Tuesday, October 24, 2017

Budak lelaki paling hensem di sekolah

Budak lelaki paling hensem di sekolah| Sebut sahaja budak lelaki paling kacak di sekolah, tentu menjadi rebutan dan bualan remaja perempuan. Di kolej agak sukar meraih gelaran lelaki paling hensem jika kapasiti pelajarnya terlalu ramai memandangkan terlalu ramai lelaki hensem. Wah! Mulalah lelaki perasan. Jika saya ditanya berkenaan lelaki paling hensem dalam Malaysia tentunya saya sukar untuk bercakap mengenainya berbanding apabila seorang wanita berbicara mengenainya.

Budak lelaki paling hensem di sekolah, budak lelaki paling kacak

Menjadi trend di kalangan remaja, kehenseman dan kecantikkan menjadi standard asas untuk menarik perhatian perempuan atau menarik perhatian lelaki lain. Kecerdikkan bukan keutamaan utama pada peringkat ini. Seseorang yang memiliki raut wajah seperti Lee Min Ho atau dianugerahi paras menawan seperti Kareena Kapoor tentunya sentiasa membuatkan pandangan pelajar lain sentiasa tertumpu kepadanya. Ibarat pandangan pertama sudah boleh jatuh hati, maka berpautlah ikatan cinta remaja yang disebut cinta monyet.

Namun menjadi kerisauan para ibu bapa kini memandangkan terlalu banyak kes anak perempuan lari mengikut kekasih. Oleh kerana itu pastinya halangan demi halangan yang diterima oleh remaja perempuan membuatkan mereka rasa terkongkong dan pergaulan disekat. Saya suka jika artikel ini dibaca oleh remaja yang ada diluar sana. Peringatan ini juga adalah untuk anak-anak saya. Mengapa remaja perempuan perlu berhati-hati jika ingin menjalinkan hubungan cinta dengan budak lelaki paling hensem pada peringkat sekolah menengah?. Atau juga menjalinkan hubungan cinta dengan budak perempuan paling menawan di waktu sekolah?


Sebelum itu, eloklah kita lihat dulu apakah ciri-ciri lelaki paling hensem di sekolah. Jika dahulu anda ada mempunyai salah satu ciri-ciri tersebut, anda layak digelar lelaki hensem di sekolah.

  1. Sentiasa mendapat perhatian pelajar perempuan
  2. Mendapat surat cinta daripada orang yang tidak dikenali
  3. Menjadi pilihan adik angkat kepada pelajar senior perempuan
  4. Mempunyai follower yang ramai di media sosial
  5. Sentiasa menjadi punca pergaduhan pelajar perempuan

Jika seorang lelaki memiliki 5 ciri-ciri di atas, beliau sangat hebat. Namun sebagai peringatan kepada remaja perempuan yang masih baru dalam kehidupan. Ada beberapa perkara realiti kehidupan pada peringkat remaja dan pada masa hadapan yang perlu mereka sedari.

  1. Budak lelaki hensem yang dipuja mungkin bukan suami yang baik
  2. Budak lelaki hensem yang disebut selalu mungkin tidak mampu menjaga kamu dengan baik.
  3. Budak lelaki hensem yang diidamkan itu, mungkin milik orang lain kelak.

Memberi sepenuh perhatian kepada pelajaran dan mendapat keputusan yang baik dalam pepriksaan akan menjadikan nilai individu itu semakin tinggi, mempunyai budi pekerti yang baik sangat didambakan oleh masyarakat pada masa ini dan menjadi orang berguna pada masa hadapan itu adalah lelaki paling hensem sekali dalam dunia. Baca juga 20 Ciri-ciri lelaki idaman wanita. Wallahualam.

42 comments:

  1. hahaha baca entry ni tingat budak hensem kat sekolah sy dulu. dia ni cindian (cina + india) ramai peminat termsk laa sy. x tgk sehari muram seminggu hahahaha msk form 5 dia sekelas dgn sy. trs bersemangat nak amik spm hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tengok sehari boleh haru biru kan... hihi...

      Delete
  2. Saya popular kat Sekolah bukan kerana hensem tetapi kerana sikap suka bergaul dengan pelajar lain terutama pelajar perempuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro Hanafi orang yang mudah didekati... Mereka senang dengan sikap anda.. Untunglah... hihi

      Delete
  3. Masa sekolah dulu suka gak dgn lelaki ensem hahaha

    ReplyDelete
  4. Masa sekolah inilah jadi isu hangat..abang menengah atas (tingkatan 4 5 6) dok usha adik2 menengah bawah (tingkatan 1 2 3) kadang geli pun ada..ada yang sanggup ponteng kelas..huhuhu..ada yang berjodohan...ada yang tidak..

    ReplyDelete
  5. cari yang hensem. pastu susah nak jaga sebab confirm orangnya ramai peminat..

    ReplyDelete
  6. hahaha teringat zaman sekolah2 dulu. macam2 gelaran untuk lelaki & perempuan.

    ReplyDelete
  7. Teringat juga zaman remaja di see menengah, mestilah yg hensem jadi tumpuan, dah tu ramailah peminatnya, tapi Kita dulu2 kalo minat pun takdelah sampai melampaui batas.
    Jangan budak2 sekarang, maruah pun sanggup digadai demi lelaki pujaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, lepas tu bangga dengan kawan-kawan.. hihi

      Delete
  8. HIii tiba tiba teringat cinta monyet zaman sekolahhh :D..

    ReplyDelete
  9. LELAKI PALING HENSEM N PEREMPUAN PALING JELITA DI SEKOLAH SENTIASA JADI TUMPUAN MATA MEMANDANG

    ReplyDelete
  10. haha..teringat zaman sekolah.kat sekolah mana-mana wajib ada title budak lelaki paling hensem..hihi. tapi realiti budak lelaki paling hensem memang tak dinafikan kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, kira artis lah diaorang tu kat sekolah...

      Delete
  11. Asalam.entry terbaik..banyak hal tentang lelaki dan wanita bagus ni

    ReplyDelete
  12. Entry ni buat teringat zaman masih sekolah dulu hahaha

    ReplyDelete
  13. harap budak2 sekarang pandai jaga diri

    ReplyDelete
  14. tidak semua lelaki hensem tidak baik...hahahhaa

    ReplyDelete
  15. Kalau hensem tapi dumb tak usah pilih.

    ReplyDelete
  16. memang la zaman skolah dulu pun memang usha lelaki jugak tp idok ler serius. sekadar crush je la. budak sekarang dah pikir jinjang pelamin dah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi, budak sekarang dan husband and wife tau...

      Delete
  17. Zaman sekolah saya kurang lelaki hensem.. Ada beberapa org tapi dah ada makwe, hurrrmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena berebut tu kan... mesti sedih lelaki batch sis dengar... hihi

      Delete
  18. Sudah menjadi lumrah manusia suka tgk kecantikan dan kehenseman. Tapi ianya tetap subjektif sebab mungkin cantik di mata kita, tidak di mata lain. hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu GV, first impression pada kecantikan dan hensem, lepas dah kenal hati budi, kadang tak kekal pun...

      Delete
  19. suka tengok je lelaki hensem nak minat tu tidaklah masa sekolah dulu sebab akak kategori tak cantik jadi yg hensem tu tak nampak pun akak hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALhamdulillah, tak cantik pun tetap bersuami kan, ada perempuan sampai dah tua masih belum berjodoh lagi sis...

      Delete
  20. Dulu masa sekolah jadi lelaki tercomot adalah.
    Dahlah comot tak pandai pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la tu Pak Cik... Zaman dulu comot sebab keadaan sekeliling, jalan tanah merah, pergi sekolah jalan kaki, naik basikal...

      Delete
  21. mendapat perhatian perempuan tu betul. haha.

    ReplyDelete