Susulan Tragedi Pusat Tahfiz Terbakar

Susulan Tragedi Pusat Tahfiz Terbakar| Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datok Keramat terbakar awal pagi hari ini. Kejadian dipercayai bermula sekitar jam 05.10 pagi. Jumlah kematian melebihi 25 orang serta beberapa orang pelajar lagi berada dalam keadaan kritikal. Innalillah. Musibah ini bukan kejadian yang pertama dan mungkin bukan kali yang terakhir berlaku dalam negara ini.

Pusat Tahfiz Terbakar, Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kebakaran
Foto sumber: Berita Harian

Memetik sumber Portal Astro Awani "Ada yang menggelungsur dari saluran paip air. Ada yang terjun dari bangunan" kata seorang saksi terawal kejadian kebakaran pusat tahfiz tersebut. Kita tidak mahu perkara seumpama ini berlaku lagi pada masa hadapan. Walhal sudah hampir 200 lebih pusat tahfiz terbakar sejak Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah atau dikenali Pondok Pak Ya di Guar Chempedak, Kedah meragut 27 nyawa pelajar pada tahun 22 September 1989. Sejak itu beberapa lagi pusat tahfiz terbakar dan meragut banyak nyawa pelajar iaitu secara amnya iaitu anak-anak generasi muda pelapis negara, bakat-bakat penghafaz Al-Quran serta anak harapan sebuah keluarga.

Punca pusat tahfiz terbakar

Apabila terjadi kejadian kebakaran di mana-mana pusat pembelajaran persendirian seperti Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dan menjadi berita tumpuan, banyak orang menuding jari sana dan sini. Ada yang akan menyalahkan pihak pengurusan, ada juga segelintir pihak akan mempertikai tahap keselamatan lokasi kejadian "ibarat melepas batuk ditangga, kambing hitam pula dipersalahkan".

Beberapa kejadian sebelum ini memperlihatkan beberapa punca utama kebakaran telah menjadi penyebab kepada kejadian seumpama ini boleh berlaku. Antaranya ialah litar pintas, api lilin, penggunaan ubat nyamuk dan sebagainya. Tiada punca kebakaran dengan niat sengaja membakar pusat tahfiz menunjukkan bahawa rata-rata pelajarnya adalah sedar bahaya bermain api, berakal dan tidak mempunyai masalah mental. Oleh disebabkan itu, punca kebakaran diluar kawalan seperti lintas pintas sebenarnya boleh dielakkan dan punca kebakaran tahfiz daripada penggunaan ubat nyamuk dan lilin juga boleh dielakkan daripada awal.

Langkah-langkah proaktif pencegahan kebakaran

Beberapa langkah proaktif bagi mencegah kejadian kebakaran boleh dilakukan dengan syarat mendapat kerjasama sepenuhnya daripada semua pihak. Untuk kejadian yang sudah berlaku, biarkan berlalu. Pada masa hadapan, perlu ada usaha untuk mengurangkan kadar kejadian seumpama ini daripada berlaku lagi. Apakah langkah-langkah berkesan untuk mengurangkan kes kebakaran dan mengurangkan kadar kematian semasa kebakaran?

Pendidikan dan Latihan

Pendidikan kepada pelajar berkenaan langkah-langkah pencegahan kebakaran, cara menyelamatkan diri daripada kebakaran dan sebagainya perlu dimasukkan sebagai silibus penting dalam pusat tahfiz atau pusat pendidikan lain. Tidak seharusnya bagi pusat tahfiz hanya mendalami ilmu berkaitan agama sahaja. Kerjasama pusat pendidikan dan bomba akan membantu mewujudkan kesedaran kepada penghuninya berkaitan api dan kebakaran. 

Latihan berterusan akan membantu penghuni menangani situasi panik dan sebagainya. Perkara ini perlu ditekankan oleh pengusaha tahfiz kerana rata-rata adalah pengusaha persendirian atau berkumpulan. Fire Drill, memadamkan kebakaran dan mendapatkan maklum balas berkenaan reka bentuk bangunan daripada pihak bomba adalah beberapa langkah proaktif yang dapat pusat pendidikan swasta lakukan. Latihan menggunakan peralatan keselamatan yang disediakan juga boleh dilaksanakan di mana-mana pusat pendidikan.


Peranan zakat dalam institusi pendidikan agama

Secara amnya, banyak pusat tahfiz mencari dana sendiri, sedekah orang ramai serta bantuan daripada syarikat atau badan kebajikan (NGO). Kekurangan dana kewangan akan menyebabkan banyak perkara selain mengajar ilmu agama tidak dapat ditangani dengan baik. Sebagai contoh sekiranya pusat tahfiz menghadapi masalah berkaitan infrastruktur bangunan, maka masalah itu akan ditangguhkan kerana lebih mengutamakan makanan kepada penghuni, kos pengangkutan dan kos rawatan kesihatan dan sebagainya. Masalah berkaitan pendawaian elektrik, kerosakan soket melibatkan kos pembaikkan yang tinggi. Seharusnya masalah ini dapat dibantu dengan baik oleh institusi seperti pusat zakat. Kerajaan negeri juga harus mencari jalan dalam membantu pusat pembelajaran persendirian dalam mencari dana kewangan demi kelangsungan operasi pusat pembelajaran tersebut. Membantu institusi pendidikan dalam negara yang menghadapi masalah sangat perlu diutamakan berbanding membantu masyarakat luar negara yang menghadapai masalah. Itu pandangan peribadi saya.

Tingkatkan aspek keselamatan dalam bangunan

Beberapa langkah keselamatan perlu ditingkatkan oleh pengurusan pusat pendidikan. Walaupun pusat tahfiz tidak mendapat tempat selayaknya dalam sistem pendidikan di negara yang diisytiharkan negara Islam ini, namun pihak pengurusan tidak wajar mengambil enteng terhadap aspek keselamatan kepada penghuni asrama.

Sistem pengesan haba, sistem pengesan asap, alat pemadam api, pintu kecemasan adalah aspek keselamatan yang harus dititiberatkan oleh pihak pengurusan pusat pembelajaran. Jika hanya mempunyai penghuni seramai 5 orang boleh dianggap sebagai penghuni rumah biasa, tetapi jika melibatkan penghuni yang ramai, situasi cemas semasa menyelamatkan diri akan meningkatkan risiko lemas dalam kepulan asap. Satu garis panduan dan peraturan membangunkan pusat pendidikan wajar dibentangkan untuk mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku.

Pemeriksaan dengan lebih kerap oleh majlis tempatan ke setiap kawasan bagi mengesan kewujudan pusat-pusat berpenghuni ramai seperti asrama akan mampu mengesan tempat-tempat yang tidak mematuhi aspek keselamatan, undang-undang dan sebagainya. Jika majlis tempatan tidak mempunyai keupayaan, tanggungjawab itu boleh diserahkan kepada Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung atau Taman atau Bandar. Hal yang sedemikian ini adalah kerana lokasi asrama-asrama ini tentunya terletak di dalam kawasan seliaan mereka. Ianya akan memudahkan pemantauan kawasan sekitar seliaan dan boleh mengajukan permasalahan setempat ke pihak berkaitan dengan lebih pantas dan efektif.

Kesimpulan daripada kejadian kebakaran

Beberapa isu yang disentuh di atas, boleh disimpulkan bahawa sekiranya kerjasama antara unit penting masyarakat tidak berjalan dengan baik, maka akan wujudlah ruang kejadian seperti Tragedi Pusat Tahfiz Terbakar pada masa akan datang. Biar sesiapa pun yang dituding salah, masalah tidak akan selesai tanpa penyelesaian komprehensif. Keputusan perlu dibuat segera untuk mengurangkan kadar kematian bakal-bakal pemimpin pada masa akan datang. Tiada ilmuan tahfiz, musnahlah negara. Wallahualam.

20 Comments

sudah terhantuk baru terngadah. apa2 pun ini adalah qada n qadar yg patut kita terima n redha. manusia cuma merancang, Allah yg menentukan..

Betul tu bang, kejadian sudah berlaku biarkan berlalu...

Innalillahi wainailaihi rajiun..moga Allah SWT menyediakan sebaik-baik singahsana untuk mangsa-mangsa yang terkorban...subhanAllah..

Turut sayu...
In shaa Allah mereka syahid

salam takziah buat ahli keluarga mangsa . sedih tengok keadaan mayat tadi

sedih tengok video itu, rasa hiba sangat, salam takziah untuk ahli keluarga mangsa

NEEZA | Malaysia Lifestyle Blogger

Allahu berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Alfatihah untuk semua arwah syahid di jalan Allah ini. Sedih dah sayu sangat. Saya yang bukan ahli keluarga arwah, turut terkesan. Tidur malam tadi terjaga2, tak lena terbayangkan video kebakaran. Ya Allah, Engkau berikanlah kekuatan dan keredhaan untuk ahli keluarga mangsa.

InsyaAllah sis.. Mudah-mudahan... amin..

Ya la, ramai pula kongsi keadaan mayat kan... kesian kat family...

Ya memang sedih... menjerit-jerit lagi kan...

Doakan mereka mendapat tempat selayaknya... InsyaAllah.. Amin...

Semoga mereka semua ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan soleh.

Al- Fatihah buat anak2 syurga ini.

Amin, mudah-mudahan mendapat tempat selayaknya...

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Semoga insan-insan yang terkorban ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan damailah mereka di sana..

allahumaghfirlahum warhamhum waa'fini wa'fuanhum...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon