu boleh dianggap sebagai hadiah...?

Hadiah dari isteri yang bekerja... satu ibadah tu sis.. demi suami tercinta...

Good tips. Kadang pening jgak fikir nak bagi hadiah apa kat encik suami. hihi

Yela kalau dah setiap tahun bagi hadiah kan... nanti sama je pula kan.. hihi

ehehehe,,terjumpa entri ini. Mggu depan dah besday suami. terimaksih bro

dr dulu kalau sy nk beri hadiah kpd lelaki, sy mesti tau dulu apa kegemarannya. kalau dia suka tgk movie, sy kasi hadiah tiket wyg. dan sy repeat beri benda yg sm hahahahaha

Sama-sama... boleh lah dapat idea kan...

Boleh ubah-ubah sikit tu... baru surprise.. kalau tak dia dah boleh agak dah.. mesti tiket wayang...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon