Sukaneka sekolah anak ibu bapa jadi geram| Pernah hadiri sukan atau sukaneka sekolah anak? Pada hujung minggu lalu saya dan isteri bersama anak-anak kami menghadiri Minggu Perpaduan Peringkat Bahagian Sibu, Sarawak dianjurkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Program berlangsung pada 30 September 2017 bertempat di Lakeside Corridor, Taman Permai. Kebetulan pula, jarak rumah dengan lokasi program tidak jauh. Boleh berlari anak jika mahu ke sini.
Program dimulakan dengan seisi Gerak Cergas Perpaduan iaitu lebih kurang macam zumba. Anak-anak dan ibu bapa boleh turut serta. Memang seronok tengok semua yang hadir sangat bersemangat. Tambahan lagi, instruktor senaman pula kelakar. Bersenam sambil tergelak-gelak. Selain daripada itu, turut tersedia Booth Pameran, Perkhidmatan seperti JPAM dan Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) dan gerai jualan.
Selepas berakhirnya acara zumba tadi, acara sukaneka bagi murid Tadika Perpaduan dan ibu bapa diadakan di kawasan padang berhampiran. Cuaca tidak terik pada awalnya. Namun apabila mentari sudah mula menegak, berbelang muka isteri saya. Apabila ibu bapa tengok acara sukaneka anak, memang boleh jadi geram. Geram sebab kita rasa "excited". Menggigil kaki mahu berlari sama. Perasaan lucu dengan telatah budak-budak 5-6 Tahun. Ada yang berlari tertinggal bola macam anak saya. Macam-macam ragam. Namun sokongan daripada ibu bapa yang hadir menjadikan acara sukaneka sangat meriah. Setelah selesai acara bagi kanak-kanak, acara bagi ibu bapa pula mengambil alih. Maklumlah sudah lama tidak bersukaneka. Excited melebihi budak-budak. Menang kalah cerita kemudian.
Dalam masa yang sama, Pertandingan Mewarna turut berlangsung serentak. Naufal dan Rania turut serta. Rania mewarna agak cincai tapi cepat siap. Naufal mewarna agak teliti tetapi lambat. Bila sudah lambat, boleh pula dia menangis. Macam-macam ragam anak. Sambil anak mewarna, hadirin boleh menikmati lagu-lagu yang didendangkan oleh peserta Pertandingan Suara Perpaduan. Seronok juga dengar para peserta menyanyi lagu-lagu lama. Teringat pula pada nyanyian bapa saya.
Demonstrasi Makanan juga turut diadakan bersebelahan dengan lokasi Pertandingan Mewarna. Sambil dengar lagu, bau makanan pula. Memang meriah apabila menyertai program bersama komuniti setempat. Selain daripada itu, Pertandingan Street Soccer turut diadakan di lokasi letak kereta.
Pengakhiran program adalah majlis penutupan yang ditutup tirainya oleh Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak iaitu Michael Tiang. Saya tertarik dengan salah satu baris ucapannya iaitu "Warga semenanjung yang datang ke Sarawak dan bekerja di Sarawak adalah Sarawakian". Kita adalah satu dan kita akan mengekalkan keharmonian dan perpaduan yang ada untuk menjadi contoh kepada negeri lain di Malaysia.
Setelah selesai pemberian hadiah kepada pemenang, seisi cabutan bertuah diadakan dan saya cukup tidak bertuah dalam mana-mana cabutan bertuah. Walau bagaimanapun, saya, isteri dan anak-anak sangat gembira menghadiri program bersama komuniti sehingga apabila sudah sampai rumah, perasaan seronok tadi membuat kami tertidur tanpa berdaya lagi akibat kepenatan. Video acara sukaneka anak boleh ditonton di sini. {Tekan}. Wallahualam.
Setelah selesai pemberian hadiah kepada pemenang, seisi cabutan bertuah diadakan dan saya cukup tidak bertuah dalam mana-mana cabutan bertuah. Walau bagaimanapun, saya, isteri dan anak-anak sangat gembira menghadiri program bersama komuniti sehingga apabila sudah sampai rumah, perasaan seronok tadi membuat kami tertidur tanpa berdaya lagi akibat kepenatan. Video acara sukaneka anak boleh ditonton di sini. {Tekan}. Wallahualam.
Lama tak join sukaneka.. kena tunggu ada anak dulu lah kot..
ReplyDeleteInsyaAllah, masa Family Day office Ai boleh join....
Deletetak pernah join lagi sukaneka sekolah anak. tapi meriahlah sukaneka sekolah anak ni. happening je tengok gambar
ReplyDeleteMemang happening sis, penat pun penat gak... huhu
DeletePernah join sukaneka kat tempat kerja ni masa family day. Memang kelakar masing2.hehehe
ReplyDeleteItulah kan, ada yang main ngelat lagi... haha... tau ke ngelat? Main tipu... tak aci.. hihi
DeleteSukaneka anak-anak memang selalunya ibubapa yang terlebih eksaited
ReplyDeleteHaha.. kan.. memang terlebih excited... geram je nak main sama ngan anak2...
Deletepenat sampai tertidur terus... seronok sgt tu... hehe
ReplyDeleteHahaha... Seronok tapi letih, tumbang satu rumah... hihi
DeleteMasa sek kalau ada sukaneka,ana org plg excited sebab boleh masuk byk acara.
ReplyDeleteNi tggu syafi sek baru lah merasa nak tgk anak sendiri pula bersukan.
Ya sis, nanti kalau Syafi dah sekolah, maknya mesti geram nak masuk acara tu jugak...
DeleteMemang seronok kalau ada sukaneka macam ini.
ReplyDeleteIngatkan geram apalah tadi rupanya geram nak join sekali hehehe...
Hahaha... memang geram nak join sis...
DeleteBagus lah program camni. bukan anak je enjoy, parent pun enjoy sampai berpuas hati kan :)
ReplyDeleteBetul tu Nad... maklumlah dah lama tak bersukaneka...
DeleteAnak-anak gembira..ibu ayah bahagia....seronok kalau ada aktiviti begini...eratkan hubungan antara ibu bapa pun ya juga.
ReplyDeleteSetuju tu sis.. salah satu cara merapatkan hubungan...
Deleterindunya zaman sukaneka ni en lannn.. best!
ReplyDeleteHaha.. Itulah kan....
Delete