Resepi Kek Butter| Jika anda mahu buat kek dengan bahan yang sangat ringkas dan cepat, boleh cuba buat Kek Butter. Cara buat Kek Butter tidak sukar dan mudah dilakukan sendiri di rumah. Saya tengok sekejap sahaja isteri saya buat. Betul kan saya cakap tidak susah mahu buat Kek Butter sebab saya cuma tengok sahaja.
Bahan-bahan Resepi Kek Butter:
Tepung (Butter Mix Flour) 500 gram
Telur (5 Biji)
Butter Cup (250 gram)
Cara-cara membuat Kek Butter:
Gunakan Mixer pada Butter Cup sehingga Butter Cup menjadi sebati (Creamer). Dalam bahasa mudah pukul Butter Cup sehingga sebati.
Masukkan telur satu persatu sehingga adunan Butter Cup dan telur sebati.
Masukkan Tepung (Butter Mix Flour) ke dalam adunan tadi dan pukul sehingga sebati.
Sediakan acuan 8x8. Sapukan sedikit Butter pada dasar acuan 8x8. Alaskan dengan kertas minyak pada acuan 8x8 tersebut. Masukkan adunan tadi ke dalam acuan 8x8.
Untuk dekorasi terpulang kepada anda sendiri. Untuk kali ini isteri saya letak Chocolate Chips berwarna warni lebihan buat kek sebelum ini.
Kemudian masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan (5 minit) selama 45 minit pada darjah kepanasan 180. Tunggu sehingga siap dan Kek Butter sedia dihidangkan. Selamat mencuba!
Boleh cuba nanti ni
ReplyDeleteYa boleh cuba... mesti puas hati...
Deletesimplenya bahan ,,just 3 bahan ..
ReplyDeleteYa CCL, 3 bahan je...
DeleteMudahnya buat kek butter ni rupanya. Boleh cuba nanti ni.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidiladha buat tuan sekeluarga.
Ya senang je sis ana... boleh cuba nanti... Selamat Hari Raya juga buat sis ana sekeluarga...
DeleteTk taruk gula ke? Takkanlah.
ReplyDeleteMemang tak ada letak gula sis... Butter Mix Flour tu dah lengkap dap, ada jual kat kedai bahan kek...
Deletegood sharing
ReplyDeleteTerima kasih JM...
Deletesedapnyaaa. mudah ja buat ni. nak try la nnti. tq en lan!
ReplyDeleteYa, mudah saja... cukup tiga bahan... tak mahal kosnya...
Deletejarang betul blog lelaki ada kongsi resepi.
ReplyDeletebiasa lelaki kena pergi beli barang je
Ya la kan... selain chef, jarang lelaki kongsi resepi... sebenarnya resepi ni wife yang nak share... memandangkan dia tak ada blog, dia tumpang lah sekaki... hihi...
DeleteTentu sedap resipi orang lelaki ni.
ReplyDeleteWife punya resepi ni pak cik... hehe...
Delete