Anak demam tumbuh gigi kekal gigi susu patah| Deciduous teeth (gigi yang gugur) atau Primary Teeth lebih dikenali sebagai gigi bayi atau juga gigi sementara. Nama paling sinonim di kalangan kita adalah gigi susu. Gigi susu tidak akan kekal lama. Satu persatu akan tertanggal dan digantikan dengan gigi kekal. Kenapa tiba-tiba bercerita berkaitan gigi kan? Saya bukan pakar gigi. Gigi saya juga berlubang-lubang sebab tidak ikut nasihat doktor masa muda remaja dahulu.
Masih ingat lagi dengan entri saya berkenaan Anak Demam Panas dan Berhalusinasi? Masa itu saya ada memaklumkan bahawa bagaimana anak saya tidur dalam keadaan demam dan apa yang berlaku selepas itu. Tempoh masa itu memang agak merumitkan kami suami isteri memandangkan dalam entri Anak Demam Panas Boleh Berjangkit-Jangkit. Selepas seorang demam, seorang yang lain pula demam. Macam-macam cara ubat demam panas saya sudah beri termasuk ubat demam jenis air dan ubat demam cucuk punggung. Demam Naufal masih juga tidak kebah. Apa yang boleh saya buat hanyalah lap-lap badan supaya suhu tidak terlalu tinggi.
Sekarang baru saya tahu mengapa Naufal demam panas berpanjangan. Saya memang tidak jangka dia akan dijangkiti denggi atau seumpamanya memandangkan saya dan isteri sangat mengambil berat berkenaan kehadiran nyamuk dalam rumah. Bukan anak sahaja tidak selesa, saya adalah orang pertama yang akan bengang dengan kehadiran nyamuk dalam rumah. Masa mahu tidur masa itulah dia mula hinggap dekat telinga. Siapa pernah rasa situasi macam saya angkat tangan?. Rupanya Naufal demam panas disebabkan gigi kekalnya mahu tumbuh.
Setelah seminggu dua demam Naufal kebah, dia datang pada saya dan beritahu ada tajam-tajam di belakang gigi dia sambil tunjukkan gigi hadapannya bergoyang. Saya pun periksa gigi dia. Rupanya ada satu lagi gigi mahu tumbuh di belakang gigi susu. Patutlah dia demam hampir dua minggu. Mulanya saya mahu cuba patahkan gigi susu sebab saya takut gigi kekal akan tumbuh di belakang gigi susu di mana kedudukan gigi kekal tersebut agak kebelakang sedikit. Saya tak mahu gigi anak saya tidak rata. Justeru itu, saya menghantar mesej kepada rakan saya, seorang doktor gigi, Dr. Shah Affendy.
Melalui perbualan dengan Dr. Shah Affendy, dia memaklumkan kepada saya supaya biarkan sahaja gigi susu di bahagian hadapan dan cuma pantau sahaja dalam tempoh masa 3 bulan. Jangan tanya saya kenapa 3 bulan. Ikutkan sahaja nasihat doktor. Berkenaan kedudukan gigi kekal yang agak terkebelakang, beliau memaklumkan kepada saya bahawa gigi kekal anak saya akan 'adjust' sendiri sehingga umur 12 tahun dan ke atas. Maklumat tambahan juga, hampir 90% gigi depan bawah tidak akan keluar dengan cantik. Jadi ibu bapa jangan terlalu risau.
Sehingga artikel ini ditulis, gigi susu anak saya telah selamat dikebumikan. Akhirnya tanggal juga. Macammana tidak tanggal kan kalau Naufal asyik tolak gigi susu dengan lidah dia. Mungkin dia rasa tidak selesa. Maka selesai masalah gigi anak saya. Oleh itu, mana-mana ibu bapa yang menghadapi masalah seperti saya, jangan berasa risau dengan keadaan tersebut. Jika menghadapi kemusykilan, terus rujuk kepada doktor gigi berhampiran. Wallahualam.
Ingat dulu..bila nak tumbuh gigi kekal..gigi susu yang dah mula goyang buat bba mma risau...sebab hari-hari PC tanya bila gigi susu ni nak copot..alhamdulillah PC tak demam cuma berat badan akan turun sebab PC tak nak makan..puncanya risau tertelan gigi..hihi..bebudakkan..sudahnya mama asyik masakkan bubur.
ReplyDeleteHaha... saya pun sama sis.. takut tertelan gigi...
Deletedemam dah okay? get well soon Naufal!
ReplyDeleteDah ok dah... Terima kasih Neeza..
DeleteAlahaii kesiannya menahan sakit tu..semoga kuat dan cepat sembuh.
ReplyDeleteNasib baik semuanya dah kembali pulih.. makin cerdas pula...
Deleteinilah cabaran didalam membesarkan anak2. sabar ye lan...
ReplyDeleteBetul tu bang, terima kasih bang...
Deletecabaran ibubapa dalam membesar kan anak-anak...masa saya belum sampai lagi
ReplyDeleteInsyaAllah nanti akan sampai juga bro...
DeleteSemoga anak cepat sembuh ya..
ReplyDeleteTerima kasih Cik Ash...
Deletebagus info ni. saya ada anak 5 tahun. dah kena alert kalau ada gigi yang longgar.
ReplyDeleteTerima kasih sis... Alert jangan sampai tertelan gigi juga tau... hihi
Deleteharap2 dah sembuh demamnya.
ReplyDeleteSudah sembuh pak cik... lama juga demamnya masa tu..
DeleteAnak Sha pun jadi juga.. Gigi susu tak jatuh lagi, gigi kekal dah keluar.. mula-mula itu risau juga.. Tapi bila dapatkan nasihat doktor dan tengok perkembangan gigi semua okay.. dah tak risau dah.. hehehe
ReplyDeleteYela.. risau takut gigi anak ada masalahkan...
Deletegigi sakit wey
ReplyDeleteSakit gigi memang menyeksakan..
Delete