Bukan semua blogger betul

Bukan semua blogger betul| Pembaca perlu menilai setiap artikel yang sedang dibaca pada sesebuah blog sama ada artikel yang sedang dibaca tersebut adalah benar atau salah menurut pertimbangannya. Ya, bukan semua blogger adalah betul.


Jenis-jenis blogger, type of blogger, kategori blogger

Terdapat jenis kategori blogger yang perlu pembaca tahu supaya anda mampu membezakan bentuk sesuatu artikel sama ada berunsur fitnah atau sebaliknya. Pada entri ini, bukan kebenaran sesebuah artikel yang saya mahu tekankan di sini tetapi perkara berkaitan kewujudan seorang blogger itu sendiri dalam industri penulisan maya.

Seperti yang saya katakan tadi, pembaca perlu mengenali jenis kategori blogger yang terdapat dalam dunia penulisan maya ini kerana terdapat perbezaan ketara pada kecenderungan seorang blogger untuk menulis satu artikel. Sama ada penulisan artikel berunsurkan kepentingan, keuntungan semata-mata atau tindakan bersifat propaganda atau provokasi, kesilapan pembaca menilai fakta akan memberi impak pada intergriti pembaca ketika penularan artikel itu dilakukan oleh pembaca.

Jenis dan kategori blogger

Penghasilan artikel oleh seorang lifestyle blogger biasanya perkongsian terhadap perkara berkaitan perkara yang dilakukan oleh blogger itu sendiri. Apa yang dia buat, perkara yang sedang dia berurusan, cara hidupnya dan perkara-perkara baru dalam hidup seorang blogger yang dikongsi sebar dengan tujuan tertentu. Secara ringkasnya adalah perkongsian beberapa perkara berkait rapat dengan kehidupan blogger itu sendiri. Itulah lifestyle blogger menurut pemahaman saya.

Sedangkan penulis maya yang menyampaikan berita, isu semasa dan terkini selayaknya disebut wartawan kerana apa yang disebarkan adalah perkara yang diketahui kejadiannya sama ada tarikh, lokasi dan masa sesuatu kejadian itu berlaku. Manakala perkongsian pengucapan seseorang atau individu tertentu adalah bersifat betul dan salah kerana boleh dinafikan maksud dan kejadian itu berlaku jika tidak disertakan bukti visual jelas seperti video pengucapan.

Ada juga jenis blogger dalam kategori pandai mengambil kesempatan atas isu semasa. Biasanya golongan blogger ini sangat bijak dan pantas dalam manipulasi tajuk, cerita dan akan mendapat manfaat sebelah pihak seperti trafik dan sebagainya. Kebenaran artikel yang dikongsi boleh bersifat benar atau salah namun apa yang dilakukan adalah take advantage pada situasi sangat tepat.

Kategori blogger yang lainnya adalah berkongsi artikel dengan topik sangat berilmiah dan berkualiti serta bermanfaat kepada pembaca. Biasanya golongan blogger ini sangat terpelajar seperti golongan doktor, peguam, usahawan, well-educated blogger dan sebagainya. Manfaat artikelnya biasanya dikongsi berulang kali serta artikel tersebut juga berpotensi diulang plagiat/copy paste oleh blogger lain.

Manakala terdapat juga blogger bersifat unknown blogger yang tidak mahu dikenali. Dengan tujuan menulis untuk dibaca dan dikongsi tetapi kurang keyakinan untuk muncul sebagai known blogger oleh masyarakat. Kualiti yang ada pada kategori blogger ini kadangkala melebihi blogger yang sangat well-known pada pandangan blogger lain. Namun menjadi blogger adalah hak individu dan keinginan untuk dikenali juga adalah pilihan blogger itu sendiri. Kebenaran artikel boleh jadi fakta sebenar atau perkongsian dari perkongsian lain.

Terdapat juga kategori blogger yang bersifat menulis untuk kenangan diri, diari, catatan sendiri, jurnal hidupnya yang tidak mengambil kisah siapa mahu membacanya, apa yang akan dikatakan oleh orang lain dan apa pandangan orang lain terhadap artikel yang dikongsi. Blogger ini biasanya menulis dan pergi serta menulis lagi dengan meletakkan kepuasan diri sebagai keutamaannya. Kebiasaannya artikel dikongsi adalah benar, berciri simpati, keriangan, luahan hati dan artikel yang membuai perasaan pembaca.  

Ada juga blogger bersifat orientasi perniagaan semata-mata. Sebagai contoh blog pemilik perniagaan, berkaitan sesuatu produk dan blog mempromosikan jenama dan seumpamanya. Kewujudan produk itu fakta tetapi keberkesanan produk boleh jadi benar atau salah. Anda dalam kategori blogger yang mana satu?

Blogger yang mengulas berkenaan politik memang tidak perlu saya jelaskan lagi. Blogger jenis ini biasanya popular dengan isu saman menyaman. Kebenarannya boleh dipercayai dan dipertikai juga. Kadangkala tidak pasti betul atau tidak. Artikel biasanya berunsurkan propaganda dan provokasi.

Blogger rojak boleh dikatakan akan menulis apa sahaja topik. Macam-macam ada. Macam saya rasanya kot. Apa sahaja yang terlintas dalam otak akan diterjemahkan melalui penulisan. Untuk mengenali blogger rojak mudah sahaja. Blog yang tidak mempunyai niche yang spesifik.

Artikel benar, rekaan atau sampah

Begitu banyak kategori blogger yang saya sebutkan tadi cuma sebahagian jenis-jenis blogger yang boleh dikategorikan pada kelas tertentu. Tujuan pengkelasan blogger adalah sekadar menggambarkan perbezaan bentuk artikel yang dihasilkan dan bukan menidakkan kebenaran atau salah setiap artikel yang dikongsikan. Walau bagaimanapun, pembaca perlu mengambil langkah berhati-hati jika ingin berkongsi semula artikel yang telah dikongsikan oleh blogger kepada orang lain agar tidak mendatangkan mudarat kepada pembaca itu sendiri. Hal ini kerana bukan semua blogger itu betul dan bukan semua artikel itu salah.

Artikel yang telah dibaca perlu dinilai semula oleh pembaca sama ada boleh mengundang kecaman daripada orang lain jika dikongsi. Perkara ini adalah peringatan mesra kepada pembaca supaya tidak berkongsi membabi buta tanpa menyiasat kebenaran sesebuah artikel kepada orang lain. Pada akhirnya akibat kesilapan menilai fakta boleh mengakibatkan pembaca mendatangkan binasa kepada diri sendiri. Seperti yang saya jelaskan tadi, bukan semua blogger itu betul tetapi nilailah apa yang telah dikongsi sama ada bermanfaat atau sebaliknya. Wallahualam.

22 Comments

PC jenis rojak unknown ni...seorang blogger dia juga seorang pembaca..dua dalam satu sebenarnya..justeru itu mesti bijak menilai...mesti pandai memilih..

Setuju dengan azlan. Kadang-kadang tak semua artikel tu tepat. Baca boleh percaya jangan. Nilai dulu artikel tu.

Betul tu Sis... Sis memang unknown... hihi... setuju tucomel, blogger juga pembaca, kena nilai sebelum share...

Betul Kin, peringatan buat saya juga... mudahan kita tak terjerumus kepada masalah semasa blogging...

Setuju tu.. Banyak juga kategori blogger ni, Mai tak tau la masuk dalam rojak agaknya, hahaha.

Pembaca sekarang kena bijak menilai, tapis dulu fakta, elakkanlahh baca blog2 gosip segala tu.. Banyak fitnah dari kebenaran dalam tu..

Ya Mai... gosip kan, belum tentu betul... hihi...

hee~ asal nak gelak baca entri ni weyh ? tapi atie mungkin BLOGGER ROJAK.. ntah pape ntah.. main taip jek ikut sedap anak tengkuk asalkan menaip..

ok.. kak mia lifestyle dan rojak.. kadang tu ada sharing info semasa yang ringan... nice write-up. keep it up...

Saya kategori rojak! Kikikiiii

Power Atie tulis sampai anak tengkuk.. biasalah ramai juga yang blogger rojak...

Sis Mia punya post beribu kan... banyak posting dan rajin update blog...

Samalah kita Abe We... hihi...

rasanya di blog abam kie tu mcm2 ada. mcm astro plak. cuma abe kie x tulis ttg isu politik.

Politik kalau boleh kita elakkan... susah nak cakap mana betul or salah... :-)

Blogger memang ramai macam cendawan tumbuh tetapi apa yang pasti tak ramai blogger yang mampu maintain menulis.

Mrs. A kategori rojak la kot macam-macam ada :-)

Ya Mrs.A, maintain menulis tu susah tu kalau tak rojakkan blog... hihi

Mama.setuju sgt. Jgn diterima bulat2 setiap penulisan kerana kadangkala is cuma pendapat sorang individual saja

Ya betul tu mamapp... nilaikan dahulu sebelum viral atau baca sahaja kan...

Setuju sangat dengan perkongsian encik azlan ini..

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon