Panggilan ganti diri kepada blogger lain

Panggilan ganti diri kepada blogger lain| Pernah atau tidak terjadi kepada anda andai mahu meninggalkan komen pada ruangan komen blog milik blogger lain tetapi menghadapi situasi seperti saya. Mahu panggil bro, kak, sis, abang atau sebagainya. Mungkin ada, mungkin juga tidak mengambil berat berkaitan hal ini.

Amalan sikap yang baik, Good Manners,

Dalam kita sibuk mengemaskini blog sendiri, pasti kita akan menjengah blog blogger lain jika ada kesempatan. Diakui blogwalking adalah salah satu cara untuk kita mengenali cara penulisan blogger lain, mendapatkan informasi selain daripada pengetahuan kita sendiri, mendapat komen balas di blog dan mendapat manfaat daripada komuniti blogger. Betul, jika kita bergerak bersendirian memang boleh, tetapi dengan bantuan blogger lain akan membuatkan "You are not alone" dalam dunia blogging.

Salah satu cara untuk kita menjalinkan ukhwah antara blogger lain adalah melalui panggilan hormat kepada mereka yang lebih tua dan bukannya berdasarkan pengalamannya dalam dunia blogger. Biar pun setahun jagung dalam dunia blogger jika lebih berusia daripada saya, saya akan cuba panggil sis, bro atau abang. Kadang-kadang confius juga mahu panggil apa sebab tiada dinyatakan umur dalam blog. Mungkin anda sebagai blogger ada cara tersendiri untuk menghadapi situasi ini.

Di dunia luar daripada dunia blogging, ada masa kita kena berusaha menggunakan panggilan ganti diri yang sesuai mengikut majlis. Panggilan kata ganti diri semasa majlis rasmi lain, pada urusan rasmi juga lain dan pada waktu santai juga lain. Tidak boleh main hentam sahaja. Kalau kita rasa kita mahu hentam sahaja, pandangan orang lain kepada kita juga akan main hentam juga.


Kita boleh panggil encik, cik, puan, tuan, pak cik, mak cik, sis, bro, abang dan sayang. Sayang? Panggilan itu hanya untuk orang tersayang sahaja ya. Jangan panggil orang sana sayang, orang sini sayang. Nanti dikatakan gedik pula. Bagi saya pula, biar apapun panggilan yang ingin digunakan oleh anda kepada saya, sebenarnya saya tidak kisah sangat. Jangan panggil saya hantu sudahlah. Terpulang pada keselesaan anda. Jika saya patut panggil abang, kakak, mak cik atau pak cik, boleh maklum pada saya di ruangan komen. Mana tahu terkecil hati kerana tidak memanggil anda dengan panggilan yang sepatutnya.

Secara ringkasnya untuk panduan anda, saya lahir pada tahun 1983. Jadi jika dekat-dekat sebaya dengan saya, panggil nama pun tiada masalah di ruangan komen. Dapatlah saya idea macam mana panggilan kata ganti diri yang sesuai semasa mahu tinggalkan komen pada blog anda. Kalau tidak, yang lelaki saya akan panggil bro, yang perempuan saya akan panggil sis. Macam mana? Okay ke tidak?

40 Comments

macam akak pun akak akan tengok kebiasaannya ketika menulis blogger bahasakan dirinya apa hehehe, biasanya kalau yang muda akak sebut nama sahaja dan kalau tak pasti usianya jika lelaki akak panggil encik. dah azlan bagitahu tahun dilahirkan tu nampaknya memang akaklah ni..akak tahun 78

biasanya saya tengok blogger tu bahasakan diri apa dalam penulisannya. mama ke, kak ke, ABC ke...atau tengok blogger lain panggil apa?

sis n bro sgt sesuai tu... dlu masa mula2 blogging ada dua nama akak guna cc n ps... tapi skang lagi selesa dengan "saya"... apa pun klu ppuan akak pun slu pgl "sis"

ni kira pangkat adik lah kan..hehehehe...panggil bro azlan jelah

Ana ok je mana2 org panggil. Sis ke, ana ke semua ok. Janji sopan panggilan tu. Dan bila blogwalking kalau ana tau blogger tu lebih muda ana akan pgl nama mereka je. Kalau tak tak tahu umur atau nk pgl apa just guna sis atau awak je.

Oh tak jauh beza pun umur kita rupanya. :)

Saya pon kadang-kadang confuse nak bahasakan diri apa bila berkomunikasi dengan blogger lain. Selalunya akan ikut panggilan yang blogger tersebut bahasakan dirinya dalam penulisan dia je. Hee

Dilema sebenarnya..ada yang rak kisah..ada yang kisah..ada yang terbuka dan berlaoang dada dan ada yang sebaliknya mungkin..biasa PC akan guna bro atau sis..atau abg dan kakak..bergantung juga blogger tersebut bahasakan dirinya apa..

Ye kak... Ini cara saya untuk meningkatkan komunikasi berkesan antara sesama blogger...

Ooo... salah satu cara kan, nice tips...

ya lah, senang juga bro dan sis tu, tak kira tua ke muda...

Ya kak, saya muda lagi... hihi...

Yeke sis tak jauh... tak pe, sis ana dah ok kan...

Itulah, bila blogger bahasa kan diri aku kau tu yang susah tu... huhu

Ya, sebenarnya takut ada yang terasa kan... mudah-mudahan semua jelas dan faham antara satu sama lain...

selalunya panggilan sis sebab terjah blog sis jer... jarang blog bro.. kecuali bro tinggalkan jejak..sis follow bro..hehehee...
tapi kebanyakan blogger yang kenal, semuanya ada fb..so boleh agak umur dorang dipanggil akak, abang, aku, ko...

Saya selalu dilemma nak panggil ganti diri kepada yang lebih tua (untuk blogger perempuan)
Tuan selalu memanggil saya sis, haha sedangkan saya baru berumur 24 tahun kihkih :D

saya pun jenis tak kisah orang nak panggil saya dengan ganti diri apa sekalipun,
tapi untuk saya panggil orang lain, memang saya cuba untuk menghormati~

dilema juga tapi selalunya saya tengok apa orang biasa panggil dia. otherwise Tuan atau puan je

Haha, lain kali terjah sama blog bro-bro ya...

Ya kah Husniey?... Jarang nampak muka Husniey pada posting dan umur Husniey, saya anggap sis je semua bukan bermaksud sis lebih umur daripada saya ya... Lepas ni boleh panggil Husniey je la ya...

Itu langkah selamat sis... lebih baik...

mula2 tulis komen abe kie panggil mereka puan, cik atau encik dulu. bila dah mesra barulah panggil abg, akak, adik, anak dsb.

ikut la en lan nak panggil sy sis pun bolehh.. haha.

Hihihi. GV memahami situasi yang dinyatakan kat atas. Kadang ada yang anggap GV ni Sailor Moon tapi hakikatnya GV ni Naruto Shipudden. Hihi. Okey jew Mr Noor Azlan. hihi. :D

Cntik pnggilan sis dan bro..mudah..jmput singgah www.hakimramli.com

Mana-mana yang selesa kan asalkan saling menghormati. Sayang tu memang extreme sangat. haha

Ya Abang kie, kalau dah lama akan rasa lebih rapat dan panggilan kak, abang nampak macam adik beradik kan...

Paduhal, GV ni Naruto... ok2 bro... terlajak panggil sis sebelum ni... hihi...

Ok bro ... InsyaAllah kunjungan akan dibalas...

Ya Nad, memang extreme tu Nad...

Kalau sering singgah blog tersebut tentu kita tahu nak berbahasa kepada blogger tu dgn membaca n3nya. tentu xsusahkan kita menulisnya kak adik bro sbgnya mngiring komen yg diturunkan. wah berbudi bahasa sekali dik noor azlan ni

Mrs. A pun kadang-kadang tak pasti nak guna ganti nama untuk sesetengah blogger yang Mrs. A singgah. Biasanya akan guna ganti nama sis or bro tak pun tuan blog.

Panggilan 'sayang' tu DSV jer yang mampu buat untuk semua hehehe

Hahhaa panggilan syg tu bahaya.. Gut info ni Lan.. Kite memerlukan antara satu sama lain.. Tp tula, sbb kekangan masa kengkdg x berkesempatan nk singgah blog kengkawan.. nk update entry pun curi masa..

Ya betul sis, kalau dah biasa singgah memang kita akan mudah nak panggil apa...

Ya sis, betul tul tu, hanya DSV je boleh panggil sayang tu kat sapa2... hihi

Biasalah Lea, nak beri sepenuh masa kat blog ni payah... ya, hanya blogger yang akan komen dan sebab tu kita kena tutur kata..

Owh.. saya dan encik azlan sebaya.. hehehe..
selalunya saya akan bahasakan blogger perempuan yang saya tak pasti umurnya dengan panggilan sis.. dan yang lelakinya pula encik.. kalau saya yakin blogger tu muda dari saya, saya akan panggil nama je.. hehehe

Ye ke sebaya... hihi... Ye la, kena jaga adab kan..

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon