Cara merawat ECZEMA dengan ECZY Dermatouch Balm

Cara merawat ECZEMA dengan ECZY Dermatouch Balm| Bagaimana merawat masalah kulit seperti ruam, ruam lampin, ekzema / eczema, kulit kering dan pedih, luka, bintat, dermatitis, gatal-gatal, kulit kemerahan serta keradangan? Mengalami masalah kulit terutamanya ekzema pasti merimaskan. Rasa tidak selesa dengan keadaan gatal akibat penyakit kulit akan membuatkan anda lebih gemar mengasingkan diri daripada aktiviti di luar rumah. Produk ECZY Dermatouch Balm mampu merawat / mengatasi masalah kulit secara semulajadi. Tidak percaya?

ECZY Dermatouch Balm, Cara merawat EKZEMA (ECZEMA)

Apa itu ekzema / eczema?

Istilah ekzema digunakan bagi merujuk beberapa keadaan masalah penyakit kulit penyebab keradangan dan jengkel dalam terma perubatan. Biasanya terdapat dua jenis ekzema yang dikenali sebagai Dermatitis Atopik atau Ekzema Atopik. Penyebab paling biasa ekzema adalah Dermatitis Atopik (disebut juga ekzema bayi) yang memberi kesan kepada kanak-kanak yang lebih tua dan juga bayi. Perkataan "Atopik" menggambarkan keadaan yang berlaku apabila seseorang terlalu sensitif kepada zat asing (Alergen-Penyebab alergi) yang terdapat di dalam alam sekitar.

Penyebab masalah penyakit ekzema / eczema

Punca masalah penyakit ekzema adalah tidak diketahui. Namun ianya dianggap berkaitan dengan tindak balas yang terlalu aktif oleh sistem imun badan untuk merengsa. Disebabkan tindak balas ini, gejala ekzema boleh berlaku. Di samping itu juga, masalah ini biasanya sering terjadi pada keluarga yang mempunyai sejarah alahan atau asma lain.

Kacang, susu, soya, gandum, ikan, dan telur adalah penyebab ekzema yang paling biasa. Walau bagaimanapun, kanak-kanak memerlukan diet yang baik. Oleh itu jangan berhenti memberi mereka makanan yang ibu bapa fikir akan menyebabkan penyakit ekzema. Sebaiknya, dapatkan nasihat pakar melalui ahli pediatrik atau dermatologi terlebih dahulu.

Cara merawat ekzema / eczema pada bayi

Matlamat rawatan untuk ekzima adalah untuk melegakan dan mencegah gatal-gatal yang boleh menyebabkan jangkitan. Oleh kerana penyakit ini menjadikan kulit kering dan gatal, losyen dan krim seperti ECZY Dermatouch Balm disyorkan untuk menjaga kulit yang lembap. Produk ini biasanya digunakan apabila kulit lembap seperti selepas mandi untuk membantu kulit mengekalkan kelembapan.

ECZY Dermatouch Balm, Cara merawat EKZEMA (ECZEMA)

Mengapa perlu guna ECZY Dermatouch Balm


Pelembap organik dan semulajadi
ECZY Dermatouch Balm mengandungi dua bahan aktif iaitu Minyak Biji Bunga Matahari dan Daun Comfrey. Minyak Biji Bunga Matahari adalah agen pelembap yang sangat semulajadi. Kajian menunjukkan bahawa ianya membantu membaiki sel-sel kulit yang rosak serta menggalakkan pertumbuhan sel yang baru. Minyak ini juga sangat stabil komposisinya berbanding minyak lain dan kaya dengan Omega 6 yang berfungsi untuk meredakan keradangan dan kegatalan. Manakala Daun Comfrey pula adalah sejenis herba yang telah digunakan beribu tahun dahulu untuk membaiki luka, bertindak sebagai antiseptik dan membunuh kuman serta bersifat anti radang dan antirematik.

Selamat digunakan seisi keluarga
ECZY Dermatouch Balm sesuai  dan selamat digunakan pada bayi baru lahir sehingga ke orang dewasa. Perempuan mengandung yang mempunyai alahan dan gatal juga disyorkan untuk menggunakan ECZY Dermatouch Balm kerana tidak mendatangkan kesan mudarat pada kandungan. ECZY Dermatouch Balm telah diuji di dalam makmal dan sangat selamat digunakan serta mendapat kelulusan KKM (Kelulusan No: NOT170500633K).

Jimat dan berbaloi
Penggunaan bergantung kepada kondisi pengguna. Sekiranya keradangan sangat teruk, 1 botol ECZY Dermatouch Balm dapat bertahan selama sebulan. Tekstur yang sangat likat dapat membantu merawat sehingga ke dalam kulit.

Manfaat lain ECZY Dermatouch Balm

  • Boleh dijadikan sebagai minyak terapi. Dengan bau minyak pati bunga boleh membantu mood, tidur yang lena dan mengurangkan stress.
  • Mengandungi agen anti-kulat (anti-fungal), anti-mikrobial, anti-bakteria dan mengandungi antioksidan yang boleh meredakan kegatalan dan inflamasi kulit yang disebabkan oleh ekzema.
  • Membantu pengurangan kulit mengelupas. Kesemua khasiat ini dapat mencegah infeksi dan memperbaiki tisu yang rosak agar kulit yang licin dapat terhasil.
  • Tidak mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan ekzema bertambah teruk dan boleh mengurangkan inflamasi kulit dan membantu pemulihan tisu kulit sekaligus merawat ekzema dengan berkesan
ECZY Dermatouch Balm, Cara merawat EKZEMA (ECZEMA)

Ingin menjadi Stokis? Pertanyaan? Beli produk? 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan produk ECZY Dermatouch Balm, sila layari:

Laman Web Rasmi

Online Store

Telegram

Email

Contact No
+60166866594

Atau datang terus ke lokasi Pejabat / Kedai:

Lot 1-10, Tingkat 1,
Bangunan D'S2 Mall,
Jalan Persiaran S2/B1,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan.

Landmark: Bangunan SAINS bersebelahan AEON Jusco Seremban 2

Video Kisah Benar - Kesian Adik Firrash (Testimoni). Klik untuk lihat video di SINI.

22 Comments

Hari tu anak cousin eczyma teruk tak cuba pula benda ni. Sebab macam-macam dia cuba tapi tak ok juga. so dia dah taknak try. Last-last sembur kangen water je. Alhamdulillah berkesan.

Mungkin kaedah dia guna salah atau keberkesanaan produk... sembur kangen tu salah satu cara untuk melembapkan kulit...

Produk yang ohsem.. Nice sharing encik Azlan..

eczema di kalangan kanak-kanak memang kesian,harap produk ini dapat membantu mereka

Ya memang bagus... Sama-sama sis...

Betul tu, kesian sangat sebab diaorang cuma pandai menangis je...

Kesian sangat bila tengok anak kecik kena ekzema ni tapi alhamdulillah bamyak dah rawatan dan produk yg boleh merawat

rasenya elok jugk pakai kat baby yang kena kulat susu. sebab dia ckp boleh hilangkan fungal

Betul sis, memang simpati dan betul tu, salah satu seperti krim Eczy ni dapat mempercepatkan proses baikpulih ekzema...

Memang boleh mek, budak2 memang biasa kena tu kan.. kalau tak letak ubat takut melarat nanti...

macam-macam produk yang boleh rawat ekzema sekarang .. yang penting kalau dah produk tu dah serasi ..alhamdulilah

Betul tu sis, konsisten guna produk yang terbukti berkesan...

rasanya perlu ada dalam setiap rumah kan...biasalah ada budak2 ni kan...teringin juga nak beli produk ni

Kalau ada anak kecil memang digalakkan sangat untuk membeli... tapi kalau guna untuk orang dewasa pun boleh juga. Memang sesuai beli letak kat rumah...

saya pun ada eczema tapi Alhamdulillah dah lama tak jadi. Anak kedua pun pernah ada eczema. punyalah menggaru sampai berdarah huhu. tapi sekarang tinggal parut sahaja. Alhamdulillah. :)

Siapa yang ada masalah eczema boleh lah cuba produk ni. Bahan2 yg di gunakan pun free chemical which is bagus untuk kulit sensitif.

Alhamdulillah sis dah berjaya pulih... Sampai berdarah ya, seramnya... Parut boleh guna krim juga untuk hilangkan parut tu....

Betul tu sis... yang penting organik...

penyakit ekzema ni datang dan pergi.. kalau masa kecil berlaku, keberangkalian besar masa besar akan datang lagi.. baguslah ada produk macam ni, cuma kalau dah teruk itu kena jumpa pakar kulit ye

NEEZA | Malaysia Lifestyle Blogger

Ya teruk tu mungkin tak serasi atau ada masalah lain...

InsyaAllah, moga jadi penawar ekzema...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon