HASRULHASSAN.COM: Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017

HASRULHASSAN.COM: Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017| Segmen bloglist akhir tahun 2017 dianjurkan oleh bro Hasrul Hassan melalui blog beliau HASRULHASSAN.COM. Bro Hasrul Hassan adalah seorang blogger otai di Malaysia.Oleh itu, peluang menyertai Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017 tidak mungkin saya lepaskan. Syarat-syarat yang diperlukan juga tidak sukar untuk dipenuhi seperti apa yang saya catatkan di bawah ini.

Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM

BILALELAKIBERBICARA.COM

Blog BILA LELAKI BERBICARA adalah blog pertama saya dalam dunia blogging. Pada asalnya ianya adalah blog diwujudkan hanya untuk suka-suka mengikut orang lain. Orang lain ada blog, saya juga berminat membuat blog. Semakin masa berlalu, kewujudan blog BILALELAKIBERBICARA.COM adalah bertujuan berkongsi ilmu sekerat yang ada melalui pengalaman, pembacaan atau kisah orang lain. Ianya diterjemahkan dalam bentuk teks untuk panduan dan manfaat kepada orang lain. Blog ini boleh dikatakan rojak yang menghimpunkan pelbagai "niche" dan tidak spesifik kepada satu topik sahaja. Secara keseluruhan ianya boleh digambarkan sebagai blog peribadi untuk berkongsi informasi berkaitan blogging, isu lelaki-perempuan, hubungan rumahtangga, panduan parenting, isu kerjaya, info kesihatan, review produk selain tips perniagaan.

Objektif blog saya telah berubah mengikut peredaran masa. Saya mahu menjadikan blog saya ini memberi inspirasi kepada orang ramai melalui entri-entri saya. Sesuatu yang boleh dimanfaatkan dalam urusan harian. Sesuatu yang boleh diambil ikhtibar dan pengajaran. Kesilapan yang telah saya lakukan dalam dunia, jangan pernah dilakukan oleh orang lain agar masyarakat yang wujud pada masa hadapan lebih berilmu, lebih berakhlak dan lebih berdaya saing hasil satu dua kata daripada entri-entri saya.

Harapan saya menyertai segmen bro Hasrul Hassan adalah untuk mendapatkan "connection" seluas mungkin dengan blogger-blogger yang ada di negara ini. Selain itu juga, saya juga mahu memperkenalkan blog saya melalui medium ini agar ianya lebih dikenali dan meningkatkan engagement antara blogger-blogger sedia ada dan baru seperti HASRULHASSAN.COM.


HASRULHASSAN.COM

Saya mengenali blog HASRULHASSAN.COM melalui perkongsian blogger dalam entri mereka. Seingat saya, saya ada terbaca berkenaan Top Blog dalam Malaysia. Kemudian melalui enjin carian, saya mengenali blog beliau. Terlalu banyak maklumat yang sangat berguna kepada saya sebagai seorang blogger. Bertepatan dengan usia beliau yang lebih tua daripada saya, saya menganggap entri-entri beliau sebagai nasihat seorang yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan kepada orang baru dalam dunia blogging seperti saya. Beliau layak dipanggil sifu.

Saya juga baru mengenali bro Hasrul Hassan di laman sosial Facebook. Saya menganggap beliau adalah "abang" yang mampu memberi nasihat dan panduan secara tidak langsung melalui post-post dalam Facebook beliau. Pesanan orang lebih tua biasanya sangat berguna kepada orang muda macam saya.

44 Comments

wow...HH buat segmen...harus join ni..all the best

Selamat bersegmen ya Bro NA..banyak ilmu yang boleh di praktikkan melalui blog Sifu HH sebenarnya.PC sendiri pun dapat banyak tips daripada blog sifu HH.

selamat bersegmen,..dah join jugak..hihi

Macam nak join je ni. hihi. ayat akhir tahun tu buatkan diri rasa tua la pulak. btw good luck!

saya suka objektif blog tuan sekarang. tuan nak jadikan blog tuan tempat inspirasi orang ramai. yes, something yang dimanfaatkan kami.

Kan lan. Time taip entry tu dlm ht cm mne la nk inspire org mlalui tulisan. InsyaAllah org dpt fhm dn mnjdi pedoman juga 🙂

selamat bersegmen en azlan , bukan senang nak tengok en azlan join segmen ni .good luck

Betul tu sis... menjadi tempat rujukan kat sana kan...

Terima kasih sis... good job...

Betul tu, kena banyak hati2 dalam menulis...

Haha... Bukan tak nak join CCL, kadang2 bila pakai phone semput sikit nak join segmen...

selamat bersegmen!

Job berbayar untuk blogger di sini http://www.maisarahsidi.com/2017/08/jom-jana-pendapatan-dalam-usd-dengan-Sushivid.html

Selamat bersegmen tuan.

Tuan HH memang salah seorang sifu dlm dunia blog. Beliau tak lokek ilmu. Selalu kongsi info dengan semua.

Terima kasih sis.. Betul tu sis, saya setuju..

Selamat bersegmen.
Semoga tersenarai :-)

Alhamdulillah, moga nanti tercapai impian. Berblog suka-suka pun kena juga bersungguh terutama apbila dah ada pembaca setia. Terima kasih kerana sudi baca blog saya, dan gelarkan saya sebagai sifu.

Blog sudah saya senaraikan dalam bloglist. Terima kasih sekali lagi.

Terima kasih sis... Amin...

Alhamdulillah rezeki... Terima kasih bro Hasrul Hassan. InsyaAllah terima kasih dengan nasihat abang...

Join juga segmen ni :)

www.azhafizah.com/2017/10/segmen-bloglist-akhir-tahun-2017-hasrulhassan-com.html

selamat bersegmen.. all the best NA

Selamat bersegmen
semoga tersenrai.

Tahniah bro kerana mempunyai visi dam misi dalam dunia blogging..

Saya Sendiri akui bukan mudah untuk menulis seperti bro..

Keep it blogging

Dah tersasul menulis begini.. jadi teruskan sahaja... mungkin ada hikmah... untuk manfaat bersama..hihi...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon