Menyepi bila kuota internet habis

Menyepi bila kuota internet habis| Agak lama juga menyepi dalam blog. Komen juga belum sempat balas. Sejak dua minggu lepas, agak sibuk dengan urusan pejabat dan alasan paling tepat adalah kuota internet habis awal sebelum sampai hujung bulan. Sedih dan sadis.

Kuota internet habis, kuota internet, internet data

Awal bulan September banyak sangat kuota digunakan untuk kemaskini blog. Semuanya menggunakan handphone. Tiba tengah bulan nampaknya kuota 3GB++ tidak cukup untuk menampung keperluan semasa. Bila sudah habis kuota internet, hanya laman Facebook sahaja yang dapat buka. Itu pun guna aplikasi FB Lite. Baca update sahaja tapi tidak mampu menjelajah blog rakan-rakan.

Bila seorang blogger tidak ada publish entri blog, tentu alexa ranking akan menurun. Hal ini biasa bagi seorang blogger. Untuk menaikkan alexa ranking blog, publish sebanyak mungkin entri berkualiti yang disukai google. Jika sesekali publish entri tanpa pengisian, adalah perlu bagi saya terutamanya entri bersifat peribadi. Kalau kena dengan keywordnya, meletuplah entri tersebut. 

Pada masa ini juga blog kedua saya iaitu noorazlantumiran.blogspot.com telah beroperasi tetapi masih dalam peringkat awalan. Sukar juga untuk mengemaskini dua blog dengan hanya menggunakan satu otak. Berbelit-belit sel otak mahu mencari idea menulis blog. Namun perkara positifnya akan datang kemudian. Biarkan masa yang akan menentukan. Banyakkan bersabar bila membuat blog.


Alhamdulillah, channel you tube saya juga telah diterima untuk menggabungkan unit iklan Adsense dan video you tube. Mudah-mudahan ianya berjalan dengan lancar. Saya masih terlalu baru dalam bidang video you tube. Jadi upload sahaja video yang ada untuk perkongsian umum. Kalau anda ada kelapangan, boleh lah subscribe di channel you tube saya. Saya sangat berterima kasih.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan blogger yang sentiasa singgah dan meninggalkan komen di blog ini. Buat masa ini saya agak sibuk dengan program jabatan. Oleh itu saya akan membalas kunjungan tuan/puan selepas selesai semua urusan di pejabat. Utamakan kerja hakiki adalah penting bagi seorang kakitangan awam. Berkhidmat untuk rakyat dan negara. Wallahualam.

12 Comments

Kerja hakiki itu yang utama dan perlu diberi tumpuan sewajarnya..in sya Allah rakan-rakan blogger sentiasa beri sokongan.

Biasa la kita ni klundah SYMP. byk keje personal terpaksa tolak ke tepi..hihi.. Btw..trylaa guna webe..unlimited internet..insyaallah xde dah masalah habis data.. :)

Alhamdulillah ketemu youtuber dari malaysia

Masih baru sis, masih bertatih.. InsyaAllah saya akan subscribe channel sis..

Betul tu sis... Sekarang masih lagi survey dan sesuaikan dengan kemampuan kewangan... terima kasih saranannya..

Terima kasih sis... sokongan tu buat blogger mampu bertahan dalam dunia blogger...

Saya pun agak menyepi jugak, hihi.. Takpe kami suma faham... Tahniah En. Lan kerana tersenarai dalam top commentor jurnal saya..

http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/10/top-commentor-september-oktober-2017.html

Eh! samalah kita lately ni Mrs. A pun agak bz di dunia nyata.
Tak dapat nak up-date blog setiap hari.
Setuju 200% dengan NA utamakan kerja hakiki terlebih dahulu.

Mungkin hujung tahun dah sis... banyak kerja-kerja untuk persediaan audit dan sebagainya...

Sis dapat agak mungkin Tn. NA busy atau berada di luar kawasan di mana liputan internet tak memuaskan.. Sekarang tahu mengapa menyepi..

busyra selalu sngt intenet habis.. hahah.. main blog sngt padan muka.. tak smpai tengah bulan.. lepas tu busyra main instagram lagi la kuat kan..

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati dan sebagainya yang secara jelas menyalahi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] - SKMM.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi.

Don't hesitate to contact me at azlan7783@gmail.com for any review, advertorial or anything else.
EmoticonEmoticon