Keselamatan anak-anak bersama pembantu rumah

Keselamatan anak-anak bersama pembantu rumah| Masa telah berlalu manakala isu penderaan pembantu rumah sudah reda kembali. Namun tidak mustahil isu penderaan kanak-kanak oleh pembantu rumah terutamanya akan kembali meragut emosi masyarakat pada masa hadapan. Apabila tersebarnya video penderaan kanak-kanak, maka seluruh masyarakat di negara ini akan mengutuk, mencaci, menangis dan tersentuh akibat perbuatan pembantu rumah terhadap kanak-kanak. Jika penderaan mengakibatkan kematian kepada kanak-kanak yang didera, ibu bapa terlibat akan mengalami tekanan, kemurungan dan menyesal seumur hidup kerana tidak mampu melindungi anak tersayang.

Kanak-kanak didera pembantu rumah, anak didera, penderaan kanak-kanak

Benar, takdir adalah takdir tetapi usaha perlu dilakukan untuk melindungi keselamatan anak ketika bersama pembantu rumah dan mengambil tindakan awal dalam menangani isu penderaan bermula di peringkat awal lagi. Bukan semua pembantu rumah sanggup melakukan hal sedemikian rupa tetapi fakta kes yang telah berlaku pada masa lalu menunjukkan bahawa tidak mustahil ianya akan berlaku lagi pada masa hadapan. Bezanya cuma siapa mangsanya dan di mana berlakunya serta mengapa pembantu rumah tergamak melakukan hal sebegitu rupa pada anak kecil yang belum mengerti apa-apa.

Apa tindakan kita sebagai ibu bapa? Masalah pembantu rumah yang mengalami masalah kesihatan mental kadang kala berlindung di sebalik sekeping kertas laporan pemeriksaan kesihatan. Nampak luaran sangat baik budi pekertinya tetapi di belakang anda, mereka melakukan penderaan kepada anak anda yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya untuk menjaganya. Apa yang boleh ibu bapa lakukan untuk mengelakkan perkara buruk berlaku kepada anak atau pun langkah awal sekiranya terdapat tanda-tanda anak anda didera secara fizikal?

Beberapa saranan berikut mungkin membantu ibu bapa untuk dipraktikkan di dalam rumah. Bukan semua pembantu rumah terlibat dalam kes penderaan. Namun ini adalah langkah-langkah meningkatkan tahap keselamatan anak-anak yang ditinggalkan dirumah bersama pembantu rumah. Bersama mencegah jenayah daripada terus berlaku dalam masyarakat kita.

Tindakan awal ibu bapa



Pasang peranti keselamatan seperti kamera tersembungi. Sangat berkesan menggunakan kaedah ini kerana walaupun melibatkan kos tetapi bukti video rakaman sangat membantu dalam membuat pertuduhan atau alasan menghantar kembali pembantu rumah kepada agen. Jangan pula maklumkan kepada pembantu rumah bahawa rumah ini sudah dipasang dengan kamera tersembunyi. Jangan pula memasang kamera tersembunyi pada tempat tidak sepatutnya.

Mengesan tanda-tanda awal penderaan pada anak. Bagaimana untuk mengetahui tanda awal anak pernah didera pembantu rumah?

  • Perkembangan anak yang perlahan daripada sepatutnya. Pada peringkat umur yang sama dengan rakan sebaya, sepatutnya anak sudah mampu menunjukkan kemahiran dan keupayaan tertentu seperti kemampuan petah bercakap atau menunjukkan emosi lebih ceria. Jika kelihatan sedikit janggal pada anak anda, sila berjumpa dengan doktor kanak-kanak untuk kepastian. Mengambil sikap sambil lewa akan memberikan kesan kepada anak pada masa hadapan.
  • Gagal membesar dengan pada kadar normal. Berat tidak naik, tinggi terbantut adalah tanda terdapat masalah pada perkembangan anak anda. Walau pun terdapat kemungkinan bahawa anak anda mengalami masalah kesihatan yang lain, tetapi anak yang tidak mendapat penjagaan yang betul memungkinkan masalah penderaan berlaku terhadap mereka.
  • Anak menunjukkan sikap ketakutan pada orang dewasa. Ibu bapa akan melihat anak menjadi lebih takut dan tidak mahu ditinggalkan kepada pembantu rumah. Pada usia sangat kecil mungkin sudah sikap semulajadi anak akan berpaut pada ibu bapa supaya tidak dilepaskan kepada orang lain, tetapi apabila anak sudah mencapai umur 2 tahun lebih dan ke atas, sikap takut pada orang yang menderanya semakin terserlah.
  • Anak mengalami tanda-tanda masalah mental. Antara tandanya adalah kurang keyakinan diri, kebimbangan, tekanan dan sebagainya.
  • Jika anak sudah bersekolah, berlaku penurunan pada pencapaian akademik di sekolah. Masalah penurunan pencapaian di sekolah pasti terdapat sebab yang perlu ibu bapa ketahui. Mungkin ianya berpunca di rumah dan bukan di sekolah.
  • Terdapat tanda-tanda penderaan secara fizikal pada badan anak. Hal ini sangat mudah dilakukan kerana kesan penderaan boleh dilihat dengan mata dan lakukan pemeriksaan doktor untuk mengetahui keterukan yang dialami oleh anak.

Selain daripada itu, ibu bapa juga perlu melakukan pemeriksaan mengejut sekali sekala di rumah. Jika keduanya berkerja, rancanglah satu hari untuk melakukan kejutan kepada pembantu rumah anda. Kadang kala, tindakan ini lebih berkesan dan mampu membongkar perilaku jahat pembantu rumah pada anak anda.

Anak aset ibu bapa

Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Namun ibu bapa juga bukan manusia yang sempurna. Kesilapan kecil jika tidak dibendung daripada awal mampu memberikan impak yang besar kepada masa hadapan anak-anak. Sebagai ibu bapa, moga artikel ini memberi kesedaran untuk memastikan setiap ibu bapa meningkatkan tahap keselamatan anak-anak di rumah kerana anak adalah aset ibu bapa di dunia dan akhirat. Wallahualam.

16 Comments

memang perlu risau kalau tinggalkan anak dengan pembantu rumah. kena selalu perhatikan tingkahlaku anak dan pembantu rumah agar jika ada masalah biarlah dikesan awal.. tq for sharing

tinggal dengan pengasuh lagi la. kalau kat rumah boleh jugak monitor cctv. kalau rumah orang cam mane nk monitor. paling tidak boleh buat lawatan mengejut je la.

Terima kasih mamapp... Jangan terhatuk baru nak terngadah...

Betul tu, lawatan mengejut juga boleh...

Setuju..apa2 semua takdir tapi perlu juga diusahakan...ibu bapa perlu ada rasa curiga dan rasa sentiasa ingin tahu keadaan anak-anak ketika bersama pengasuh..

Memang tak boleh nak mengharap 100% kepada pembantu rumah untuk menjaga anak-anak kita

kena pasang cctv di umah utk monitor bibik ni. takut dia dera anak kita. bahaya!

Ya sis, itu namanya bersikap waspada...

Betul tu sis, tapi itulah kalau dah terpaksa, kena berhati-hati...

Ya bang, jika sambil lewa takut berlaku macam-macam, menyesal tak guna..

sedih bila nak tinggal anak pergi keje =(

Yela sebagai ibu kan... Kadang-kadang desakan hidup memerlukan perempuan bekerja... InsyaAllah doa yang baik-baik sahaja...

Masa hantar anak-anak kat nursery/pengasuh, seorang ibu dan bapa mesti selalu risau kan. Sebab banyak sangat dengar berita penderaan kanak-kanak yang macam-macam. Semoga anak-anak semua sentiasa dilindungi dari penderaan.

Betul tu sis, moga terhindar perkara itu berlaku pada anak-ank kita....

Sebaiknya better ahli keluarga kita sendiri yang jaga anak kita kan. Rasa lebih selamat dan terjamin ckit. huhu.

Betul tu GV, sebaiknya macam tu lah...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon