Cara mengatasi masalah susah tidur (Insomnia)

Cara mengatasi masalah susah tidur (Insomnia)| Masalah sukar tidur malam hari sangat berkait dengan sejenis penyakit yang disebut Insomnia. Keadaan susah tidur malam boleh membawa mudarat kepada kesihatan seseorang sekiranya perkara ini berlarutan saban hari tanpa diatasi. Tempoh waktu tidur yang disarankan adalah berbeza mengikut kesesuaian umur kedewasaan seorang manusia.

Cara mengatasi susah tidur (Insomnia), masalah sukar tidur

Apabila membicarakan berkenaan susah tidur malam, ianya pasti berkaitan dengan kualiti hidup individu. Pengurusan masa, gaya hidup, amalan pemakanan dan tahap kesihatan individu tersebut. Keadaan tidak mendapat tempoh tidur secukupnya secara tidak konsisten atau berkala kerana tuntutan kerjaya, percutian keluarga dan sebagainya boleh dikira bukan simptom insomnia atau penyakit susah tidur. Namun jika perkara ini berlaku pada setiap hari, sesuatu perlu dilakukan dengan cara mengatasi penyakit susah tidur yang betul agar seseorang mampu meningkat tahap kesihatan tubuh badan yang lebih ampuh.

Tempoh waktu tidur yang disarankan bagi individu boleh anda lihat seperti dalam jadual:

Usia Tempoh Waktu Tidur
0-3 bulan 14-17 jam per hari
4-11 bulan 12-15 jam per hari
1-2 tahun 11-14 jam per hari
3-5 tahun 10-13 jam per hari
6-13 tahun 9-11 jam per hari
14-17 tahun 8-10 jam per hari
18-25 tahun 7-9 jam per hari
26-64 tahun 7-9 jam per hari
65 tahun ke atas7-8 jam per hari

Beberapa cadangan mengatasi penyakit susah tidur malam adalah seperti yang dinyatakan di bawah:



  1. Ubah jadual rutin seharian - Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah tukar jadual rutin seharian. Jika kerap tidur waktu siang, maka cuba tetapkan waktu tidur hanya pada waktu malam sahaja kecuali anda bekerja secara shift.
  2. Mengelakkan minum minuman berkafein sebelum tidur - Sebelum tidur adalah waktu kritikal pagi penggemar minuman berkafein. Mengambil kopi untuk belajar tetapi hasilnya waktu tidur tidak mencukupi akan membuatkan kesihatan semakin menurun.
  3. Mengosongkan fikiran sebelum tidur - Tips yang sangat popular adalah mengira jumlah kambing biri-biri dalam fikiran. Jika anda kerap mengambil masa untuk berfikir semasa berada di katil akan membuatkan anda sukar untuk melelapkan mata.
  4. Elakkan tidur berlebihan pada siang hari - Point No 4 berkaitan dengan point No 1. Jika anda memerlukan tidur pada waktu siang, ambil masa tidur yang singkat sahaja dan tidak berlebihan. Cukup sekadar 10-15 minit sahaja sebelum menyambung kembali tugas.
  5. Melakukan aktiviti senaman - Menjalankan aktiviti senaman yang menyihatkan tubuh badan akan memudahkan anda tidur pada malam hari akibat keletihan dan badan memerlukan rehat. Jika setiap hari anda melakukan aktiviti berat pada siang hari, ianya sangat memudahkan mendapat tidur yang cepat pada malam hari.
  6. Mengelakkan tidur dalam keadaan bergajet - Gajet juga akan melambatkan proses untuk tidur. Jadi jauhi gajet jika anda benar-benar perlukan tidur yang secukupnya.
  7. Ubah gaya hidup - Kurangkan keluar pada malam hari, dengan kata lain, kurangkan aktiviti pada malam hari di luar rumah. Jika anda mencari rezeki pada malam hari, pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya pada waktu siang.
  8. Dapatkan nasihat doktor - Jika masalah berlarutan dan tidak berjaya, maka doktor akan menjalankan pemeriksaan dan pengambilan ubat tidur mungkin diperlukan oleh anda.

Untuk mengatasi penyakit susah tidur perlu dibuat dengan disiplin diri yang tinggi pada peringkat permulaan. Setiap individu terlibat perlu memastikan setiap langkah-langkah mengatasi insomnia dilakukan dengan azam yang tinggi supaya kaedah disebutkan lebih berkesan mengubati penyakit sukar tidur. Gaya hidup yang sihat akan mempengaruhi daya fikiran seseorang dalam membentuk mental lebih positif, sihat dan segar. Apa yang lebih penting adalah mengatasi masalah susah tidur malam mampu mengurangkan potensi risiko penyakit yang lain seperti serangan jantung. Wallahualam.

28 Comments

Husniey selalu je insomnia, baru baru ni ada try minum fresh milk dengan madu.. Alhamdulilah menjadi, rasa selesa nak tidur..cepat mengantuk.. Puncanya pada masalah ni tak boleh banyak fikir sebelum tidur 😂

ada kala teh pn buat kite ssh nk tido mlm

Good info. Kalau ada masalah tidur, boleh cuba amalkan suplemen kalsium berkualiti juga. Sebab ada kajian membuktikan kaitan kalsium dengan tidur yang berkualiti. :)

Kalau memandu malam kena cari kopi supaya tak mengantuk

CCL seorang yang insommia , masalah nak tidur tue susah betul

Akk kalo penat waktu siang, in shaa Allah mlm,takde susah pun nak tido, masalahnya kalo cuti sabtu ahad, urusan rumah pun takdelah penat sangat so mlm mulalah susah nak tido, apapun akk disiplinkan masuk tido kul 11, bangun seawal jam 4 pagi, tido siang dlm 1/2 sudah memadai.

Kalau ada masalah dan banyak fikir memang tak dapat tidur...Untuk atasi benda cam ni, miss tins pegi jogging sebelah petang, bila malam badan dah penat jadi senang lah tidur...

Bagus petua tu, maybe dapat diamalkan oleh pesakit insomnia lain.. lain kali jangan banyak fikir ya..

Oh teh saya tidak tahu, maybe betul apa yang Anies cakap tu...

Ai kekurangan 2-4 jam waktu tidur dalam sehari.. patut lah hari-hari lesu je rasa..

Pernah kena insomnia ni juga. Selalu sebab terbebab dengan kerja yang sangat banyak sampai terpikir2 sebelum tido. Akhirnya susah nak tido. Minum susu suam pun tak jadi apa. Seksa lah juga sebab effect mood kita keesokan harinya.

Nice info sis... Kalsium penting untuk tubuh...

Samalah kita pak cik... kalau tak pun Redbull...

Lebih-lebih ada anak kecik kan, sentiasa terjaga je...

Bagus tu sis... disiplin tu yang susah nak buat tu...

Bagus tips Miss Tins tu, kalau badan letih memang cepat tidur, tambahan lagi, aktiviti menyihatkan badan tu...

Susah nak dapat cukup tidur kan Ai... Saya pula selalu 5 jam sehari je... hari-hari lesu...

Sis Ana banyak fikir sebelum ni... sekarang dah freelance mesti best... dapat luang masa dengan anak lebih kan...

Sis akan dapat penyakit susah tidur bila ada masalah, stress kerja atau migraine.. Selain dari itu, alhamdulillah..

Ya sis, stress adalah salah satu punca juga kan...

mek akan betul betul pastikan yang mek memang aktif waktu siang, waktu kerja supaya bila lepas isyak je mek boleh tidur :) dan mek memang tak de masalah bab tidur :)

Bagus tips mek tu... boleh diikuti...

biasanya memang elak tidur siang tu sebab takut malam tak boleh nak tidur.

Nak tidur boleh... setakat 10-15 minit je pada waktu tengahari...

GV rasa GV kadang ada masalah tidur malam. Bila siang bukan main mengantuk lagi. Tapi maybe sebab faktor berat badan naik mendadak kut. huhu. Cmner pun, tips kat atas GV cuba follow nanti. Good info Mr Noor Azlan. :D

Kena jaga badan GV, jangan mendadak sangat naik berat tu...

nasib tidur cukup.Ehehehe.. tapi itulah.Kerap tido lambat.Sementara nak melayan yg sulong ni tido,amik masa sejam

Ibu memang begitu kot.. Kalau saya bila dah lelap, esok pagi baru sedar...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon