Menyesal dapat suami panas baran

Menyesal dapat suami panas baran| Suami panas baran sangat dibenci oleh isteri. Ada kalangan suami mampu mengawal sifat panas baran mereka manakala segelintir lagi tidak mempunyai kekuatan untuk mengawal sifat baran tersebut. Terdapat kemungkinan sebelum perkahwinan, agak sukar untuk wanita menemui sifat dalaman seorang lelaki melainkan terungkai lebih awal oleh situasi tidak terduga. Dalam keadaan marah yang tidak terkawal, sifat panas baran lelaki boleh memberi kesan jangka panjang kepada golongan isteri.

suami panas baran, panas baran, lembutkan hati suami panas baran

Mengapa suami sukar mengawal sifat panas baran mereka? Tidak semua manusia dilahirkan serupa. Mana mungkin mempunyai sifat yang sama. Jika hal ini terjadi, mereka mungkin sebuah robot yang mampu diprogramkan mengikut citarasa pemiliknya. Namun apabila berbicara soal peribadi, tiada yang mampu dilakukan oleh wanita jika berhadapan situasi amarah suaminya berada dalam keadaan membahayakan nyawa mereka.

Beberapa keadaan yang telah membentuk sifat panas baran suami. Hal ini tidak terjadi sekelip mata. Banyak faktor penyebab dan salah satu mungkin adalah faktor persekitaran, faktor keluarga dan lemahnya jati diri termasuk didikan agama dan sebagainya. Semua faktor tersebut memainkan peranan penting dalam membentuk sifat dalaman seseorang. Apakah sifat panas baran ini boleh dikawal dan dilemahkan? Boleh. Ianya memerlukan komitmen antara pasangan dan bukan sebelah pihak sahaja. Untuk mengubah peribadi seseorang kadang kala memerlukan keajaiban situasi yang akan membuatkan mereka tersedar betapa hinanya sifat panas baran dalam diri mereka.

Tentunya timbul penyesalan apabila isteri terpaksa melalui hari-hari yang sepatutnya indah, kini dihantui pelbagai situasi menakutkan dan terancam. Setiap hari dilaluinya ibarat telur dihujung tanduk. Menanti masa untuk pecah. Apakah cukup penyesalan dan redha tanpa berbuat apa-apa untuk membantu menawan sifat panas baran seorang lelaki? Beberapa kaedah untuk merawat sifat panas baran suami yang boleh dilakukan oleh suami dan isteri agar sifat tersebut dapat dibendung sebelum melarat dan mengancam keharmonian rumahtangga.


Pastikan komitmen sama bagi keduanya. Jangan harapkan suami dapat mengubah perangainya jika isteri hanya tahu membebel mahu suami berubah. Sebenarnya kedua-duanya memainkan peranannya sendiri. Suami perlu meletakkan komitmennya untuk berubah dan isteri juga perlu memberi komitmen serupa bagi menjayakan usaha suami. Jika isteri berusaha menasihat tetapi suami tidak memberikan kerjasama maka sampai bila-bila masalah panas baran suami akan selesai. Penyelesaiannya adalah komitmen suami dan isteri harus diterjemah bersama.

Perbaiki komunikasi dua hala. Masalah berlaku apabila suami dan isteri tiada sistem komunikasi yang baik. Sama ada daripada segi bahasa, waktu, situasi dan sebagainya. Antara beberapa keadaan yang tidak sesuai untuk bercakap berkenaan suami adalah pada ketika dia diperhatikan oleh anak-anaknya. Situasi ini harus dielakkan oleh isteri. Jika boleh jangan sampai orang sebelah mendengar apa jua bentuk teguran kepada suami. Jika sampai nada menjerit kepada suami, masalah ini tidak akan pernah selesai malahan akan bertambah buruk.

Berdoa supaya di lembutkan hati suami panas baran. Kaedah ini jangan pernah ditinggalkan. Doa itu senjata. Jangan pernah berhenti untuk berdoa. Ujian Allah SWT adalah nikmat. Kadang kala jawapannya cepat, kadang juga memakan masa. Jangan berputus asa dan teruskan mengamalkan doa melembutkan hati suami panas baran. InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan oleh Nya.


Sebenarnya banyak kaedah untuk menawan sifat panas baran suami. Sehingga kesan baran suami membawa mudarat kepada diri sendiri dan anak-anak, sebaiknya mulakan kaedah kaunseling Jabatan Agama. Masalah bertambah buruk apabila pertolongan diajukan kepada orang ketiga yang bukan neutral seperti kaunselor pejabat agama. Elakkan perkara ini supaya membuang unsur lauk pauk ditambah ke dalam kes rumahtangga yang sudah sedia goyah. Melibatkan orang lain yang tiada kena mengena akan memburukkan lagi kepercayaan suami kepada isteri dan begitu sukar untuk meredakan kemarahannya.

Laporan polis itu perlu pada situasi nyawa menjadi taruhan. Apabila terdapat senjata tajam berulang kali diacukan, sebaiknya jangan rasa kesian pada anak-anak dan sebagainya. Begitu banyak kes pembunuhan berlaku akibat sengketa suami isteri. Apatah lagi si suami di bawah pengaruh alkohol mahupun dadah. Bertindak bijak dan utamakan keselamatan anda supaya nyawa isteri dan suami masih boleh diselamatkan lagi. Jika isteri mati, suami pasti dihukum gantung maka anak-anak akan merana seumur hidup.

Suami panas baran boleh dibendung sekiranya tidak melibatkan dadah serta alkohol. Jika si suami sudah terjebak kepada dua najis ini, harapan untuk pulih sangat memerlukan tawakal dan dia serta kerja luar biasa si isteri. Hanya isteri yang benar-benar tabah mampu menghadapi dugaan ini. Tiada insan sekuat wanita mampu menahan gelora di hati. Hanya wanita. Wallahualam.

30 Comments

Love is blind but then when things like this occurred, kita kena celikkan diri, kan..? ._.

mtk jauh la dapat suami baran..huhu

Bila isteri menangis, insyaallah suami akan cool balik. So, menangis lah sebelum panas baran dia datang.. Hahaha!

kalau isteri yg baran rasa2 macam mana plak? hahaha

Selalu ada benda yang mencetuskan baran seseorang. Kalau macam tue, cuba sebaik mungkin untuk elak baran tercetus....

Faktor persekitaran dan tekanan kewangan boleh menyebabkan orang yg tak baran pun boleh jadi baran. Kalau yang baran sedia ada bertambah lah lagi barannya. Isteri yang ada Suami baran ni kena banyakkan bersabar. Doa selalu semoga dilembutkan hatinya. Dan si suami pun kena lah berusaha ke arah lebih baik. Dekatkan diri pada Allah dan dapatkan kaunseling. Mudah-mudahan Allah tolong dan perkenankan doa kita.

Sabar.Terus berdoa dan gali ilmu bagaimana boleh atas baran pasangan.Terapi Al Quran pun solusi juga.

hello, hope bole follow blog saya dan review produk saya ye. TQ!

memang takutlah dengan lelaki panas baran + kasar2 ni. moga dijauhkan sangat2

Betul tu Flavnesz... Jangan buta lagi...

Hihi... Tu kalau suami yang ada perasaan... kalau yang tak ada hati perut, kesian kan..

Ye sis, kena cuba elakkan provokasi..

Betul tu sis, boleh jadikan seorang manusia itu mental... Bila dah mental datang pula bahaya lain kan..

Betul tu sis... Terus berdoa adalah satu usaha yang wajib kita buat...

InsyaAllah Nad.. Mudah-mudahan..

Alhamdulillah, suami akk Kool aje orang nya. Memang naiya kalo dapat suami jenis panas baran ni, silap sikit dah kena jeling Tak pun kena tengking paling parah kena tampo, aduiii...

Siapa yg Allah uji dgn suami yg panas baran ni, minta tolonglah dgn Dia semula.

Alhamdulillah sis dapat yang cool je...

susah nak elak dapat lelaki panas baran ni. Kadang stress dengan kerja ataupun kehidupan boleh perangai seseorang.

minta jauh dari suami camni. alhamdulillah suami cool je

Kadang bahaya jugak panas baran ni . Marah sampai tak ingat apa yg dia buat

Betul tu sis... Mula-mula mungkin ok, lama2 stress juga kan dengan keadaan semasa...

Alhamdulillah.. Semoga terus cool...

Banyak kes contoh yang dah berlaku kan..

inilah buat gadis-gadis takut nak kahwin zaman lah ini.. trend kunyit tu satu hal, panas baran pun satu hal.. hmmmmm

NEEZA | Malaysia Lifestyle Blogger

Hahaha... Pandai-pandailah memilih Neeza..

Alhamdulillah, Allah telah berikan hadiah yang terbaik buat diri saya setelah menempuh dugaan sebelum nie..

Alhamdulillah sis, sebuah rumahtangga pasti ada geloranya...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon