Jangan sampai macam tu cikgu!

Jangan sampai macam tu cikgu!| Peranan cikgu adalah mendidik. Kecemerlangan seorang guru berpandukan prestasi pelajar di dalam kelas melalui ujian dan peperiksaan. Namun cikgu juga dikehendaki mencapai sasaran Key Performence Indicators (KPI) atau dalam Bahasa Melayunya diterjemahkan sebagai Petunjuk Prestasi Utama yang cemerlang sebagai ukuran yang digunapakai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ianya benar dan dipersetujui. Namun wajarkah sekiranya cikgu menggunakan alasan di atas untuk mendesak, mengugut dan menghina ibu bapa supaya sasarannya tercapai?

Noor Azlan dan Rania, bilalelakiberbicara.com, kisah cikgu dan murid

Saya tidak menafikan peranan guru dalam mendidik anak bangsa. Saya juga sangat berterima kasih kepada bekas guru yang menjadikan saya seperti sekarang. Kegagalan saya adalah kelemahan saya sendiri dan kejayaan saya adalah atas jasa guru-guru yang pernah mendidik saya dahulu. Saya kongsikan kisah ini sebagai satu pengajaran untuk kita buka mata bersama, mencari penyelesaian dan mencapai objektif pendidikan negara yang tepat.

Saya sempat berbual bersama satu pasangan suami isteri penjual burger di kawasan perumahan. Maklumlah saya kan peramah. Haha. Bosan kalau menunggu sahaja. Disapanya penjual burger suami isteri. Dari satu topik ke satu topik sambil si suami menterbalikkan daging-daging burger di atas kuali khas burger. Apabila sampai pada satu topik, kenyataan yang dibuat oleh pasangan ini sangat menarik perhatian saya. Saya tidak setuju apa yang dilakukan oleh guru kepada anak pasangan ini.

"Cikgu di sekolah cakap anak saya lembab, kalau tak pandai juga, anak saya akan dimasukkan ke Kelas Pemulihan Khas". Suami menyambung perbualan sejak tadi. 

Si isteri menambah "Patut ke cikgu cakap macam tu?". 

Apa yang diperkatakan oleh pasangan ini ada benarnya. Namun begitu, saya juga tidak mengetahui kisah daripada sebelah pihak yang lain. Jadi saya tidak mahu buat kesimpulan terlebih dahulu. Saya dengar lagi.

"Anak encik kat rumah tak belajar ke? Asyik tengok tv atau main handphone?" Antara dialog cikgu dan suami. 

"Saya tengok prestasi dia makin menurun, kalau tak pandai juga jangan salahkan saya ya" Kata-kata cikgu yang mengguriskan hati pasangan tadi.

Saya mengangguk sahaja. Selepas dia selesai bercerita dan saya tanya mereka. "Berapa umur anak?". Mereka jawab 5 tahun. Saya sahut "5 Tahun?". Anak mereka masuk Pra-Sekolah di sekolah rendah. Mereka rasa "down" dengan kata-kata cikgu tersebut. Saya pun mula berbicara.


Kalau saya berada di tempat abang, saya sudah bangkitkan isu ini ke Mesyuarat PIBG sekolah atau platform lain yang sedia ada. Budak 5 Tahun mahu dipaksa untuk pandai membaca dan mengira. 5 Tahun adalah waktu kanak-kanak bermain, mengolah kreativiti dan mengembangkan sel-sel otak agar berhubung.

Pada pengamatan saya, bagi pelajar kelas 5 Tahun, tahap perkembangan kanak-kanak adalah berbeza. Mereka yang lahir pada awal tahun tidak sama tahap kebolehannya berbanding kanak-kanak yang lahir pada hujung-hujung tahun. Setiap kanak-kanak itu berbeza. Pada usia 5 Tahun sepatutnya tiada KPI wajib dikenakan kepada mereka. Anak saya juga tidak pandai membaca dan mengira pada awal persekolahan dan guru sekolahnya amat memahami serta bijak menangani perkembangan kanak-kanak. Setelah anak saya, Rania cukup 5 Tahun pada bulan 8, barulah terdapat perbezaan. Dia sudah mula membuka buku jika berada rumah. Mula siapkan kerja sekolah dan rajin memegang pensil dan sebagainya. Saya lihat ini sebagai usia yang tepat bagi anak saya dan bukan pada awal tahun persekolahan di mana usianya baru mencapai 4 Tahun lebih sahaja.

Sekiranya pada peringkat awal lagi sudah beritahu anak kita lembab, tanggapan seterusnya pasti lembab lah anak tersebut. Guru tidak perlu menganggap kegagalan salah seorang pelajarnya sebagai pemusnah prestasi kecemerlangannya. Ini adalah cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang guru. Melainkan anak murid tadi sudah berusia 7-8 Tahun atau lebih, jika kurang pandai membaca mungkin terdapat masalah terhadap kanak-kanak tersebut. Jalankan siasatan sama ada terdapat masalah seperti penyakit lembab, autisme dan sebagainya dan bukan menghukum ibu bapa dalam mendidik anak.

Apabila seorang anak sudah melangkaui usia sekolah menengah dan ke atas, masalah prestasi pembelajaran sangat mudah untuk dikenalpasti kerana kegagalan seorang pelajar adalah disebabkan sifat malas belajar atau masalah berkaitan psikologi. Jalankan seisi kaunseling kepada pelajar tersebut. Tetapi bukan untuk kanak-kanak berusia 5 Tahun. Oleh sebab itu, saya nasihatkan kepada pasangan tadi. Jangan cepat mengalah dengan kata-kata cikgu tadi. Yang penting didikan mereka betul. Paling diutamakan adalah tugas ibu bapa mendidik anak supaya tidak terlibat dengan masalah gejala sosial dan hidup biar berakhlak. Orang yang berjaya pada masa hadapan tidak mampu kita ramalkan. Wallahualam.

32 Comments

Kebanyakkan kawan-kawan ai yang zaman sekolah rendah dulu slow dalam pembelajaran, berjaya masuk university dan sekarang kerja bagus-bagus.

baru tahun dah dikata lembab aduh cikgu sedihnya...mungkin betullah faktor lahir hujung dan awal tahun itu mempengaruhi juga pembelajaran anak2, macam anak2 saya kedua2 yang lelaki itu lahir bulan 12, mereka dapat lancar membaca pun setelah memasuki usia 6 tahun yakni jika diambilkira dari segi kelahiran baru masuk 5 tahun.

tapi apapun bagi saya cikgu seharusnya seorang yang penyabar dalam mendidik nak pulak mendidik anak2 yang masih kecil 4,5 dan 6 tahun ni kan

setuju sangat ..antara umur 2 - 6 tahun bagi saya.. dunia mereka masih dalam alam bermain.... ke kat sekolah tu dah macam paksa- paksa belajar...

peringkat proses PnP.. kanak-kanak sampai lah hingga sekolah menengah ..amat berbeza.. harap2 mak ayah kanak2 tu tak rasa terkesan lah dengan apa yg cikgu cakap..

sesetengah budak 5 tahun ada yang dah kenal huruf dan ada jugak yang masih tidak kenal.cikgu sepatutnya tidak terus melabel sedemikian. smga anak pasangan tu akan semakin bijak. aminn

memang tak adil pada usia begini cikgu membuat kesimpulan mcm tu, ckp budak lembab dan sebagainya. kadang2 kenangan buruk pada zaman tadika ni lah yang akan bg effect pada pelajaran kanak2 bila dah besar nanti. ]

hope parent dia okay dan tak terkesan dengan kata2 cikgu. huhue.

lahai...cikgu mana yang kata lembab,dia kena belajar kot pendidikan awal kanak-kanak.sebab usia 5 tahun bukanlah usia yang sebenarnya untuk dia membaca dan mengenali huruf secara penuh..bila diasak dengan perkataan lembab,maka akan terus lembab lah anak tu..haishhh....

Mula2 baca dok fikir dah darjah 4,5 ke budakynya, rupanya baru 5 tahun.
Ni dengar ni cikgu tadika veteran nak bercakap,haha..
Baru 5 tahun kot, biasalah budak baru nk kenal Alam persekoahan, bagilah dia rasa seronok nk sekolah dulu, nak berkawan, nnt pelan2 bolehla diajar..

La baru 5 tahun ke budaknya ingatkan dah darjah 5. Memang budak2 ni dia punya kebolehan berbeza. Ada yg fast learner, ada yg slow learner. Even kalau budak tu lambat pickup pun, the teacher shouldn’t say something like that to the parents. Biadab kot, kau sebagai cikgu cuba la yg terbaik nak bagi budak tu pandai. Give him time and slowly budak tu aka dapat tangkap la. Belum apa2 lagi dah label budak tu lembap. I hate this kind of teacher ��

Ya kadang-kadang perlu faham juga keperluan anak-anak. Anak-anak ini masing-masing unik.

spatutnya sbgai guru harus bersikap professional dan cari jalan penyelesaian yg terbaik.. budak2 ni kalau lama2 kita ajar. pasti boleh. otak mereka masih freshh..

Itulah kan, biar lambat asal berjaya tiba ke destinasi... jangan tersungkur di tengah jalan kan...

Itulah... kita tak boleh pukul sama rata je kan..

Setuju tu sis Wani... Yang penting cikgu bagi suggestion ke, beri semangat ke kat ibu bapa...

Betul tu CikRenex... InsyaAllah saya harap nasihat saya kepada mereka dapat menaikkan semangat mereka..

Betul tu Nad, takut budak bawa dendam sampai besar...

Itulah kan... ada budak boleh ikut cara tu, ada budak tak boleh...

Hihi, cikgu veteran kan... setuju tu sis, bagi budak rasa seronok nak ke sekolah, kalau tak asyik ponteng je nanti...

Setuju tu dengan cadangan Syed tu...

Setuju tu sis, setiap anak ada keunikannya...

Betul tu Busyra... mungkin cikgu tu pun tertekan dengan kehendak pengurusan kot...

Setuju dengan NA berkenaan tahap perkembangan anak-anak berbeza ikut bulan kelahiran.

Kita tak boleh samakan mereka yang lahir pada awal tahun cth dibulan Januari dengan mereka yang lahir di bulan Disember walaupun pada tahun yang sama memang terdapat perbezaan. Ini berdasarkan pengalaman sendiri.

Betul tu sis.. memang ada perbezaan kan.. saya pun rasa begitu sebab nampak anak saya punya perkembangan...

setuju. bawah 5 tahun kita tak patut paksa dorang membaca. kita perlu go with the flow. sampai satu masa, mereka sendiri akan rasa nak belajar. time main, biar dorang main puas2. sebab bermain itu sesuatu yg serius bagi kanak2. budak2 kalau tak main, yes, itu yg patut kita rasa pelik.

Mungkin cikgu prasekolah tu cakap berpandukan perbandingan dengan rakan2 sebaya yang lain dalam kelas tu. Cuma mungkin cara penyampaiannya kepada ibu bapa itu yang kurang sesuai.

Betul tu sis, kalau budak-budak tak main memang ada masalah jiwa tu...

Ya, ada kemungkinan juga pak cik... cikgu tu kena belajar PR lagi ni...

Kalaupun dia tak mengenal hurup bukan semudah itu seorang guru menjatuhkan hukum anak itu lembap.. anak itu kecil lagi masih dalam peringkat baru mengenal.. adoilah..saya yang dengar pun terasa hati.. inikan pula ibu bapa anak itu..

Kaedah penyampaian prestasi anak oleh guru perlu cara yang betul... takut ibu bapa tak faham atau salah faham...

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati dan sebagainya yang secara jelas menyalahi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] - SKMM.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi.

Don't hesitate to contact me at azlan7783@gmail.com for any review, advertorial or anything else.
EmoticonEmoticon