Sibu Division Non-Chinese Open Table Tennis Championship 2017| Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sibu, Sarawak telah menyertai Kejohanan Terbuka Ping Pong bagi Kategori Non-Chinese Bahagian Sibu anjuran Persatuan Ping Pong Sibu. Kejohanan bermula pada 23 hingga 24 September 2017 yang lalu dan telah berlangsung di Stadium Persatuan Ping Pong Bahagian Sibu yang terletak di Jalan Merdeka.
Seramai lebih 52 orang peserta telah mengambil bahagian pada kejohanan kali ini mengikut kategori masing-masing. Terdapat empat kategori dipertandingkan iaitu Kategori Veteran Lelaki (45 tahun dan ke atas), Veteran Lelaki (55 tahun dan ke atas), Veteran Wanita (40 tahun dan ke atas) dan Terbuka Lelaki (Non-Chinese). Yuran sebanyak RM10 dikenakan kepada setiap peserta. Namun atas sebab penyertaan bagi Kategori Veteran Lelaki kurang mendapat sambutan, maka semua peserta Veteran Lelaki telah disenaraikan sebagai peserta Terbuka Lelaki (Non-Chinese) untuk bersaing dengan peserta Terbuka Lelaki (Non-Chinese) yang lain. Pertandingan dijalankan dengan format peringkat kumpulan, 32 terbaik, 16 terbaik, separuh akhir dan seterusnya peringkat akhir.
Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sibu melalui Kelab Kebajikan dan Sukan telah menghantar seramai 6 orang kakitangan bagi menyertai kejohanan pada kali ini. Penyertaan ini adalah pendedahan terbaik kepada kakitangan Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sibu selain memberi sokongan kepada sebarang penganjuran aktiviti sukan sekitar Bahagian Sibu oleh mana-mana organisasi penganjur. Walau bagaimanapun, hanya seorang peserta sahaja iaitu En Mohd Nazif Bin Maslan yang melepasi peringkat kumpulan pada kejohanan pada kali ini namun terkandas di peringkat 32 terbaik.
Semua peserta telah bersaing merebut hadiah yang disediakan oleh penganjur berupa wang tunai dan trofi. Pemenang tempat pertama bakal membawa pulang RM1000, tempat kedua RM500, tempat ketiga RM300 dan tempat keempat pula sebanyak RM150 berserta trofi. Bagi pemenang tempat kelima hingga ke lapan akan membawa pulang RM50 berserta trofi sekiranya penyertaan melebihi 15 orang peserta. Pemenang tempat pertama bagi Kategori Terbuka Lelaki adalah En Safarudin (King of Pimple), tempat kedua pula En Aiman (WIB) dan tempat ketiga adalah En Aimal (MSL).
Semua peserta telah bersaing merebut hadiah yang disediakan oleh penganjur berupa wang tunai dan trofi. Pemenang tempat pertama bakal membawa pulang RM1000, tempat kedua RM500, tempat ketiga RM300 dan tempat keempat pula sebanyak RM150 berserta trofi. Bagi pemenang tempat kelima hingga ke lapan akan membawa pulang RM50 berserta trofi sekiranya penyertaan melebihi 15 orang peserta. Pemenang tempat pertama bagi Kategori Terbuka Lelaki adalah En Safarudin (King of Pimple), tempat kedua pula En Aiman (WIB) dan tempat ketiga adalah En Aimal (MSL).
Pada sebelah malam kejohanan bermula, Persatuan Ping Pong Sibu telah berbesar hati menganjurkan Dinner Buffet pada malam 23 September di RH Hotel sebagai menyambut kedatangan peserta pertandingan yang telah ditaja oleh beberapa orang penting dalam Persatuan Ping Pong Sibu. Semoga penganjuran pada kali ini akan diteruskan pada masa hadapan untuk menyemarakkan lagi aktiviti ping pong dalam mencungkil bakat-bakat baharu.
You Tube Video pendek berkenaan kejohanan ini berlangsung telah dikongsi di Channel [Link]
wah..syoknya ada aktiviti macam ni kan...
ReplyDeleteSeronok juga sis... Menyihatkan badan...
Deletewah syoknya
ReplyDeleteMemang syok sis..
DeleteAna suka juga main ping pong walau tak pandai mana. Siap beli meja ping pong dekat rumah ni.
ReplyDeleteTahniah pada para pemenang. Yg tak berjaya boleh cuba lagi akan dtg.
Bestnye ada meja ping pong kat rumah...
DeleteSukan itu bukan sekadar untuk menyihatkan tubuh...tapi juga mengeratkan silaturahim...terbaiklah..
ReplyDeleteBetul tu sis, hubungan dengan komuniti sangat penting...
Deletebest nyer bila ada event mcm ni
ReplyDeleteMemang best, dapat kenal dengan masyarakat setempat...
DeleteJBPM pun buat event jugak tapi ianya dipanggil Let's Get Fit yang diadakan setiap 2 minggu sekali... Memang sronok..
ReplyDeleteBagus join aktiviti tu sis... dapat release tension, dapat sihat tubuh badan...
DeleteSuka tengok anda dan kawan2 aktif bersukan. Bersukan boleh meredakan stress dari rutin kerja harian.
ReplyDeleteTerima kasih... Sukan memang boleh release stress...
Deletebestnya dapat main pingpong, selalu tengok budak cina kat sekolah je main haha teringin nak try main, btw tahniah kepada pemenang
ReplyDeleteSelalu memang budak cina main kat sekolah... boleh lah cuba kalau nak main...
DeleteBagus aktiviti seperti ini lagi Pula syarikat menyokongnya
ReplyDeleteBetul tu, salah satu cara mengeratkan hubungan dengan komuniti...
DeleteAKTIVITI MACAM NI MEMANG BAGUSKAN UNTUK ERATKAN SILATURRAHIM DAN MENYIHATKAN BADAN JUGA
ReplyDeleteSetuju tu sis...
DeleteBagus join aktiviti macam ni.
ReplyDeleteboleh menyihatkan badan, buang stress dan dapat ramai kenalan.
Memang tepat tu pak cik... nak menang bukan pandai sangat main pun, tapi ianya salah satu aktiviti menyihatkan kan...
DeleteAll these things seem insignificant but taken as a whole add up to a quality product worthy of your dollars! Table Tennis is a great sport and can be enjoyed by all the family and Buying a Table Tennis Table Buy table tennis table online in India
ReplyDelete