Cara elak anak dirogol dicabul bapa

Cara elak anak dirogol dicabul bapa| Nampak kasar pada tajuk entri ini tetapi inilah realiti yang sedang berlaku pada zaman ini. Anak dirogol bapa kandung, anak bawah umur dirogol bapa tiri, anak dirogol bapa tiri. Semuanya jelas telah berlaku dan mungkin berlaku lagi pada masa hadapan. Tips elak anak jadi mangsa rogol ini sangat praktikal diamalkan. Bukan tidak percaya pada bapa sendiri tetapi waspada itu mengelakkan masa depan anak gadis menjadi gelap.

Cara elak anak dirogol, dicabul bapa, gadis dirogol bapa kandung, rogol

Beberapa situasi seperti dinyatakan dalam entri ini amat sesuai diambil perhatian oleh ibu atau penjaga perempuan kepada anak gadis. Apabila berlakunya kes anak gadis dirogol dan sebagainya, ia mungkin kes terpencil kata "mereka" tetapi kesan daripada perbuatan terkutuk seorang ayah akan mendatangkan kesan jangka panjang kepada keluarga secara umumnya. Secara spesifiknya, apa akan berlaku kepada anak gadis setelah dirogol oleh orang yang selayaknya menjadi pelindung kepada seorang anak.


Kesan anak dirogol bapa

Jika kita melihat terhadap kes yang telah berlaku, tentunya si bapa yang merogol anak akan dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara dan sebatan. Ya, itu yang diterima oleh perogol. Selepas dipenjarakan, tiada apa lagi yang perlu dia risaukan kerana makan dan tidur ditanggung serta menjalani kehidupan sebagai seorang banduan. Apa pula berlaku kepada mangsa yang telah dirogol? Kesan kes rogol kepada keluarga pula?

Anak hilang kasih sayang seorang bapa. Tentu sekali. Saat orang lain sedang bergembira bersama keluarga, wujud kekurangan dalam hati kecil seorang anak mangsa rogol. "Di manakah bapa aku saat ini?" Setiap manusia mempunyai sifat cemburu. Malahan binatang juga memiliki sifat yang sama. Perasaan yang bergelora dalam diri anak mangsa dirogol akan menjuruskan beberapa keadaan lain.

  1. Pertama adalah dendam. Pasti. Walaupun bukan kemahuan mereka untuk menderhaka, tetapi itulah yang berlaku dalam diri seorang anak. Perbuatan ayah akan diingati kerana sukar membuang memori lama apatah lagi menyakitkan hati.
  2. Keduanya adalah wujudkan sikap memberontak dalam diri anak. Kepercayaannya kepada pelindung keluarga sudah pudar. Rumah bukan tempat yang selamat. Perasaan hormatnya kepada ibu dan ayah akan terhakis. Pada masa ini, pentingnya ibu mendampingi anak mangsa rogol agar tidak bergerak ke landasan yang salah.
  3. Ketiganya adalah pasti, seorang anak akan mengalami masalah psikologi berkaitan kemurungan, rasa takut, tekanan dan sebagainya. Setiap hari perlu melalui jelingan orang di sekeliling. Wujud perasaan curiga terhadap pandangan orang lain. Rasa terhina dengan kejadian yang berlaku membuatkan si anak ingin lari daripada dunia yang nyata.


Cara elak anak menjadi mangsa rogol

Beberapa kaedah yang dinyatakan di sini boleh diamalkan mengikut kesesuaian keadaan. Tips ini adalah panduan kepada orang perempuan yang paling rapat dengan anak gadis seperti ibu, nenek atau mak cik. Hal ini kerana persamaan jantina itu lebih mudah untuk mendekati dan menyelami hati seorang anak perempuan.

  1. Bataskan hubungan antara bapa dengan anak. Maksud membataskan bukan bermakna perlu menjauhkan anak perempuan dengan bapa. Dalam beberapa situasi, elakkan terjadinya sentuhan antara bapa dan anak apabila tiba masa unur yang sesuai seperti memandikan anak atau memakaikan baju dan seumpamanya. Dalam keadaan organ sulit mampu dilihat oleh orang lain, jantina sesama jenis perlu mengambil alih. Ingat! Perkara besar bermula daripada perkara kecil.
  2. Awasi keadaan berdua-duaan bersama bapa. Semakin kerap ditinggalkan bersendirian, semakin menjadi-jadi nafsu menghasut. Segelintir bapa berpotensi menjadi haruan. Haruan makan anak dan bukan semua bapa sanggup menjadi seperti haruan.
  3. Sentiasa berkomunikasi dengan anak. Jangan dibiarkan anak gadis menjalani hidup sendiri. Keluar masuk rumah tanpa ditanya. Ibu juga keluar masuk rumah tanpa menyapa anak. Nanti tidak tahu apa yang telah berlaku di dalam rumah. Terdapat kes di mana setelah beberapa kali kejadian berlaku barulah si ibu mendapat tahu akibat sikap mendiamkan diri anak.
  4. Kesan perubahan perilaku anak. Mungkin kejadian bermula pada peringkat sentuhan sahaja dan belum terjadinya kejadian rogol pada anak. Oleh itu, amat penting bagi ibu, nenek dan seumpamanya mengesan perubahan tingkah laku anak gadis. Langkah pencegahan boleh dilakukan sebelum kejadian rogol berlaku.
  5. Perbincangan secara tertutup bersama anak. Terangkan kepada anak gadis berkenaan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Seisi nasihat ini akan meningkatkan hubungan antara anak dan ibu. Semakin rapat semakin mudah untuk si anak membuka mulut untuk menceritakan apa yang berlaku. Beri pendidikan kepada mereka. Walaupun di sekolah mungkin telah diajar oleh guru sekolah, pendidikan secara langsung oleh ibu bapa akan meninggalkan kesan mendalam kepada pemahaman anak gadis.
  6. Waspada kepada tingkah laku suami. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Begitu juga hanya isteri yang mengenal suaminya. Potensi seorang perogol pada lelaki sukar untuk ditemukan. Namun begitu, setiap perbuatan salah akan tetap dapat dihidu. Ambil perhatian kepada perkara yang dirasakan janggal dan pelik pada suami.
  7. Selesai masalah dalam keluarga. Keluarga yang harmoni biasanya terhindar daripada terlibat dalam kes sebegini. Penceraian, pergaduhan, keretakan rumahtangga adalah punca awal yang dikesan mampu menjuruskan keadaan ini. Bina keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga akan memberi kesan positif kepada masalah sosial dalam rumah.

24 Comments

tq perkongsian yang sangat bagus. ya mana yang kita boleh buat kita buat, agar sesuatu yang tak diingini tidak berlaku

Sama-sama sis... Betul tu, usaha perlu ada... dah takdir nak buat camne kan...

Nauzubillahiminzalik.. takut betul zaman sekarang nie kan..

Nice sharing. Benda-benda macama ni walaupun kita tak rasa akan terjadi tapi mencegah lebih baik.

Sebagai ingatan untuk diri sendiri ni, sebagai bapa yang ada anak perempuan, kena tahu.

We alaulun dgn bapa sendiri tetapi seharusnya bataa pergaulan perlu dijaga.. risau betul dgn zaman skrg ni

terkejut dgn kes bapa yg merogol n meliwat anaknya sendiri di Putrajaya lalu.

Memang menakutkan betul baca tajuk, tapi itulah hakikatnya. ia wujud. tak sanggup nak baca kisah kezaliman bapak2 yg bersikap binatang ni. Sepatutnya bapa tu lah tempat anak berlindung, mendapat kasih syg, tp ini tidak dah. pada sape agaknya tempat anak tu nak bergantung? sian anak tu. hmm.. Sad reality

Betul tu Kak Sue, apatah lagi kita ada anak-anak kan...

Betul tu bang, kita takut benda yang tak dijangka akan berlaku dan sebagai peringatan untuk diri sendiri juga...

Ya, batas pergaulan memang telah digariskan dalam agama... sebagai bapa juga saya perlu ambil tahu dan belajar juga...

Even kat Mekah lagi boleh dirogol kan bang...

Betul tu Nad, sama-sama kita menjaga keluarga dan menyebarkan kepada masyarakat...

kalu dulu jrg2 kita dgr kes sebegini tp hari ini boleh katakan setiap mggu ada je kes sebegini. apa2 pun PENDIDIKAN AGAMAlah pendinding kpd masalah ini. ibu / bapa sblm berkahwin lengkapkn diri dgn ilmu agama. bila lahir anak2, bekalkan mereka jg dgn agama selain pendidikan2 lain.

kesimpulannya, dunia akhir zaman,, yang gejala pelik-pelik ni makin berleluasa, asyik si ayah masuk penjaran kena hukum, makan minum dijaga pula..

mudah-mudahan kita dijauhi daripada perkara yang terkutuk macam ni.. :(

bukan biasa2 isu ni. patut diketngahkan bagi elak isu macam ni timbul

Betul tu Anies, sekarang ni boleh kata kerap... takut juga kan...

Betul tu sis... tanggungjawab entah kemana...

Itu pun kalau menteri tak busy nak bawa hal ni... hihi

aida sgt amik berat semua tips di atas.
having 2 gojes daughters memang buat aida x senang hati if mereka jauh dari aida.
sentiasa berdoa agar Allah permudahkan urusan anak2 aida dan dijauhi la dari apa jua perkara yang merosakkan :) aminnn...

Jaga anak perempuan ni susah tau... InsyaAllah sama-sama kita berdoa...

bila nafsu menguasai diri. padahal ank sendiri tu kan? nafsu tk berlapikkan agama memang akan menjeratkan diri ke neraka.

Itulah Mek... nafsu mengawal akal...

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati dan sebagainya yang secara jelas menyalahi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] - SKMM.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi.

Don't hesitate to contact me at azlan7783@gmail.com for any review, advertorial or anything else.
EmoticonEmoticon