Monday, October 09, 2017

Blogger menjual diri untuk berjaya

Blogger menjual diri untuk berjaya| Jangan ada yang memandang entri ini melalui pandangan negatif. Nanti saya rotan 2 kali. Sebenarnya beberapa hari lepas saya ada terbaca entri berkenaan menjual diri pada entri Atiehilmi.com. Entri berkenaan PLATFORM UNTUK BLOGGER DAPATKAN DUIT POKET MELALUI REVIEW. Pada saat ini pula saya hanya ingin menulis sesuatu tanpa perlu berfikir banyak memandangkan dalam masa yang sama sedang menunggu sampel darah dan air kencing saya selesai di analisis. Bukan sampel saya tetapi sampel yang dihantar kepada kami. Oleh itu, setelah selesai blogwalking blog rakan blogger yang lain, kini tiba saya pula menyiapkan satu entri pada hari ini.

upah blogger, perkhidmatan blogger, self-marketing

Kenapa perlu menggunakan perkhidmatan blogger?

Menjual diri untuk berjaya dalam konteks seorang blogger adalah memasarkan diri sendiri kepada bakal pelanggan. Terma pelanggan pula adalah terdiri daripada pemilik produk kosmetik, produk-produk lain, penyedia perkhidmatan atau apa-apa jenis perniagaan sekalipun yang mahu menggunakan seorang blogger sebagai medium pemasaran produknya. Seorang blogger ibarat orang tengah yang menghubungkan antara penjual kepada pembeli dan pembeli kepada sesuatu produk. Medium pemasaran sedia ada yang lain seperti televisyen, poster, iklan tepi jalan yang besar mempunyai impak yang tersendiri. Begitu juga halnya medium blog. Terdapat beberapa kelebihan sekiranya pemilik produk mengupah seorang blogger bagi tujuan pemasaran produk mereka.

Kelebihan menggunakan blogger untuk pemasaran





Antara kelebihan yang jelas adalah memanfaatkan engagement sedia ada antara blogger dan followers. Pada setiap post yang dibuat oleh seorang blogger walau di manapun platform sosialnya, pastinya dapat dilihat oleh followers, rakan, keluarga dan stalker juga. Oleh sebab itu, jarang benar kita lihat seorang lifestyle blogger yang berjaya hanya menggunakan Fake Account sebagai medium cari makannya. Mustahil. Semuanya adalah profil aslinya melainkan blog-blog yang bukan bercirikan lifestyle blog. Oleh itu, seorang blogger tentunya ingin menyerlahkan auranya kepada orang awam bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau berlagak, tetapi ianya sebagai salah satu cara menarik perhatian syarikat perniagaan untuk berkerjasama dengannya. Kadang kala ianya berjalan secara semulajadi manakala ada juga yang memerlukan kerja keras untuk mencapainya. You try it, you earn it.

Kelebihan juga bagi syarikat perniagaan mengupah seorang blogger adalah kerana setiap entri yang telah disiarkan akan kekal selamanya di dalam enjin carian. Maksudnya setiap kali orang lain ingin mengetahui maklumat lanjut berkenaan sesuatu produk yang mungkin telah dilihat sekilas pandang sahaja, terdapat kemungkinan mereka akan mencari maklumat di dalam enjin carian seperti Google dan sebagainya. Berbanding jika syarikat perniagaan membayar iklan sekali siaran di televisyen, harganya mungkin lebih tinggi dan tidak bersifat kekal lama. Anda tahu berapa lama Traveloka menggunakan platform blogger sebagai medium pemasarannya sebelum mengiklankan produk mereka di kaca televisyen? Itu contohnya.


Selain daripada itu juga, tarikan yang ada pada seorang blogger juga akan membantu menarik perhatian pengikutnya untuk mencuba sesuatu yang telah dipromosikan. Ulasan menarik oleh seorang blogger juga kadang kala mampu mempengaruhi orang ramai untuk mengikut saranan seorang blogger terhadap produk, perkhidmatan, destinasi yang terbaik kerana mungkin telah dirasainya sendiri oleh blogger tersebut. Begitulah keberkesanaannya platform blogger kepada syarikat perniagaan.

Ingin mempromosikan produk atau perkhidmatan? Sila hubungi saya dengan klik pautan berikut: https://www.wasap.my/601115694528.

30 comments:

  1. Banyak platform disediakan untuk para blogger menjana main or side income. Bergantung pada tahap kekreativiti masing2 dalam menjual diri mereka. Tepuk dada tanya sendiri orang kata.

    ReplyDelete
  2. Bloggers perlu ada identiti sendiri. Itu yang membuatkan pembaca seronok datang berkunjung. Memasarkan diri untuk product review adalah satu kelebihan tapi pastikan tidak tersasar dari matlamat sebenar blogging.. 😊

    ReplyDelete
  3. kalau produk untuk dipromote oleh blogger berbaloi. Carian untuk selamanya tersimpan. Kalau untuk tv ke, majalah ke, beribu keluar. itu pun ada had masa dan sebagainya kan..

    ReplyDelete
  4. Blog sebagai perantara..blogger yang mengacuankan apa yang mahu dikongsikan..yang penting tulus,lurus dan telus kerana bila mempromosikan apa-apa pun ianya melibatkan banyak pihak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis.. bergantung kepada kemahiran masing-masing...

      Delete
  5. Good sharing, suka Kak Sue baca entri nie.. :)

    ReplyDelete
  6. eh !! nama kite disitu.. hahaha~ jual diri !! jual diri !! tapi jangan berani buang harga.. ternganga nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi kredit sebab ambil idea orang... haha...

      Delete
  7. memang bagus guna blog ni, apatah lagi blogger dengan nama besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sis.. sama-sama kita menuju ke nama besar...

      Delete
  8. bagus sebenarnya guna platform blog ni

    ReplyDelete
  9. Saspen juga kalau menjual diri..

    Saya setuju sangat blogger pengiklan yang hebat..

    Dengan mutu penulisan yang baik begini..

    Saya akui berbaloi menggunakan perkhidmatan blogger bicara lelaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak laku bro kalau nak jual diri betul-betul... hihi... InsyaAllah tuan Hanafi juga tidak kurang hebatnya...

      Delete
  10. bagus idea menjual diri tu, memperkenalkan diri pada orang lain akan dapat menjana income dalam berblog. blogger dapat mengulas tentang sesuatu produk itu dengan lebih terperinci dan berkesan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sis.. nak jual diri tu kena bersaing dengan blogger lain secara sihat...

      Delete
  11. ingat jual diri macam manalah tu..hehehe... betul tu..gunalah blogger untuk memasarkan produk..memang terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... kasi suspen sikit tajuk tu sekali-sekala...

      Delete
  12. Perkongsian yang menarik.. Jual jangan tak jual.. hehehe

    ReplyDelete
  13. sangat bagus untuk marketing dalam jangka masa panjang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis... artikel bertahan lama selagi Google masih wujud...

      Delete
  14. entri bagus. tetiba sampai ke sini..

    ReplyDelete
  15. nice sharing.
    until now, aida dpt few small offers je.
    ari tu try to commit kan diri. tak dpt nak buat.
    so, letgo. and pastu offers tak dtg da...
    but rezeki Allah tu luas. nanti pasni ada la kot hi hi hi (harapan....).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada masalah, InsyaAllah ada rezeki nanti..

      Delete