Jenis-jenis barang kedai runcit

Jenis-jenis barang kedai runcit| Dalam beberapa bulan lepas entri berkenaan cara susun barang kedai runcit telah saya publish dalam blog ini, terdapat persoalan yang saya terima berkaitan jenis-jenis barang kedai runcit yang perlu dijual di kedai runcit. Hal ini bermaksud begitu ramai bakal pengusaha kedai runcit moden mencari maklumat melalui internet sebagai inisiatif menambahbaik strategi menarik pelanggan ke kedai runcit. Syabas saya ucapkan.

Jenis barang kedai runcit, barang kedai runcit, kedai runcit

Begitu pun sebenar mengetahui jenis-jenis barang kedai runcit tidak sukar memandangkan begitu banyak contoh fizikal yang boleh kita perhatikan di kedai-kedai runcit lain. Namun saya berpandangan, pengusaha kedai runcit moden ingin mencari idea sebagai permulaan terbaik supaya tidak melakukan kesilapan perniagaan yang boleh menjuruskan perniagaan mengalami kerugian awal yang sebenarnya boleh dielakkan dari sejak mula lagi.

Apakah jenis-jenis barang kedai runcit yang boleh dijual di kedai runcit? Panduan yang akan saya berikan seperti di bawah boleh dijadikan asas perniagaan kedai runcit untuk pengusaha kedai runcit menjana pendapatan positif di awal perniagaan.

Asas perniagaan kedai runcit

Menjadi asas kepada mana-mana perniagaan adalah memenuhi permintaan pelanggan. Permintaan pelanggan bergantung kepada lokasi kedai runcit dijalankan. Sama ada jauh di pendalaman atau berdekatan sekitar pusat bandar dan sebagainya. Mengapa saya menekankan hal ini. Jawapannya ada pada perenggan di bawah.

Perkara kedua yang menjadi asas dalam perniagaan kedai runcit adalah kategori popolusi pelanggan setempat. Maksud saya, jika kedudukan kedai runcit terletak di kawasan pendalaman, jumlah permintaan kepada barang keperluan harian adalah penyumbang terbesar kepada keuntungan perniagaan kedai runcit. Sekiranya kedudukan kedai runcit berdekatan dengan kolej-kolej kediaman pelajar, permintaan kepada jenis-jenis barang berkaitan alat tulis, makanan segera, telco akan menjadi sumber keuntungan kepada pengusaha.

Perkara lain yang perlu diberi perhatian oleh pengusaha kedai runcit adalah faktor kemampuan ekonomi keluarga di kawasan perniagaan. Perumahan golongan mewah sangat sukar menjadikan kedai runcit sebagai pilihan berbelanja kerana pasar raya tentu lokasi berbelanja mereka di hujung minggu. Maka kebarangkalian beberapa item dalam kedai runcit akan silih bertukar ganti antara pengusaha dan pengedar sahaja.

Jual barang ikut kemampuan modal

Untuk memulakan perniagaan, modal adalah sangat penting. Semakin besar modal perniagaan, semakin banyaklah jenis barang yang boleh dijual. Ada pengusaha membeli dahulu barang jualan sebelum menjualnya semula dan terdapat juga pengedar meletakkan barang jualan di kedai runcit tanpa melibatkan modal pengusaha. Berbalik kepada pengusaha yang terpaksa membeli barang terlebih dahulu, beli barang ikut kemampuan modal dengan jenis barang yang paling mendapat permintaan pelanggan setempat supaya mengembalikan modal dengan kadar positif.

Apa yang saya maksudkan di sini adalah, jangan membeli barang yang dirasakan "mungkin" dibeli pelanggan tetapi juallah barang dalam kategori "pasti" dibeli oleh pelanggan. Ada permintaan, ada keuntungan. Semakin cepat barang terjual, semakin cepat keuntungan dan semakin berkembanglah perniagaan. Untuk mengkelaskan jenis barang "mungkin" atau "pasti", beberapa perkara di atas harus diambil kira seperti lokasi, demografik jenis pelanggan dan sebagainya.

Jenis-jenis barang kedai runcit

Bergantung kepada lokasi dan sebagainya, ada beberapa kategori barang kedai runcit yang wajar dijual oleh pengusaha kedai runcit sebagai asas barang permulaan perniagaan kedai runcit.

1. Minuman
2. Gas memasak
3. Kad tambah nilai telco
4. Rokok (pilihan)
5. Barang kering keperluan dapur
6. Barang basah keperluan dapur
7. Barang asasi (Beras, minyak, gula, tepung dan lain-lain)
8. Keperluan mencuci (diri, pakaian dan rumah)
9. Keperluan wanita dan bayi (Tuala wanita, lampin pakai buang bersaiz kecil)
10. Makanan ringan dan segera

Jenis-jenis barang kedai runcit yang saya sebutkan di atas adalah contoh barang keperluan kedai runcit dalam kategori "pasti" dijual sebagai asas barang yang perlu ada dalam sebuah kedai runcit. Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, jika lokasi perniagaan berdekatan pelajar kolej, beberapa keperluan sinonim kepada kehendak pelajar boleh dijual oleh pengusaha sebagai contohnya keperluan alat tulis, fotostat, makanan segera dan lain-lain.

Langkah strategi perniagaan bijak serta kemampuan pengusaha menarik pelanggan datang ke kedai runcit adalah sangat subjektif. Ada usaha dan doa, maka InsyaAllah perniagaan akan bertambah maju dan mendatangkan keuntungan kepada peniaga. Wallahualam.

10 Comments

ada juga yang menyusun barang sesuka hati..

berserabut sekali tengok..

Boleh jadi panduan kepada yang ingin memulakan perniagaan kedai runcit.

Ya lah mrhanafi, memang serabut kalau ada yang susun ikut suka hati...

InsyaAllah Pak Cik.. Moga bermanfaat....

kalau susun cantik, pelanggan suka datang

Kedai runcit Yang memjual semua jenis brg keperluan mmg menjadi pilihan mama

MIL saya pernah buat kedai runcit.. Depan rumah dia je.. Alhamdulillah seronok tengok MIL berniaga.. Part paling seronok bila tengok MIL saya asingkan keuntungan berniaga untuk disimpan di ASB.. Saya dan encik suami tolong kirakan.. Tapi skrg MIL dah pindah dan tak berniaga.. Part paling tak best bila jiran-jiran membeli dan tulis buku 555.. Dan juga dengki manusia lain bila tengok MIL berjaya..

Tulis dalam buku 555 tu lah yang buat ramai peniaga melayu jatuh... kat kampung saya dah tak boleh tulis buku 555 lagi...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon