Tips buat blog yang betul 1 (Meta Tags)

Tips buat blog yang betul 1 (Meta Tags)| Membuat blog tidak semudah yang disangka. Ya, anda boleh membeli template atau menggunakan template percuma daripada Blogger. Adakah semudah itu untuk anda menghasilkan sebuah blog yang mampu mendapat tempat di enjin carian? Tips buat blog yang betul adalah panduan kepada newbie blogger yang baru berjinak-jinak dalam menghasilkan blog supaya tidak melakukan beberapa kesalahan asas dalam membuat blog.

Maksud Meta Tags blog, Meta Tags HTML Code, Meta Tags

Tukar template blog

Sesiapa pun amat suka melakukan hal ini semasa membuat blog. Bagi saya juga sama. Pantang melihat design template yang menepati citarasa. Pastinya saya akan tertarik untuk mendapatkannya dan menukar template agar menaikkan mood blogging, menikmati suasana baru dan kelihatan lebih fresh di mata sendiri. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu teknikal yang harus kita ambil perhatian supaya penukaran template lama kepada template baru tidak mengganggu kelancaran blog anda. Apakah yang dimaksudkan dengan isu teknikal dalam membuat blog?

Setiap design template mempunyai HTML Code yang berbeza. Setiap kali anda menukar kepada template yang baru, setiap kali itu juga beberapa perubahan pada HTML Code blog perlu dilakukan agar kesinambungan kelancaran blog sebelumnya berjalan lancar pada masa hadapan.

Meta Tags

Terdapat template mempunyai Meta Tags yang sangat lengkap dan hanya perlu dikemaskini sahaja. Ada juga tempate yang hanya menetapkan Meta Tags asas blog sahaja seperti nama blog dan deskripsi blog sahaja. Manakala beberapa Meta Tags penting untuk sesebuah blog dibangunkan dengan betul perlu ditokok tambah sendiri agar tampil dengan mantap dan mampu bersaing dengan blog-blog yang sudah lama terindeks di enjin carian. Apa itu Meta Tags pada HTML Code? 


Meta Tags pada HTML Code adalah unsur-unsur meta yang digunakan untuk menentukan deskripsi halaman, kata kunci, penulis dan ketetapan lain. Meta Tags boleh digunakan oleh pengimbas carian (cara memaparkan kandungan atau halaman tambah nilai), enjin carian (kata kunci), atau perkhidmatan web lain supaya blog anda mendapat trafik daripadanya. Jika blog anda tidak mempunyai ketetapan Meta Tags kebarangkalian untuk kurang mendapat trafik daripada enjin carian adalah tinggi. Ya, mungkin trafik tinggi daripada media sosial lain tetapi jika anda mampu mendapatkan trafik daripada pelbagai sumber, maka semakin berlipat gandalah jumlah trafik blog anda. 

Perhatikan Meta Tags asas yang boleh anda gunakan pada setiap design template yang anda gunakan. Jika tiada Meta Tags tertentu, anda boleh copy dan paste pada halaman HTML Code blog anda. Ketetapan berikut telah saya sesuaikan untuk blogger di Malaysia, dan sasaran pembaca daripada Malaysia. Bagi blogger daripada negara lain, boleh ubah ketetapan mengikut kod negara masing-masing.

Cara mahu lihat HTML template code bagi setiap blog pergi ke halaman Blogger>Theme>Edit HTML.

Penting: Ubah ketetapan Meta Tag pada tulisan berwarna biru di bawah kesesuaian blog.

<meta content='Your Blog Description here!' name='description'/>
<meta content='Your Keywords here!' name='keywords'/>
<meta content='Author Name here!' name='Author'/>
<meta content='Author Email Address here!' name='Email'/>
<meta content='document' name='resource-type'/>
<meta content='all' name='audience'/>
<meta content='general' name='rating'/>
<meta content='all' name='robots'/>
<meta content='index, follow' name='robots'/>
<meta content='id' name='language'/>
<meta content='id' name='geo.country'/>
<meta content='global' name='distribution'/>
<meta content='1 days' name='revisit-after'/>
<meta content='Indonesia' name='geo.placename'/></textarea>

Ubah pada teks Your Blog Description here!Your Keywords here!Author Name here!Author Email Address here!id pada language dan geo.country (Gantikan dengan ms dan my), Indonesia (Gantikan dengan Malaysia). Jika template blog yang baru anda download/beli sudah mempunyai Meta Tags yang lebih lengkap, hanya kemaskini maklumat yang diperlukan dan tidak perlu copy dan paste HTML Code seperti di atas. Setelah selesai, anda boleh save dan lihat hasilnya terhadap trafik ke blog anda. Pasti terdapat perbezaan daripada sebelumnya sama ada melalui jumlah trafik, audience atau keywords search blog anda.

22 Comments

dulu blog saya senang dapat carian google. tp since tukar link, drop terus. kene struggle balik agaknya nak dapatkan carian google tu. ;(

Submit balik sitemap guna link baru....

Adehh yg ni memang pening.. main dengan coding ni yg jadi huru hara ni..

Xpe... blog Lea dah power lah...

Kalau suruh tulis article insyaallah ai boleh.. Nak design blog pun insyaallah no problem.. Tapi bab coding.. surrender terus..

Hihi... Boleh cuba tengok-tengok Ai, mana tahu pandai nanti..

Oh! yang ini Mrs. A seram....
Pernah cuba buat dulu haru-biru terus terpaksa minta pertolongan pada yang pakar huhuhuhu....

Kalau haru biru html code memang akan membazir masa nak merepair kan? Kadang-kadang html code ni boleh buat macam blog kita tak wujud... hihi

Bila tukar template part inilah yang kena lebih teliti..PC pernah kena sekali....huru hara jadinya..penyudahnya balik ke template lama...kalau nak tukar template kena betul-betul fokus,sabar dan happy..bermain coding silap langkah boleh buat murung..

Kena semak semula nampaknya sebab baru tukar template baru2 ni kan. Tak Template lama memamg ada meta tag ni sbb edit sendiri.

Betul tu sis... memang sakit kepala, kalau silap langkah, terpaksa upload template baru semula...

Ya, kena edit sikit sis supaya mudah enjin carian buat kerja...

Mama selalu ambil mudah meta tags ni. Kali terakhir dulu mama.maaukkan metatags melalui website apa tah..kat situ senang

Ada yang boleh generate meta tags ni, lepas tu masukkan je dalam html code... mudah...

pening wooo tngok coding,, hehe. busyra kalau nk tngok coding time malam2 ja. siang2 tak boleh.. haha

Betul tu Busyra, kalau dari pagi mula, boleh sampai petang baru siap....

aduii main dengan coding ni boleh pinar mata

Betul tu sis, silap sikit boleh rosak blog...

Alamak.. bab nie saya fail.. hehehe

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon