Tanda-tanda awal masalah mental

Tanda-tanda awal masalah mental| Siapa berani mengaku dia ada masalah mental? Siapa pula sanggup mengaku dia gila? Orang gila pun belum tentu akan mengaku dia gila. Manakala orang sihat pula tidak sedar yang sebenarnya dia mempunyai masalah mental. Sama ada masalah mental yang dihadapi masih dalam peringkat permulaan atau sudah kritikal, anda perlu tahu tanda-tanda awal masalah mental sama ada untuk diri sendiri, keluarga atau rakan-rakan. Merawat masalah mental dari awal adalah lebih baik berbanding pesakit mental yang sudah kritikal atau boleh dikategorikan sebagai orang gila.

Tanda-tanda awal masalah mental, tanda pesakit mental, pesakit mental, mental problem

Pesakit mental kritikal mampu mencederakan diri sendiri, keluarga atau orang lain. Oleh itu, tindakan awal untuk merawat daripada pesakit mental adalah sangat digalakkan supaya mengurangkan kadar pesakit mental selain meningkatkan kadar kesihatan dan kualiti hidup di negara ini. Kebanyakkan masyarakat di negara ini tidak mengambil perhatian serius berkenaan perkara ini dan kesedaran terhadap tanda-tanda awal masalah mental tidak dikesan dengan baik.

Faktor penyebab masalah mental

Beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah mental boleh berlaku kepada diri seseorang seperti faktor biologi seperti genetik atau kegagalan bahan kimia otak. Faktor biologi amat sukar dielakkan namun masih boleh dirawat melalui kaedah rawatan psikologi dan sebagainya bagi pesakit-pesakit mental. Pengalaman hidup seperti trauma atau penderaan juga adalah penyumbang kepada permasalahan ini selain daripada sejarah keluarga yang mengalami masalah kesihatan mental.


Tanda-tanda awal masalah mental

Agak sukar untuk kita menilai seseorang yang kita kenali sama ada mereka hidup dengan mengalami masalah kesihatan mental. Seperti yang saya katakan tadi, mana ada orang mahu mengaku mereka gila dan mana ada orang suka jika anda mengatakan mereka sakit mental. Beberapa tanda awal seseorang yang dikatakan mempunyai masalah mental adalah seperti yang dinyatakan di bawah ini:

  1. Oleh kerana terdapat banyak gangguan pada otaknya, mereka akan makan atau tidur terlalu banyak atau terlalu sedikit.
  2. Menjauhkan diri dari orang di sekeliling dan juga aktiviti rutin biasa dilakukannya.
  3. Mempunyai tenaga yang terlalu rendah atau tidak ada tenaga langsung. Boleh dikatakan nampak lemah sahaja.
  4. Merasa mati rasa (numb) atau tidak seperti apa-apa.
  5. Mempunyai sakit dan rasa yang tidak dapat dijelaskan.
  6. Rasa tidak berdaya atau tiada harapan. 
  7. Merokok, minum, atau menggunakan dadah lebih daripada biasa.
  8. Merasa keliru berlebihan, marah, kecewa, bimbang, atau takut.
  9. Berteriak atau bergaduh (besar) dengan keluarga dan rakan-rakan.
  10. Mengalami perubahan mood yang teruk yang menyebabkan masalah dalam hubungan.
  11. Mempunyai pemikiran dan kenangan yang berterusan, mereka sentiasa memikirkannya dan tidak boleh dibuang daripada pemikiran mereka. Umpama tidak boleh move on pada perkara tertentu.
  12. Mendengar suara asing atau mempercayai perkara yang tidak benar.
  13. Berfikir untuk membahayakan diri sendiri atau orang lain.
  14. Hilang keupayaan untuk melakukan tugas harian

Apa yang saya sebutkan tadi mungkin adalah sebahagian daripada tanda-tanda awal masalah mental sedang berlaku pada diri anda, keluarga atau orang di sekeliling anda. Oleh kerana perkara-perkara di atas dianggapkan sebagai biasa pada pandangan masyarakat di negara ini, agak sulit untuk mengatakan bahawa seseorang sedang mengalami masalah mental kecuali pegawai perubatan hospital mengesahkan perkara ini. Mustahil juga untuk kita mengatakan seseorang dengan panggilan orang gila walaupun tanda-tanda awal masalah mental sudah jelas kepadanya. Situasi yang boleh berlaku seperti dialog "Kau ni gila lah", "Kau lah gila, gila!". Akhirnya keduanya adalah sama gila dan mental.

Rawatan masalah mental

Tujuan rawatan masalah mental adalah untuk membantu individu yang mengalami masalah mental supaya mereka mampu meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan hidup, mampu hidup dengan kehidupannya sendiri serta berusaha untuk mencapai potensi penuh mereka. Paling utama adalah bebas daripada masalah pesakit mental sepenuhnya.

Terdapat empat pelan dimensi pemulihan pesakit mental yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini supaya tidak berterusan dan boleh diamalkan adalah seperti Kesihatan, Rumah, Objektif dan Komuniti.


  1. Kesihatan - Mampu embuat pilihan sihat yang menyokong kesejahteraan fizikal dan emosi. 
  2. Rumah - Memiliki tempat yang stabil dan selamat untuk hidup. 
  3. Objektif - Terlibat dalam aktiviti harian yang bermakna, seperti pekerjaan atau sekolah, sukarelawan, menjaga keluarga anda, atau menjadi kreatif. Bekerja untuk kebebasan hidup, memiliki pendapatan, dan sumber kewangan untuk menyertai masyarakat. 
  4. Komuniti - Membina hubungan dan rangkaian sosial yang memberikan sokongan berterusan.

Pelan pemulihan

  1. Membolehkan pesakit mengenal pasti matlamat untuk mencapai kesejahteraan. Tentukan apa yang boleh pesakit lakukan untuk mencapai matlamat tersebut termasuk aktiviti harian serta matlamat jangka panjang.
  2. Mengesan sebarang perubahan dalam masalah kesihatan mental pesakit.
  3. Kenal pasti pencetus atau peristiwa tekanan lain yang boleh membuat pesakit berasa lebih teruk dan membantu pesakit mempelajari cara menguruskannya

Mental yang sihat dan postif

Kita perlu mempunyai azam untuk memiliki mental yang sihat dan positif untuk menjalani kehidupan. Kata-kata positif untuk hidup seperti "Gagal sekali bukan bermaksud gagal selama-lamanya" adalah kata-kata yang keluar daripada mental yang sihat dan positif. Mental yang sihat dan positif membolehkan seseorang untuk menyedari potensi penuh mereka, mengatasi tekanan kehidupan, bekerja secara produktif, menyumbang sesuatu yang bermakna kepada komuniti.

Cara untuk mengekalkan kesihatan mental yang positif termasuklah mendapatkan bantuan profesional jika memerlukan, berhubung dengan orang lain, kekal berfikir secara positif, lakukan aktiviti fizikal yang menyihatkan, membantu orang lain, mendapatkan tidur yang cukup, membangunkan kemahiran mengatasi masalah dan sebagainya.

Masalah mental adalah masalah yang boleh diatasi selagi tidak mencapai peringkat gila sepenuhnya. Tanda-tanda awal masalah mental juga perlu diatasi segera kerana ianya boleh membawa mudarat yang lebih besar jika tiada langkah-langkah proaktif daripada orang yang paling rapat dengan seseorang yang mempunyai potensi sebagai pesakit mental. Rujuk segera ke hospital adalah langkah paling mudah untuk anda lakukan supaya anda tentunya tidak mahu orang mengatakan anda gila atau keluarga anda gila atau anda tidak mahu dikatakan berkawan dengan orang gila. Wallahualam.

Sumber [1]

25 Comments

Skrg ni pun ada rakan guru yg kena sakit mental krna tekanan kerja.

Semoga dijauhkan.

Percaya tak kat tempat Mrs. A kerja sekarang ada dua tiga orang mempunyai masalah mental. Majikan tahu dan ada juga yang HR bawa ke psychiatrist tapi mereka masih bekerja cuma diberi kerja-kerja ringan lah.

Zaman skrg ni punca tekanan mental kebanyakkan disebabkan bebanan kewangan dan kos sara hidup yg tinggi serta masalah kesihatab . Keluarga dan sahabat handai perlu bijak membantu dan beri sokongan moral.

Semoga terhindar dari penyakit ni.. dah ramai dalam diam ada masalah mental, paling tak boleh terima kadang kadang punca disebabkan dari santau dan hasad dengki manusia yang menggunakan bantuan jin.. Nauzubillah

Zaman sekolah dulu CCL ada seorang kawan yg mgalami sakit mental ni . Tpaksa berhati2 bila berkawan dengannya , kadang ketawa sorang, bcakap sorang

Masalah mental ni memang bahaya.. Sebab kadang2 kita tengok orang tu macam okay je..

Tapi dalam otak dia kita tak tau apa yang sedang bermain.

Dan masalah mental ni banyak punca2nya antaranya ialah dari persekitaran dan keluarga.

Banyak punya gangguan mental ni...secara nyata atau sebaliknya.Yang penting keluarga jangan pernah membuang mereka kerana apa yang berlaku bukan kehendak mereka.Dilahirkan sempurna kejadian..meniti usia diuji dengan permasalahan hingga menjejaskan kewarasan...tiada siapa yang minta begitu..

ada yg belajar terlebih tinggi pun leh sakit mental gak Lan..

Kat ofis lama saya pun ada bang, kesian tengok, nasib tak kena buang kerja...

Itulah, jangan ada cari pasal dengan diaorang, bahaya nanti...

Setuju sis, lepas satu masalah dan satu laI, kalau tak dapat handle memang boleh jadi gila dibuatnya...

Kalau santau dikesan dari awal, rasanya boleh baik lagi, kalau dibiarkan lama2 jadi gila sebab tekanan perasaan...

Budak sekolah, pun dah boleh kena kan... bahaya betul..

Kalau diam lain macam kena hantar berubat kan...

Ya, kalau gila dan disisihkan lagi memburukkan keadaan... orang gila hilang catatan dosa kan sis.. dapat pahala lagi kalau jaga dia...

Tu overdose ilmu kan Lea... hihi...

Penyakit mental ini kadang-kadang makan dalam.. Orang di sekeliling kena alert sama dan bantu.. Sha pernah berada dalam keadaan dipresi melampau.. Tapi alhamdulillah... sekarang dah okay.. hehehe

alhamdulillah sekarang awak dah pulih :)

memang bahaya sekiranya tak dirawat, ibu bapa kalau dapati anak itu macam lain macam silalah pergi rujuk, jangan endahkan, sekarang di universiti memang ramai kawan yang disahkan ada penyakit ni.. dan dorang kena bergantung pada ubat.. kesian pun ada juga.. sebab kena selalu skip kelas.. cuma kalau jumpa golongan ni janganlah sisihkan mereka

NEEZA | Malaysia Lifestyle Blogger

Kira macam over tension kan... kesian...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon