Resepi Nasi Samin Sarawak

Resepi Nasi Samin Sarawak| Nasi Samin Sarawak boleh kita samakan dengan Nasi Minyak di semenanjung. Kalau di Sarawak, sebut sahaja Nasi Samin, orang tempatan Sarawak menghidangkan nasi samin pada majlis perkahwinan atau program-program istimewa. Saya kenal nasi samin melalui ayah mertua saya, pemilik catering SHB Catering di Kuching, Sarawak.

Kalau mahu diikutkan, resepi ini adalah resepi keluarga turun temurun keluarga sebelah isteri. Tetapi saya rasa, banyak orang tahu buat nasi samin di Sarawak, bezanya cuma sedap atau tidak sedap sahaja. Kadang-kadang kita ikut betul-betul resepi yang dikongsikan, tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Betul kan?

Saya akan kongsikan Resepi Nasi Samin Sarawak di sini sebagai catatan masa hadapan. Mana tahu resepi nasi samin ini akan pupus suatu hari nanti, sekurang-kurangnya catatan ini akan memberi manfaat kepada orang lain.

Resepi Nasi Samin Sarawak, Cara buat Nasi Samin, Nasi Samin

Bahan-bahan resepi Nasi Samin:
Saiz hidangan (4 orang)

Bawang merah (3-4 ulas)
Halia (Anggaran 2 inci)
Serai (2 Batang)
Rempah tumis (1 paket kecil)
Cili Boh (1 sudu)
Daun pandan (2 helai)
Susu cair (1/2 tin)
Minyak Sapi (2 sudu)-Boleh ganti dengan marjerin
Beras (3 cawan)

Cara-cara membuat Nasi Samin:

1. Basuh beras dengan bersih

2. Toskan beras yang telah dibasuh

3. Tumiskan bahan-bahan tumisan seperti bawang merah, halia, serai, rempah tumis dengan menggunakan minyak sapi atau minyak biasa. Tidak perlu terlalu banyak minyak.

4. Setelah semua tumisan menjadi wangi, masukkan cili boh sampai cili boh itu masak. Gunakan api yang sederhana. Jangan sampai tumisan hangit.

5. Masukkan air ikut sukatan beras. Kalau 3 cawan beras, maka air pun 3 cawan juga.

6. Semua langkah di atas dimasak di dalam periuk nasi.

7. Masukkan 1/2 tin susu cair. Jangan lupa masukkan daun pandan untuk mewangikan lagi Nasi Samin. Biarkan sampai mendidih. Gunakan api sederhana.

8. Setelah mendidih, masukkan beras yang telah ditoskan tadi ke dalam periuk nasi yang telah sedia ada bahan tumisan dan sebagainya.

9. Kacaukan beras dan bahan-bahan lain sehingga sebati. Kemudian biarkan Nasi Samin sehingga masak.

Kalau anda mahu guna dapur gas pun boleh. Lagi mudah guna periuk nasi elektrik. Sudah siap semua langkah 1 hingga 9, tekan cooking dan tunggu sehingga masak. Jangan sampai nasi mentah, terlalu lembut dan macam masak bubur.

Petua rahsianya. Kalau nasi lembik macam banyak air, angkat dan masak di dapur gas sampai kering. Gaul jangan lupa.

Kalau nasi masih mentah pula, ambil mangkuk tahan panas, isikan air, dan letakkan mangkuk dan air tadi di atas nasi yang mentah di dalam Rice Cooker. Tujuannya, wap air yang terhasil akan menampung kekurangan air di dalam Rice Cooker tersebut.

Resepi Nasi Samin Sarawak, Cara buat Nasi Samin, Nasi Samin

Langkah akhir adalah hidangkan Nasi Samin yang telah dimasak bersama kari ayam ke, rendang daging ke dan menu lain yang anda suka. Untuk lebih kreatif, taburkan kismis ke dalam Nasi Samin Sarawak. Anak-anak pasti suka. Selamat mencuba.

6 Comments

Orang Jawa JDT pun panggil nasi samin bermaksud nasi minyak.

Ya betul tutu Pak Cik... Sebab makanan kita kat Malaysia tidak jauh beza pun dengan segelintir makanan Indonesia... macam Tom Yam di pantai timur...

nak cuba makan yang ori...

dah makan baru nak cuba resepi ini..

barulah nampak perbezaan

Susah juga nak tahu perbezaannya... saya pula hampir lupa rasa nasi minyak... hihi...

nampak macam sedap je dari sini...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon