Kediaman UiTM 2 Mukah bukan taraf asrama

Kediaman UiTM 2 Mukah bukan taraf asrama| Saya pernah masuk UiTM sebanyak tiga kali. Satu di UiTM Kampus Kuala Pilah, Negeri Sembilan lama, UiTM Shah Alam, Selangor dan UiTM Jengka, Pahang. Saya masuk dan belajar sekali. Tetapi kali ini masuk sebagai bapa pelajar hantar anak sulung tiri ke UiTM 2 Mukah, Sarawak. Bila hantar anak hujung minggu yang lalu, perasaan ada sedikit berbeza berbanding mendaftar untuk diri sendiri.

Kediaman UiTM 2 Mukah, UiTM 2 Mukah Sarawak

Kali terakhir saya menjejakkan kaki ke UiTM ialah pada tahun 2007. Diam tak diam sudah 10 tahun berlalu. Rasa sudah tua pula. Bila kita sudah tua, pengamatan kita lebih luas. UiTM kini bukan macam dahulu. Jika dilihat secara kasar, tiada beza pelajar dahulu atau pelajar kini. Sama sahaja. Mereka semua teruja menjadi sebahagian daripada pelajar kolej. Jika di Sarawak, golongan pelajarnya terdiri daripada kepelbagaian bangsa. Maklumlah di Sarawak boleh dikatakan negeri paling banyak kaum berbanding di negeri lain.

Saya cuma berkesempatan melihat sendiri kediaman pelajar siswa UiTM 2 Mukah. MasyaAllah, rasa macam apartment mewah pula kediaman mereka. Jika dahulu bilik kediaman pelajar boleh diibaratkan sebagai dorm. Dengan katil bertingkat dan didiami 4-8 orang. Tapi kini, walau pun satu bilik kediaman ada 8 orang, tetapi di dalam bilik ada 4 lagi bilik kecil yang akan didiami oleh 2 orang pelajar bagi setiap bilik. Terdapat kemudahan dapur (bukan untuk memasak guna dapur gas), tandas yang selesa dan baru. Betapa beruntung pelajar yang mendiami bangunan baru. Katil pula single bed dan seperti biasa, terdapat meja belajar serta almari. Umpama tinggal di apartment. Salah satu kemudahan terbaik yang disediakan oleh pihak UiTM dan kerajaan.

Bilik Pelajar UiTM 2 Mukah, Kediaman UiTM 2 Mukah bukan taraf asrama

Kini semua bergantung kepada tahap mentaliti pelajar untuk memastikan setiap kemudahan yang disediakan digunakan sebaiknya. Jangan pula habis semester, almari sudah serupa perabot buruk, katil bergoyang-goyang dan tandas pecah sana sini. Jaga sebaiknya untuk generasi pelajar akan datang. Pelajar yang baik mempunyai mentaliti yang bagus.

Perjalanan ke UiTM Mukah sangat mendamaikan. Sebelah menyebelah ladang sawit dan rimba. Udara segar dan menyihatkan. Bila sudah sampai UiTM 2 Mukah, anak-anak beraksilah bila disuruh ambil gambar. Boleh lihat di sini telatah anak-anak saya (Link)


Macam-macam karenah anak-anak saya. Kadang-kadang lucu, kadang kala pula mendatangkan geram. Sebagai ibu bapa, menahan kemarahan adalah ujian daripada Allah SWT. Wallahualam.

22 Comments

Harap-harap dengan keselesaan yang diberi, lebih memberi semangat untuk mereka terus berjaya di masa akan datang.

Alhamdulillah..tahniah buat anak yang dapat sambung belajar. ye nampak selesa asrama yang disediakan sekarang, tak seperti dulu. tapi ye lah kan zaman berubah kemudahan juga berubah

kita sempat belajar di uitm lendu..katil double decker lagi..tp best..haha

Alhamdulillah..moga keselesaan menjadi motivasi dan lebih fokus untuk menuntut ilmu...persekitaran juga sangat penting menjadi pemangkin semangat.

Untung pelajar uitm mukah mmg taraf kondo nampaknya tu

Tahniah untuk anak tuan, beruntung dapat duduk bangunan baru.

masa study di UM sekitar 1991 hingga 1997 masih duduk 2 org sebilik dgn byran rm8 sehari..

Ya Ai, kalau tak datang semangat lagi tak tahu lah nak cakap apa...

Betul tu sis, kalau tak ada perubahan maka tak ada lah kemajuan kan...

Hehe, ya sis, katil paling atas jarang orang buat lepak2 kan...

Betul tu sis... saya kalau tak selesa memang boleh buat hilang mood nak belajar....

Thanks sis... memang untung, bau simen masih segar... hihi

Oh ada bayar juga ke Abam Kie...?

wah cantiknya asrama. memang macam apartment plak. semoga keselesaan macam ni boleh bagi semangat belajar yg tinggi utk student2

Ya sis, macam apartment, semakin selesa sekarang ni...

Allhamdulillah... semoga prasarana yg disediakan dpt memberi pelajar belajar dgn lbh kundusif.. seronoknya anak-anak NA...

Ya sis, adik-adik dia terlebih seronok berbanding abang dia.. hihi

Alhamdulillah.. busyra masa study dulu ubah 3 tempat uitm.. uitm seri iskandar, uitm shah alam, uitm puncak alam. hehe

UiTM di hatiku juga lah ni ya...

Kemudahan sekarang jauh lebih baik berbanding zaman kita..
Semoga anak-anak sekarang bersemangat belajar..
Comel aksi anak-anak encik azlan bila disuruh posing.. hehehe

Betul tu sis... diaorang kalau suruh posing memang no 1... hihi

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon