Alam perkahwinan umpama suami isteri belayar bersama

Alam perkahwinan umpama suami isteri belayar bersama| Satu perumpamaan yang adil bagi saya. Cabaran alam perkahwinan umpama menaiki kapal bersama suami atau isteri. Proses pernikahan antara lelaki dan perempuan termuktamad selepas akad. Selepas itu naiklah si suami ke atas kapal bersama isteri manakala menjadi kewajipan bagi si isteri menuruti kemahuan si suami.

Cabaran suami iseri, dugaan suami isteri, alam perkahwinan

Pada saat layar dilabuhkan selepas akad nikah, maka berlayarlah suami isteri ke lautan yang sangat luas. Perjalanan alam perkahwinan tidak selalunya menggembirakan. Seperti kapal di lautan, ada waktunya berombak kuat, ada masanya tenang-tenang sahaja. Adakala pula hujan dan panas, sesekali juga dilanda ribut dan taufan. Inilah ujian buat suami dan isteri. Mahu berpatah balik atau meneruskan perjalanan. Setiap keputusan yang dibuat memberi kesan dalam hubungan suami dan isteri.

Teruskan perjalanan walau ombak membadai kapal kerana pasti dihadapan destinasi bahagia sedang menunggu. Di atas kapal, pasangan suami isteri perlu mencari makanan bersama. Jika seekor ikan berjaya diraih, maka seekorlah santapan untuk hari itu. Itu pun bergantung kepada cuaca. Jika lumayan hasil tangkapan, maka bergembiralah mereka bersama. Namun jangan pernah menipu semasa dalam perjalanan. Ikan mengenali umpan dan kail tidak selalunya bertuah.

Kapal juga kadangkala boleh rosak akibat hentaman ombak dan ribut. Adalah menjadi keperluan bersama untuk membaiki apa yang rosak. Jika tidak diperbetulkan, pelayar akan karam bersama. Jangan dibiarkan barang yang rosak. Semakin hari semakin retak, kelak lemas di tengah lautan. Bersama mengharungi pelbagai jenis ujian dan dugaan dalam rumahtangga. Jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab. Maka bahagia jawapan yang pasti.



Mungkin akan ada pelayar suami isteri yang lain di lautan. Tegurlah mereka dengan nada gembira. Mana tahu mereka akan menyelamatkan kita saat terdampar dicelah manapun. Begitu juga dalam alam perkahwinan. Hidup bukan bersendirian. Kita perlukan hubungan keluarga, kita perlukan sahabat dan kita perlukan kejiranan. Semua itu akan membantu saat kita tiada apa-apa. Jangan sombong di tengah lautan. Kelak merana badan binasa.

Semakin hampir kita ke destinasi, bukan jaminan perjalanan kita lancar. Kemana arah hendak dituju, betulkah destinasi yang ditujui bergantung pada ilmu dan kompas. Ilmu Al-Quran dan kompas berkiblatkan Kaabah. Biarpun jarang benar dapat membaca Al-Quran di atas kapal, jangan sesekali membuangnya di lautan. Hal ini bagi orang muslim dan bagi agama lain kaedahnya sama. Iman dan taqwa.

Di penghujung destinasi akan ada TUAN menunggu. Tidak pernah memungkiri janji dan janjiNya adalah benar. Setelah berlabuhnya sauh di tepi pantai, ganjaran akan diberi kepada mereka yang tiba bersama suami isteri. Jika suami isteri tiba dalam keadaan isteri tersenyum riang, maka besarlah ganjaran kepada suami. Jika tiba dalam keadaan isteri berduka maka menjawablah suami dengan pertanyaanNya. Berat lagi jika salah seorang sahaja yang tiba ke destinasi, panjang pula soal jawab denganNya. Wallahualam.

32 Comments

Rasa nak belayar guna dua bahtera..

Lebih mencร bar namun apakan daya sudah tertulis suratan takdir sedemikian rupa.

Terjangkit la bahasa sastera buat seketika

perumpamaan yg sangat tepat! belum berkahwin hehe nice sharing

Semoga pelayaran rumahtangga kita semua sampai ke destinasi dengan bahagia.. ๐Ÿ˜Š

Mudah2an pelayaran kita sampai ke destinasi

setuju dengan tuan. kehidupan berumahtangga tak semudah yang disangka. tapi penuh cabaran nacam naik kapal.

Yup, ada kapten dan nakhodanya. Moga sama2 boleh menjadi kapten dan nakhoda terbaik. hehe. misi mencari kapten! kehkehkeh

Harap tidak diserang tsunami semasa belayar tu..

New Giveaway lets start! Jom join :)
https://intansaffyna.blogspot.my/2017/10/giveaway-besar-besaran-by-intan-saffyna.html

Perkongsian yang bagus Encik Lan.. Semoga kita semua selamat di daratan yang selamat dan sejahtera, walaupun pasti ada badai yang melanda..

Haha, jangan cuba-cuba bro, nanti pinggan melayang.... boleh cuba bersastera bro...

InsyaAllah semoga berguna pada masa hadapan ya...

Mudah-mudahan pak cik.. InsyaAllah...

InsyaAllah nanti bisa dipercepatkan jodoh ya..

Terima kasih sis... suami isteri sangat memainkan peranan dalam rumah tangga...

Itu memang merbahaya bang... silap-silap boleh pecah kapal...

InsyaAllah, amin... mudah-mudahan bahtera sis juga selamat mendarat...

walaupun belum berkahwin, dapat terasa betapa susahnya hidup lepas kahwin.

nurulrasya.com

Indeed Tn.. Bukan mudah macam zaman bercinta ๐Ÿ˜Š.. hihihi

em.. padat !! padu.. hee~ semoga mendarat / berlabuh pada destinasi yang tepat..

InsyaAllah, berdoa banyak-banyak agar dipermudahkan...

Betul tu sis... ujian sebenar adalah alam rumahtangga....

InsyaAllah... destinasi tidak akan lari, kita semua kena cuba yang terbaik untuk sampai...

How true.. onak Dan badai melanda namum pelayaran harus diteruskan juga

Alam perkahwinan memang macam pelayaran.. Tak terduga dugaan yang datang.. Kena sentiasa bersedia mental dan fizikal.. Barulah pelayaran belayar hingga ke destinasi terakhir..

Betul tu sis... kelak bahagia pasti gembira...

Setuju dengan ulasan sis...Kena sentiasa fizikal dan mental baru boleh pergi jauh...

InsyaAllah sis, terima kasih ya...

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati dan sebagainya yang secara jelas menyalahi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] - SKMM.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi.

Don't hesitate to contact me at azlan7783@gmail.com for any review, advertorial or anything else.
EmoticonEmoticon