Erti kerjasama dalam organisasi

Erti kerjasama dalam organisasi| Melalui misi, visi dan sebagainya, mudah sekali untuk kita melihat perkataan kerjasama, mewujudkan kerjasama atau menjalin kerjasama termaktub di dalamnya. Adakah setiap pekerja memahami apa yang dimaksudkan dengan kerjasama? Adakah misi atau visi hanya sekadar misi dan visi untuk paparan profil syarikat atau organisasi kepada orang awam sahaja?

Erti kerjasama dalam organisasi, kerjasama, memupuk kerjasama

Mengungkap perkataan kerjasama memang mudah. Organisasi perlu wujudkan kerjasama antara pekerja, eratkan kerjasama antara mereka atau tingkatkan kerjasama sesama pekerja. Bagaimana pemahaman pekerja terhadap maksud kerjasama dalam sebuah syarikat atau organisasi? "You do your work, I'm doing my work". Adakah ini yang dimaksudkan dengan kerjasama?

Begitu banyak persoalan yang saya timbulkan untuk kita melihat sama ada langkah-langkah mewujudkan kerjasama sesama pekerja mampu meningkatkan produktiviti dan kecemerlangan sebuah organisasi atau pun tidak. Tercapaikah objektif progra untuk memupuk semangat kekitaan dalam organisasi kita atau ianya hanya sebuah program melengkapkan jadual dan menghabiskan peruntukan saban tahun. Arahan oleh pengurusan atasan untuk memupuk kerjasama sangat mudah. "Kita perlu bekerjasama erat untuk meningkatkan lagi keuntungan syarikat". Bagaimana?

Apa yang boleh kita lakukan lebih-lebih sebagai jika anda sebagai bos atau pengurusan tertinggi dalam sebuah organisasi yang dipimpin kerana anda mempunyai kuasa berbanding pekerja-pekerja yang lain. Menjadi salah jika anda menginginkan pekerja-pekerja bawahan anda bekerjasama tetapi anda langsung tidak mahu bekerjasama dengan mereka dan hanya mahu mereka menjadi pak turut kepada kemahuan anda. Percayalah, pekerja paling benci dengan sikap bos yang sangat mementingkan diri sendiri dan pastinya setiap hari anda mendapat cacian serta sumpahan yang banyak. Ingat "Orang yang dianiaya doanya makbul" Kata-kata biasa rintihan daripada pekerja bawahan.


Apa yang perlu dilakukan oleh bos

Tunjukkan teladan terlebih dahulu Sebagai seorang bos, ada masanya anda perlu menunjukkan teladan terlebih dahulu kepada pekerja bawahan supaya mereka menjadi lebih segan dan hormat kepada anda. Kadang-kala pekerja bawahan lebih mudah memerhatikan seorang bos tetapi seorang bos sukar memerhatikan 100 orang pekerja di bawahnya. Jangan memberi arahan kepada pekerja yang anda sendiri melanggarnya.

Bersama dan turun padang Jangan hanya mengarah sahaja dan tidak turut sama bersama pekerja bawahan pada situasi tertentu. Anda mengarahkan pekerja anda melakukan aktiviti gotong-royong tetapi anda bergotong-royong di dalam bilik pejabat. Tentunya mendatangkan marah kepada pekerja bawahan. Walau pun anda bos tetapi anda menghilangkan sedikit ketinggian kedudukan anda di mata pekerja bawahan.

Rendahkan tahap pemikiran Kadang-kala, apabila melakukan aktiviti bersama pekerja bawahan, anda tidak perlu membandingkan apa yang difikirkan oleh pekerja bawahan. Nama pun sudah pekerja bawahan tentunya tahap pemikiran mereka tidak sama dengan tahap pemikiran seseorang berpendidikan tinggi. Tahap pekerja melontarkan idea dan cadangan juga tidak sama kerana apa yang diucapkan berdasarkan pandangan mereka semata-mata. Anda berhak mendengar dan membalasnya dengan idea lebih bernas.


Kurangkan perintah tetapi cari penyelesaian bersama Bos bukan selalunya betul dan bos juga manusia biasa. Mungkin terdapat juga kesilapan terhadap perkara-perkara yang bukan di bawah kemahiran seorang bos. Sesekali bincang bersama pekerja bawahan dan satu otak tidak mampu menandingi pemikiran sepuluh otak.

Tunjukkan sikap yang baik Walau pun anda tidak setuju dengan apa yang dilakukan oleh pekerja bawahan anda, seeloknya menolak atau menegur dengan kaedah yang terbaik. Jangan meninggi suara, menengking di hadapan pekerja lain dan sebagainya. Sekiranya anda mampu menunjukkan sikap yang baik kepada pekerja, pekerja akan lebih menyayangi anda dengan sepenuh hati. Maka tiada pekerja yang akan berhenti dan mencari pekerjaan lain yang lebih sesuai.

Kebajikan pekerja Hal ini berkaitan dengan kemampuan kewangan organisasi. Ada perkara-perkara kebajikan pekerja yang perlu seorang bos ambil perhatian. Tidak semestinya anda perlu menurut sahaja kehendak pekerja. Apa yang dirasakan relevan, maka laksanakan kebajikan pekerja kerana pekerja lebih banyak menghabiskan masa di pejabat berbanding dirumah.


Kesan kerjasama erat dalam organisasi

Banyak kesan positif yang akan dicapai sekiranya sebuah organisasi memiliki semangat kerjasama yang tinggi. Setiap perkara mampu diselesaikan dengan mudah, semua program yang dirancang akan berjalan dengan lancar dan produktiviti pekerja bawahan akan meningkat tinggi serta komitmen pekerja bawahan dalam membantu organisasi mencapai sasaran akan lebih mudah. Jika organisasi anda mengalami masalah kerjasama dalam kalangan pekerja, perbaiki dan lihatlah hasilnya pada masa hadapan. Wallahualam.

16 Comments

EMM BETUL tu bukan senang nak jadi bos,,kalau tak ada kerjasama kemungkinan company pun boleh lingkup..

Kurangkan perintah tetapi cari penyelesaian bersama ini yang susah nak jumpa pada bos.Bagi segelintir yang beranggapan bos adalah bos.Bersyukurlah pada pekerja yang mendapat bos mewah dengan kerendahan hati.

em.. aku pernah la duduk dalam team.. tapi selalunya aku jadi mangsa untuk siapkan keje.. hahahaha~ mungkin pemilihan ahli kumpulan yang salah.. ntah.. tak tau mana silap.. mungkin jugak aku sejenis perfectionist.. nak terjemahkan jugak apa yang aku fikirkan.. hahahaha~ ntah..

Ya sis, lebih2 lagi pada syarikat swasta... walauI pun pekerja dibayar gaji untuk bekerja, tapi kalau bos bagus, keuntungan dia akan dapat berlipat kali ganda...

Betul tu, bos is not always right...

Atie rajin kot... hihi... ya dalam satu team adalah lebih baik mencapai keputusan bersama...


Wahhh Nisha boleh share dkt ayah ni sbb ayah businessman, terima kasih atas perkongsian ni ~! ^^


Anyway, Assalammualaikum dan haii! :D
Untuk pengetahuan awak, Nisha sudah tag awak untuk satu segmen ya <3
Segmen itu sangat simple dan ada hadiah yang merupakan hadiah misteri serta wang. B)
Jemputlah join yaa bila ada masa nanti ^^
Lagi ramai lagi meriah! hehe :*

http://hadiahbintangjatuh.blogspot.my/2017/09/segmen-paling-mudah-menang-hadiah.html

Seronok kalau bos mahu dengar pendapat anak buah.. Yang tak seronoknya bila ada yang berlagak bos dan nak orang ampu dia je.. menyampah perangai gini..

InsyaAllah Nisha, Thanks ya tag saya...

Haha, time ada orang berlagak bos tu yang tak best..

Betul. Boss sangat memainkan peranan pentingnya. biasanya semakin bagus majikan, semakin bagus anak buahnya :)

Bos2 atau majikan kena baca entri ni.

Kan... kalau bos lemau anak buah mesti ikut sama..

teringat lagu wonderpet.. "apa yang penting, kerjasama" hehe

NEEZA | Malaysia Lifestyle Blogger

Haha... Nyanyi sekali tau...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon