AMP Blogger Template: Kelebihan dan Kekurangan

AMP Blogger Template: Kelebihan dan Kekurangan| Jika anda mengikuti perkembangan dunia IT, pasti anda akan mengetahui berkenaan Projek AMP. AMP adalah singkatan kepada Accelerated Mobile Pages (AMP) di mana ianya Open Source Project oleh Google untuk menyediakan kandungan optimum mudah alih yang boleh memuatkan dengan kadar lebih pantas di mana-mana sahaja Pada zaman ini, semua perkara mahu dilakukan dengan pantas. Kelajuan internet atau pengangkutan sebagai contohnya kerana masa itu adalah emas.

AMP Blogger Template: Kelebihan dan Kekurangan, apa itu AMP Blogger Template


Apabila pelayar internet membuka sesebuah laman web, mereka tentunya tidak mahu menunggu terlalu lama. Sekiranya "loading" sesebuah portal atau blog perlahan, ia akan membuatkan pelayar menutup tanpa membaca. Oleh itu, kepantasan sesebuah blog perlu diambil perhatian sewajarnya oleh pemilik blog. Ujian kepantasan perlu diuji sama ada melalui komputer, laptop, telefon bimbit dan sebagainya. Jadi apakah fungsi AMP Blogger Template ini?

Sebelum saya mengetahui apakah kelebihan dan kekurangan menggunakan AMP Blogger Template, saya sangat berminat untuk mencari template yang sudah sedia bercirikan AMP Template. Hal ini kerana semakin laju "loading" sesebuah blog, semakin berkurangan potensi pengunjung blog menutup tanpa membaca. Maka apa yang saya cuba sampaikan kepada pembaca tidak akan mencapai objektifnya. Kita tidak boleh memaksa mereka untuk menunggu. Secara zahirnya, blogger menawarkan perkhidmatan dan perkhidmatan sepatutnya memudahkan pengguna.

Rata-rata template blog pada masa ini menggunakan XHTML template yang tidak menyokong AMP HTML Tags. Walau bagaimanapun, terdapat juga web designer menawarkan AMP Template. Saya sudah cuba menggunakan template percubaan bercirikan AMP namun terdapat kelebihan dan kekurangan apabila anda menggunakan AMP Template.

Kelebihan AMP Template




Loading AMP Template lebih pantas. Ya, benar disebabkan itu adalah salah satu objektif projek AMP ini dilaksanakan. Sebelum wujudnya AMP Template, ramai blogger telah menukar template blog kepada jenis responsif (Responsive Blog Template) dengan paparan disesuaikan mengikut pelbagai jenis gajet.

AMP Template meningkatkan ranking. Semakin pantas dan memudahkan pengunjung, semakin digemari dan semakin kerap juga pengunjung melayari kembali halaman sesebuah blog. Hal ini membantu meningkatkan ranking sesebuah web, portal mahupun blog. Mengikut contoh sumber menyatakan bahawa blog yang menggunakan AMP Template mampu meningkatkan ranking dan trafik organik sebanyak 23%.

Kadar pageviews meningkat. Sudah tentu, semakin tinggi jumlah pengunjung sesebuah blog, kadar Pageviews sesebuah blog akan meningkat juga. Apabila pengunjung selesa dengan kelajuan blog dan artikel di dalam sesebuah blog, potensi mereka membuka lebih daripada satu artikel adalah tinggi. Seperti yang saya katakan tadi, masa adalah emas bagi pengunjung blog.

Kekurangan AMP Template




Kadar pendapatan Publisher melalui iklan akan menurun. Setiap blog yang bergantung sepenuhnya kepada pendapatan iklan melalui Publisher akan mendapat kesan yang paling ketara. Dikatakan ianya akan menurunkan kadar pendapatan Publisher. Tambahan lagi hanya Google Adsense sahaja yang menyokong AMP Template manakala yang lain tidak dapat digunakan memandangkan Adsense adalah produk keluaran Google.

Widgets dan Plugins tidak boleh dipasang. Banyak Widgets dan Plugins yang menjadikan blog kelihatan menarik tidak dapat dipasang pada AMP Template melainkan Javascript yang disediakan oleh Google sahaja. Lebih-lebih lagi Javascript daripada Third-Party. Hal ini termasuklah Widget di sidebar (ruang tepi) yang biasa digunakan oleh kebanyakkan blogger pada saat ini.

AMP Template tidak menyokong Blogger Comment Form. Hal ini yang paling sukar bagi saya memandangkan tidak ramai blogger menggunakan komen Facebook, Disqus dan Google+ sebagai pilihan Comment Form. Namun jika ditakdirkan pada masa hadapan ianya adalah satu kemestian daripada Google+, maka hilangkan beribu komen yang ada dalam blog kecuali diintergrasikan kepada Comment Form yang lain.

Blogger Template Editor tidak boleh digunakan lagi. Melalui AMP Template, anda tidak boleh melakukan pengubahsuaian pada template seperti sekarang jika menggunakan blogger. Tiada <b:skin> tags and <b:template-skin> tags lagi pada AMP Template.

Setiap gambar yang terdapat pada artikel perlu diubahsuai. Jika anda mempunyai 3000 entri dan setiap entri mempunyai sekurang-kurangnya 2 gambar, maka anda perlu edit sebanyak 6000 gambar supaya ianya menyokong AMP Template daripada <img> kepada <amp-img>. Banyak masa akan dikorbankan bagi tujuan ini. Hal ini juga termasuklah video dan sound yang terdapat dalam blog. Semua sekali perlu di edit supaya ianya berjaya dipaparkan di dalam blog.

Paling menyedihkan urusan jual beli yang menggunakan Add-To-Cart tidak dibenarkan lagi. Amat malang kepada mereka yang menggunakan blog sebagai medium menambah pendapatan. AMP Template tidak membenarkan perkara itu dilakukan.

Email Subscription tidak dibenarkan. Memandangkan beberapa fungsi onclick, action, onsubmit, onfocus, onblur tidak dibenarkan pada AMP Template.

AMP Blogger Template

Teknologi baru, kelebihan baru pada masa datang. Setiap teknologi mempunyai kelebihan tersendiri. Pada peringkat awal teknologi dibangunkan, pasti terdapat kekurangan. Namun tidak mustahil pada masa akan datang, AMP akan menjadi asas utama pada mana-mana blog. Namun pada masa ini, AMP Template tidak menjadi pilihan yang dicadangkan kepada Publisher memandangkan setiap Publisher seperti saya mengharapkan pendapatan daripada unit iklan Adsense. Membuat keputusan menunggu tindakan selanjutnya daripada pihak Google untuk menambahbaik projek AMP adalah tepat. Belum tiba masanya anda tergesa-gesa menggunakan AMP Blogger Template. Laju tapi belum sempurna.

26 Comments

banyak juga kelemahan sistem ni ya. tq share. Sayamemang tak pernah tahu pasal AMP ni hehe

Macam masih banyak kelemahannya.
Mungkin akan dibuat penambahbaikan untuk mengatasi kelemahan2 tersebut.

banyak kelemahan nya..tq for sharing

Ilmu baru untuk PC ni..menggunakan templates responsive pun bagi PC masih banyak yang perlu PC perbaiki dan pelajari..terima kasih perkongsian ya..

info yg bagus pasal AMP ni..walau ada kekurangan tapi ada manafaatnya jugak kan

Saya dah Cuba AMP theme di WordPress..

Memang best untuk organik visitor tetapi untuk komuniti blogger totaly tidak mesra pengguna..

Tiada plug in dan widget yang awesome boleh diguna pakai

Thank you for sharing! Nanti Nisha share dlm group :D

Anyway, Nisha tag awk untuk satu GA. Jemput join ya ^^

http://hadiahbintangjatuh.blogspot.my/2017/10/october-book-giveaway-by-blog-siqahiqa.html

ccl baru tahu info pasal AMP ni , tq sharing

Buat masa ni mungkin banyak, tunggu masa hadapan mungkin kita terpaksa gunakan juga...

br yg br kenal mungkin x terasa kelemahannya tu bagi yg pakar pasti tercari2 yg lbh ummppphhh ;-)

Betul tu, maybe dalam peringkat kajian lagi...

Ya buat masa sekaranglah, tak tahu masa depan camne pulak..

Kena kejar juga sis.. nanti kita ketinggalan kapal..

Manfaatnya ada, maybe belum sempurna lagi sis.. akan datang kita kena tukar kepada AMP juga kot..

Ya betul tu bro hanafi.. harap2 mereka perbaiki lagi...

InsyaAllah nanti saya join ya...

Memang ada kesannya.. lebih-lebih banyak widget tak support.. habislah design blog yang cantik2 tu.. hihi

Mula risau lepas baca post Tn. NA ni sebab takut usaha blogging selama ini sia-sia bila blog xde semua yg dinyatakan di atas.. Banyak lagi ilmu sis kena explore..

Saya pun sama sis, terpaksa kejar teknologi baru... nak tak nak kena ambil tahu juga sis...

akak tak pernah tah pasal AMP ni, tq share

Sama-sama sis... moga bermanfaat..

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon