Dialogue Sessions with Blood Donation Organizers

SIBU Dialogue Sessions with Blood Donation Organizers| Semalam, 17 September 2017 bertempat di Hotel Tanahmas, Sibu Sarawak telah berlangsung sesi dialog bersama penganjur-penganjur program derma darah sekitar kawasan Sibu, Sarawak sempena Sambutan Hari Malaysia Tahun 2017. Sesi dialog anjuran Malaysia Red Crescent Society Sibu ini adalah sebahagian usaha mempertingkatkan lagi kerjasama sedia ada di antara penganjur dan persatuan bagi memberi kesedaran kepada orang awam supaya menderma darah demi keperluan Bank Darah Negara.

Blood Donation Campaign 2017 Sibu, Sarawak, Blood Donation, Kempen Derma Darah

Menurut Dr. Ngian Hie Ung (Pengarah Hospital Sibu) selaku panel dialog, objektif dialog diadakan adalah untuk memberi galakan kepada orang awam menderma darah sekurang-kurangnya dua kali setahun berbanding setahun sekali sebelum ini. Selain daripada itu, beliau juga membuka peluang kepada penganjur kempen derma darah sekitar Bahagian Sibu sekiranya menghadapi masalah semasa menganjurkan program derma darah.

Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sibu dijemput sebagai peserta sesi dialog bersama penganjur-penganjur lain seperti Water Sibu Board, Jaya Tiasa, PDRM (PGA) dan banyak lagi. Sebelum itu, bertempat di tingkat bawah lokasi yang sama, Menteri Kewangan Kedua, Dato Sri Wong Soon Koh telah melancarkan Kempen Derma Darah bagi Tahun 2017.

SIBU Dialogue Sessions with Blood Donation Organizers

Beberapa perkara telah diusulkan pada sesi dialog pada kali ini berkaitan lokasi yang sesuai menganjur program derma darah kerana mana-mana program derma darah disarankan diadakan pada lokasi yang tidak panas dan agak selesa kepada penderma darah. Selain itu juga, ianya bagi memastikan stok darah penderma berada dalam keadaan baik dan tidak rosak. Hospital adalah lokasi terbaik bagi program derma darah. Walau bagaimanapun, banyak juga program seumpama ini diadakan di pusat beli belah dan sebagainya memandangkan ianya lokasi tumpuan ramai selain lokasi yang sejuk dan selesa.

Usaha perlu dipertingkatkan lagi bagi memupuk kesedaran kepada orang awam dan di antara cadangan ahli panel adalah penderma dibawa melawat Bank Darah Hospital Sibu supaya bakal penderma lebih memahami keperluan menderma darah.


Perkara lain perlu dielakkan adalah menganjurkan program berupa jual beli darah dengan kata lain sukarelawan menderma dan penganjur memberi balasan dalam apa jua bentuk seperti duit, hadiah dan sebagainya untuk mengelakkan penderma menderma darah demi hadiah atau balasan lain. Apa yang kita mahukan adalah kerelaan tanpa dipaksa oleh penderma dan bakal penderma. Dr Ngian menegaskan "Kita perlu rekrut penderma dengan cara yang betul kerana jika sudah sesat, susah mahu patah balik".

Untuk makluman kita semua, menurut panduan Pusat Derma Darah Negara, individu lelaki boleh menderma sebanyak 6 kali setahun iaitu 2 bulan sekali manakala wanita sebanyak 4 kali setahun iaitu 3 bulan sekali. Jika penderma ingin menderma lebih awal daripada tempoh sepatutnya, dikhuatiri tahap Hemoglobin (Hb) masih tidak lagi mencapai tahap optimum yang diperlukan. Oleh itu, ujian saringan akan dijalankan terlebih dahulu sebelum penderma boleh menderma darah untuk mengetahui sama ada layak untuk menderma darah. Kadar kuantiti menderma darah adalah sebanyak 1 pines iaitu sebanyak 568 ml, walau bagaimanapun kebiasaannya sebanyak 450ml sahaja diambil daripada penderma.

Peserta sesi dialog penganjur Kempen Derma Darah Sibu 2017

Akhir kata daripada Dr Ngian, kerjasama pihak hospital dan badan-badan kerajaan dan swasta sekitar Sibu, Sarawak perlu ditingkatkan lagi untuk memupuk kesedaran manakala pihak hospital, Malaysia Red Crescent Society Sibu akan membantu mana-mana penganjur kempen derma darah dalam merealisasikan objektif kempen derma darah supaya mengurangkan masalah kekurangan stok darah negara. Jom derma darah!

28 Comments

e'in tak penah pun derma darah.. huhu

Saya pun tak berani lagi, sedang mencari keberanian... hihi..

belum biasa derma darah...
mabuk darah...

Samalah kita bang, saya tengok jarum dia besar sangat... hihi

Alhamdulillah sebelum ni en suami kerap juga derma darah..tapi atas nasihat Dr buat sementara waktu jangan dulu..PC pun tak pasti adakah naik berat badan ada kaitan bila kerap derma darah..sebenarnya bagus derma darah..

Mungkin sama ada darah tinggi atau tahap Hb tu rendah...

Saya pulak memang dari dulu nak menderma darah, tapi setiap kali nak menderma tahap HB saya rendah..

Ye la kan, nak buat camni dah tak boleh derma...

ELOKLH MDERMADARAH KPD YG MMERLUKAN DEMI KEBAIKAN

Ana tak pernah lagi derma darah. InsyaAllah kalau ada peluang nak juga menderma. Sama2 menolong pada yg memerlukan.

InsyaAllah sis... boleh derma kalau ada kelapangan...

lan derma tak? mek pernah derma time remaja dulu. ada la dalam 3x. lepas kahwin tk pernah derma. bila nk derma je pregnant.

Belum ada kekuatan nak derma, darah sikit sangat dalam badan... hihi

Bagus ada sesi kesedaran macam ni. Kalau yang kerja kat hospital faham sangat yang kebanyakan hospital kekurangan stok darah untuk transfusi. Tapi yg memerlukan darah semakin meningkat!

takde pengalaman derma darah lagi..tapi hb low tak pasti bole derma ke tak..

Betul tu, ramai kes eksiden maka banyaklah darah diperlukan....

Kalau low memang tak dapat derma rasanya...

sy suka usaha mcm ni tp sy sendiri takut nak derma sbb sy ni penakut darah... acaner tuuuu hahahah

Kalau takut darah bahaya juga, mana tau pengsan masa ambik darah kan..

busyra tak penah derma darah.. dulu setiap kali ada derma darah di uitm. selalu jgk lalu2 niat nak derma. tp takuttt. haha

Seronok jika dpt tolong org dgn menderma darah kan

Perlu cari kekuatan kan Busyra.. hihi

Memang rasa seronok kalau kita dah buat kebaikkan...

Masa muda2 dulu ada juga menderma darah.
Dah tua ni stoplah.

Boleh teruskan pak cik... ada dengar orang kata, makin sihat bila kita derma darah..

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati dan sebagainya yang secara jelas menyalahi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] - SKMM.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi.

Don't hesitate to contact me at azlan7783@gmail.com for any review, advertorial or anything else.
EmoticonEmoticon