Elak sekat keyakinan anak sedari kecil

Elak sekat keyakinan anak sedari kecil| Hujung minggu lalu telah berlangsung kejohanan ping pong dan saya telah menyertainya bersama rakan sepejabat. Entri berkenaan telah saya publishkan pada tajuk Sibu Division (Non-Chine) Open Table Tennis 2017. Pada sebelah malamnya pula, pihak penganjur telah menjemput semua peserta untuk hadir pada Dinner Buffet untuk meraikan kedatangan peserta kejohanan terutamanya yang datang dari Johor, Putrajaya, Sabah dan banyak lagi.

Dinner Buffet, Sibu Division (non-chinese) Open Table Tennis Championship 2017

Dinner Buffet bermula pada jam 07.00 malam dan keluarga peserta dijemput hadir bagi memeriahkan majlis. Oleh itu saya membawa semua ahli keluarga untuk menikmati jamuan di RH Hotel, Sibu Sarawak. Pelbagai aktiviti diselitkan sebagai acara sampingan pada jamuan makan tersebut. Antara salah satunya adalah menari bila ada musik dan berhenti menari apabila musik berhenti. Tajuk acara itu saya main letak sahaja. Yang penting maksud tercapai.


Berbalik dengan acara tadi, pengacara mengumumkan sesiapa yang ingin menyertainya boleh naik ke pentas. Serta merta saya maklumkan kepada anak lelaki saya, Naufal. "Abang nak masuk tak? Kalau ada lagu kena menari, bila lagu berhenti kena berhenti menari. Ada hadiah tau!". Pada mulanya dia memberikan reaksi malu-malu. Sifat tipikal anak melayu. Malu-malu. Bila saya ulang lagi sekali baru dia faham dan mula berdiri. Kemudian isteri menahan Naufal "Kesian dia pa, budak besar je yang naik ke pentas". Saya jawab pengacara sebut "everybody in this hall". Maksudnya semua tidak kira usia. Sesiapa ada keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai, boleh naik ke pentas. "Ayah tipu!" Naufal mula mempersoal saya kerana saranan saya agar dia naik ke pentas disebabkan ibunya menahannya. Kemudian saya terangkan kepada isteri dan isteri menyetujuinya. Inilah manfaat kerjasama dan harmoni bersama isteri. Naufal naik ke pentas. 

Elak sekat keyakinan anak sedari kecil, Cara bina keyakinan anak

Lebih membanggakan, dia seorang sahaja peserta berusia 6 tahun. Yang lain boleh dikatakan dewasa dan tua. Satu persatu Naufal tewaskan mereka kerana dia sangat fokus. Fokus penting untuk berjaya. Sesekali dia menoleh kepada saya dan saya akan menunjukkan tanda "Good Job" kepadanya. Apa yang saya buat bukan memperbodohkan anak saya di khalayak ramai. Anda tahu mengapa anak orang putih lebih yakin dan mampu membentuk karakter semasa public speaking dengan mudah? Satu, kerana galakan. Dua, kerana sokongan dan ketiga tidak ada orang mentertawakan mereka.

Naufal Ammar Rifqi Bin Noor Azlan, Blogger Noor Azlan

Anak melayu. Bila di sekolah, ada kawan maju ke hadapan ditertawakan. Anak melayu bila ada program, ibu ayah tahan supaya duduk diam-diam. Oleh sebab itu anak melayu lebih banyak pemalu. Lebih gagah di belakang tabir. Minta maaf dengan kenyataan kasar ini. Ini realiti dan sikap ini wajar dibuang jauh-jauh daripada ibu bapa. Membina keyakinan anak sejak daripada kecil dan bukan tunggu sudah besar baru suruh maju di khalayak ramai. Mereka akan gugup. Gugup dan bicara tergagap-gagap kerana tidak yakin. Ibu bapa sangat mempengaruhi pembentukan sikap dan perkembangan karakter anak.


Apa yang boleh ibu bapa buat pada masa anak maju ke hadapan adalah memberi sokongan dan galakan untuk anak buat yang terbaik. Tidak kiralah apa program yang disertainya. Oleh sebab itu pentingnya ibu bapa hadir pada setiap acara di sekolah. Walaupun anda tahu anak anda tidak mampu menang apa-apa pingat, tetapi kehadiran ibu bapa bagi memberikan sokongan membawa kesan mendalam kepada sikap seorang anak pada masa hadapan. Bila anak sudah maju kehadapan, jangan sekat supaya mereka akan lebih yakin. Biarkan mereka buat walaupun mereka tidak pandai atau menang apa-apa kerana kritikan demi kritikan akan membuatkan anak akan malas lagi untuk maju ke hadapan dan hanya berani ketika berada di belakang sahaja. Wallahualam.

34 Comments

Menang Ai...dapat 2 coklat kit kat.... dia tersenyum lebar dan saya beri hi-5 kat dia...

Very well said. Bila diperhatikan semula memang benar apa yang En. Azlan katakan. Kebanyakan parents di Malaysia suka sekat aktiviti anak2 tanpa mereka sedar perkara tersebut boleh memberi impak pada self esteem anak2. Termasuk saya sendiri. Huhu. In shaa Allah lepas ni akan lebih berikan kelonggaran dan sokongan kepada anak. Terima kasih En. Azlan atas perkongsian ini. Sangt memberi manfaat kepada newbie parents seperti saya & suami.

betul tu, sebab asyik sekat nanti lama lama kanak kanak jadi segan dan malu lepas tu bila lama lama dia jadi malas nak join semua tu huhu

Ye betul tu. As a parents, kita sokong je anak kita. Kita datang majlis pon mesti anak dah happy dah 😄

Sokongan dan doa bila digabung in shaa Allah anak-anak melangkah jauh dengan lebih yakin.

ya betul.. sebenarnya sokongan pada perkara-perkara kecil pun mereka dah happy.. lebih menaikkan semangat mereka..
kadang2 kita pula yang penat nak melayan satu-satu semangat mereka itu..
tetapi memang berbaloi dan seronok..

Wahhh hebat lah naufal. Berani naik ke atas pentas dan menari depan org ramai. Bukan semua budak boleh lakukan tu. Tahniah naufal.

Seorg ayah yg memahami dan memberikan sokongan utk ank maju.

Agree sgt.. apa anak sy minta yg rasa releven sy akan cuba bantu..jgn terus cakap tidak..kena tanam sifat percaya pda anak ntk elak anak dri rasa kurang keyakinan diri..yg penting pantau.. kena enjoy moment sama2 n beri penghargaan dgn tepuk tangan tanda gembira itu pon dah cukup buat anak teruja n rasa dihargai.

Mama setuju Sgt. Galalkan ibu bapa Yang Akan menambah keykinan anak2. Kerana itulah ibubapa memainkan peranan penting dlm mendidik anak2

Setuju dengan kenyataan tu. "malu di depan, gagah dibelakang." kadang2 selalu ditegur dan dimalukan oleh guru pun menjadi salah satu sbb mereka jadi pasif.

BETUL TU EN.AZLAN KITA PATUT BERIKAN SEMANGAT DAN KEYAKINAN UNTUK ANAK2 KITA KE DEPAN

Betul tu.
Taklah nanti orang Melayu jadi jaguh kampung aje.

Betul tu, anak-anak ni tak boleh disekat apa yang dia nak buat

Setuju. Jika sedari kecil terlalu pemalu bila besar nanti akan merasa diri di disisih selalu.

Bagus naufal, bagus jugak ada parents yang faham bakat dan keinginan anak. Good job sir.

Alhamdulillah moga bermanfaaat ya...

Betul tu, memang malas sebab sifat malu tu membantutkan segala niat kan..

Setuju tu cik Epal.. diaorang tengok muka kita je dah happy dah...

Sangat setuju sis... itulah apa yang dilakukan oleh ibu bapa yang berjaya mendidik anaknya...

Kita penat dengan kerja, masalah kerja, kadang-kadang memberi kesan kepada hubungan kita dengan anak kan...

Saya pun tak berani macam dia sis.. hihi...

Kami suami isteri cuba yang terbaik sis... jika kami dulu kurang, kami nak lebih untuk anak kami.. Terima kasih sis...

Itulah sis, kemajuan yang kita ada kita gunakan sepenuhnya untuk memperbaiki diri... apa yang sis buat tu memang wajar dijadikan ikutan..

Betul tu sis, kita kena ubah cara kita untuk melahirkan generasi yang lebih baik...

betul tu Nad, ada guru yang kurang pengalaman dalam mendidik dan tidak sabar... asyik nak kejar KPI je...

InsyaAllah sama-sama kita beri sokongan kepada anak kita...

Ya pak cik... dulu dah kampung, sekarang kena international kan..

Ya setuju.. nanti diaorang akan cari jalan dan buat kat belakang kita...

Betul tu sis... duduk paling belakang pula kan...

Tapi tak nak lah dia jadi penari... hihihi... Terima kasih....

bgs sangat NA didik anak macam ni.... sy ni salah seorg anak Melayu yg pemalu dan penyegan... Bila masuk universiti, baru belajar berdikari tak tahu malu.... kekeke.....

Saya pun pemalu sis, saya tak nak anak saya ikut macam saya... hihi

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati dan sebagainya yang secara jelas menyalahi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] - SKMM.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi.

Don't hesitate to contact me at azlan7783@gmail.com for any review, advertorial or anything else.
EmoticonEmoticon