Anak demam panas boleh berjangkit-jangkit| Entri sebelum ini saya ada ceritakan bagaimana anak saya Naufal demam panas dan bercakap sendiri dengan tajuk entri anak demam panas dan berhalusinasi. Selepas Naufal beransur pulih, kini tiba giliran adiknya, Rania pula mengalami simptom demam panas. Namun kali ini ceritanya berbeza.
Awal pagi Rania sudah mandi dan bersiap untuk ke sekolah. Ibunya mula perasan suhu badan dia lain macam. Rupanya demam panas. Tidak jadi ke sekolah. Baik abang dan kakak, sambung cuti lagi. Seronok jadi orang sakit, tidak perlu ke sekolah. Zaman dahulu kalau sebelah pagi sakit, memang wajib duduk rumah. Sebelah petang bila sudah sihat, kena duduk rumah juga. Geram bila tengok kawan sebelah rumah main getah. Sekarang bila anak demam, terpaksa berkurung dalam rumah. Tambahan lagi sekarang musim hujan-panas tidak menentu kan?
Kes Rania demam kali ini agak berbeza dengan abangnya. Kalau Naufal demam, dia boleh meracau dan bercakap sendiri. Rania pula mula muntah-muntah. Hampir lima kali. Bila doktor periksa, tiada tanda cirit-birit, mungkin cuma pening kepala, loya tekak. Lain anak, lain pula ragamnya. Hilang selera makan walhal hobi dia suka makan. Bila bawa ke klinik jam 7.00 malam semalam, rajin pula Rania tanya macam-macam.
"Ayah, kenapa benda tu warna merah?" Sambil menunjuk ke arah fire extinguisger yang terdapat di klinik. "Ayah, kenapa bilik ada tiga?" Sambil merujuk tiga bilik rawatan. Dia tanya lagi "Ayah, kenapa orang ramai datang klinik?". Gerak hati saya cakap Rania mesti demam sebab hendak fasih bercakap. Sebelum ini memang dia sudah pandai cakap, tapi macam pelat sikit. Kalau sebut sekolah mesti bunyi cekolah.
Perkara pelat anak tidak pelik untuk ibu bapa. Jangan paksa anak fasih bercakap. Pernah tengok iklan burung kan? Mereka akan tanya banyak kali sampai ibu bapa malas mahu layan. Anak-anak memang suka bertanya berulang kali. Tingkatkan komunikasi dengan anak. Bila mereka tanya, jawab sahaja walau pun ibu bapa rasa soalan yang anak bagi sentiasa ulang-ulang dan jawapannya terlalu mudah. Mereka sedang berkomunikasi dan latih mulut untuk fasih berbicara. Apa yang saya perasan, apabila mencapai usia tertentu, mereka akan mula bertanya berkaitan apa yang mereka nampak di depan mata.
Jadi sebagai ibu bapa, perbezaan dalam setiap ahli keluarga itu adalah anugerah. Keunikan, keistimewaan, kelebihan masing-masing adalah ujian. Perbezaan ini menyumbang kepada variasi komponen dalam masyarakat. Ada yang baik, ada yang jahat. Ada yang jadi imam, ada yang jadi perompak. Jika semua orang dalam dunia ini memiliki sifat yang sama, maka mereka semua adalah ROBOT. Wallahualam.
betul tu.. SA pun perasan jugak, kadang tu rasa macam penat nak menjawab,tapi layankan aja.
ReplyDeleteItulah kan.... dah memang sifat budak-budak..
Deletebetul tue
ReplyDeleteYela sis...
DeleteKenangan-kenangan yang akan dikenang bila anak-anak dah dewasa nanti..
ReplyDeleteHihi.. betul tu Ai.. nanti diaorang dah besar nak suruh baca...
DeleteBila anak tanya berulang kali ada yang ibu bapanya marah dan menengking..tidak pun ibu ayah terus diamkan diri...rasanya itu buka solusi yang bernas...berbuallah dengan anak-anak kerana rasa ingin tahu dan mereka sedang meneroka alam baru..moga Rania kembali sihat ya.
ReplyDeleteSetuju tu sis... ada juga yang lupa basics of life... InsyaAllah terima kasih sis...
Deletebanyak bertanya tu tanda bijak... semoga dah sembuh semuanya
ReplyDeleteAmin InsyaAllah...
DeleteBerapa umur Rania ni? Comey sungguh anak en Lan ni. Akk budak2 Kat tadika tu pun mmg kemain mulut masing2, becok je, sampai terpaksa buat undang2, sape bercakap time makan, ticer angkat pinggan so tak boleh makan, baru senyap time makan tu, kalo Tak bising ngalahkan pasar.
ReplyDelete5 tahun kak, ticer garang lah ni... hihi
Deletehehe sama macam anak2 saya. suka sangat bertanya. layankan aja. :)
ReplyDeleteHihi... kadang kala letih kan...
Deletebtol tu lan. ank mek pun kalau demam mesti muntah, si Amani. Makan ubat pun muntah. Amzar pula senang makan ubat. antara inisiatif mek ambik, bila suhu dia tu dah lain mcm rasenya, check dgn termometer kalau bacaan 37.5 ke atas, mek akn bg pcm terus. stok pcm memang kena ada di rumah. if 3 hari demam tak baik lg, boleh bawak jumpa doktor.
ReplyDeleteBetul tindakan mek tu....
DeleteMaaf komen lari topik sikit. terima kasih yer sebab singgah blog arepnakbebel. saya check Matched content di blog ini dah ok tuh..gambar dengan tajuk dah keluar :)
ReplyDeleteTu la, baru pasang balik tetiba dah ada...tq..
DeleteRajin bertanya menandakan otaknya pantas berfikir dan keinginan utk explore sesuatu :) bagus
ReplyDeleteItulah... saya harap berterusan lah...
Deletekanak-kanak mula pandai bercakap memang banyak bercakap
ReplyDeletesinggah sini dari www.arzmoha.com
Betul tu bro... Terima kasih singgah sini...
Deletesaya memang takut kalau anak kena demam panas. saya tak tunggu, terus ke klinik. rania muntah2 tu saya memang takut. kira ok tuan cepat jumpa doktor.
ReplyDeleteYe Adam, takut ada apa2 benda lain berlaku...
DeleteWalaupun kita berasa penat untuk melayan karenah anak-anak tapi mereka dah besar nanti mesti kita akan merindui saat mereka bercakap dengan kita, betul tak..? Saya doakan anak2 En. Lan cepat sembuh seperti sediakala..
ReplyDeleteBetul tu sis, nanti dah besar perangai lain pula....Amin... InsyaAllah...
Deletehahaha~ mesti penat nak menjawab.. pernah tak TER marah anak ? kakak pernah sebab terlampau banyak soalan dalam satu masa.. tapi lepas tu menyesal dan kita bina balik soalan untuk amik mood anak.. adoi.. macam2 ragam.. sabar dengan tak jek..
ReplyDeleteTermarah tu biasa Atie... Sama lah, lepas tu fikir balik kenapa diaorang tanya, then layan je la soalan-soalan diaorang tu....
Deleteoh ada jugak ye macam tu..baru tahu..apapun moga adik Rania cepat baik dan makin petah bercakap..jadi ayahnya kena ready menjawab la ye..konfem dah banyak soklan yang nak ditanya tu..hihi
ReplyDeleteInsyaAllah sis... Amin..
Deletecomelnya rania.. semoga cepat sembuh.. terpaksa lah si ayah dok melayan kerenah anak.. bersabarlah hiii
ReplyDeleteHehe.. mula-mula terpaksa, sekarang ada faham sikit lah..
Deletemoga cepat sembuh
ReplyDeleteTerima kasih CCL... Amin...
Deletebial anak2 rajin bertnya maknanya sel2 otak mereka sdng berhubung. hehe
ReplyDeleteHaha.. macam iklan susu kan...
DeleteRisau bila anak sakit Gini Kan. Panas Sgt la Tu sampai meracau2 alahai semoga mereka cpt sihat
ReplyDeleteBetul tu mamapp... memang risau...
Deleteyes agree..bila anak baik demam..ibu nya plak jangkit demam..nasibla xbjangkit semula..
ReplyDeleteDah imun dah sebab tu tak berjangkit semula...hihi
DeleteAna anak baru sorang pun penat juga nak layan pertanyaan dia. Tp bila turn kita tanya dia banyak2 pandai pula suruh kita diam. Hehe
ReplyDeleteSemoga rania sembuh seperti biasa. Dan boleh lah makan byk2 Lepas tu.
Haha, kalau ramai, pening kepala sis.. lebih-lebih lagi kalau mereka semua tanya soalan serentak... haha..
Deletebagus anak anak yang suka bertanya ni, sifat ingin tahu dorang tu ada. kalau jenis tak kisah pun susah jugak.
ReplyDeleteItulah, sekarang saya suka diaorang banyak bertanya....
DeleteANAK2 YANG BANYAK BERTANYA ANAK YANG BIJAK, MOGA ANAK2 EN.AZLAN DIBERI KESIHATAN YANG BAIK
ReplyDeleteInsyaAllah, terima kasih doanya....
DeleteHarap2 Rania dah sembuh
ReplyDeleteAmin, InsyaAllah...
Delete