Usah buka aib rumahtangga sendiri

Usah buka aib rumahtangga sendiri| Rentetan daripada kes hangat yang sedang berlaku dalam rumahtangga seorang artis dan bekas isterinya, teringin juga saya ingin mengulas supaya menjadi peringatan buat diri sendiri serta pembaca blog ini. Saya tahu saya bukan lelaki terbaik dan sempurna tetapi moga ulasan ini dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh pasangan suami isteri walau sesiapa pun anda.

Jaga aib rumahtangga, maruah rumahtangga, cara jaga rumahtangga

Hari demi hari ada sahaja aib dalam rumahtangga menjadi bualan netizen dan masyarakat. Siapa sangka, masalah ini boleh berlaku kepada pasangan yang kita tidak jangka masalah rumahtangga akan berlaku ke atas mereka. Biar apapun alasannya, hanya mereka sahaja yang patut tahu dan bukan untuk dibincangkan pada pendapat umum.

Kisah rumahtangga, hal yang berlaku, baik dan buruk dalam rumahtangga tidak wajar disiarkan secara umum apatah lagi melibatkan seseorang yang dikenali ramai. Pengajaran daripada apa yang berlaku, bahagiakah rumahtangga anda? Jika tidak, janganlah kita buka aib dalam rumahtangga. Apa yang suami mampu, apa yang isteri mampu, apa kurangnya suami, apa kurangnya isteri, jika takdir telah memisahkan kamu dan kamu perlu redha dan berdiamlah atas perkara yang telah berlalu. Semakin banyak kita bercakap semakin banyak aib yang tersingkap sehingga perkara sekecil zarah akan menjadi besar.

Peringatan buat saya juga. Isteri saya pernah berpesan "Jangan kita meluahkan perasaan kepada orang yang kita kenali kerana sebaik-baik orang ada juga yang mengambil kesempatan". Orang yang betul untuk menceritakan masalah rumahtangga adalah ibu dan bapa. Bukan pada orang luar yang tiada langsung pertalian darah kecuali pakar kaunseling di pejabat agama. Itu pun perlu temujanji.


Apatah lagi aib yang dibuka melibatkan kemampuan batin seseorang. Amatlah tidak sopan di mata masyarakat. Mahukah bakal suami atau isterinya akan datang jika ditakdirkan pasangan yang telah bercerai ingin berkahwin semula. Bukti apa yang ingin kita cuba sampaikan? Siapa salah dan siapa betul? Lakukan sahaja kenyataan di dalam kandang mahkamah dan bukan untuk diwar-warkan. Sistem peradaban manusia semakin terbuka tetapi dalam beberapa perkara jangan pula terlalu terbuka. Jenis-jenis ujian dalam rumahtangga sangatlah banyak. Ianya salah satunya.

Apabila kita membuka aib seseorang, Allah SWT akan membuka aib kita juga. Sedikit demi sedikit. Bukan saat ini tetapi pasti. Mungkin pada saat kematian. MasyaAllah. Jika kita rasa diri kita jahat sekarang atau pernah melakukan dosa, ikhtiar untuk bertaubat. Cuba memperbaiki diri dan pelihara rumahtangga yang ada dan paling utama, jangan buka aib sesama sendiri untuk paparan umum. Saya bukan orang yang layak untuk mengulas lebih lanjut tetapi pesanan ini hanya sebagai peringatan buat diri sendiri dan kepada mereka yang telah membuka mata hati untuk berfikir demi kebaikkan sebelum mata tertutup buat selamanya. Baca juga 10 perkara penting selepas berkahwin. Wallahualam.

44 Comments

nice sharing ^^ walau apa2 pun, kena selalu beringat..

sy sukar menerima kenyataan bekas isteri dulu yg meminta cerai tanpa alasan yg kukuh. biarlah..moga dia bahagia dgn pasangan barunya itu...

Peringatan untuk diri ai juga..

Terima kasih atas peringatan..

Setuju.
Tulah bila dah emotional, akal pun Tak dapat bertindak dgn waras.
Peringatan buat Kita juga sebenarnya.

setuju lan.. Ramai yang suka buka aib ni.. Mungkin satu kepuasan bagi mereka kot...huhuhu

Setuju. teringat pulak dua orang femes ni. huhue. bukan macam ni caranya utk melempiaskan kemarahan. lebih baik personal je kan kalau ada apa yg tak kena. huhue

Betul sangat..setuju.Masih suami isteri jaga aib kerana tanggungjawab atau sudah bubar pernikahan jagalah aib sebagai sesama insan seagama.Awak buka 1 aib orang 10 aib awak akan terlihat..begitulah ibaratnya.Kalau tidak mahu akui khilaf diri jangan sampai menggadai maruah orang lain.peringatan untuk PC juga.

Hal rumahtangga ni selesaikan senyap2 je, sebab kalau kecoh2 pun orang luar bukan boleh bantu... Ada yg bersorak lagi ada la..

setuju sangat, membuka ruang kesedaran dan membantu memberi tips kepada pasangan yg baru nk mendirikan rumahtangga

perempuan bila bercakap kadang tak beringat. bila dah kena baru nk mnyesal cite dengan kawan :) lelaki biasanya akan bnyk diam tk sentuh pasal isu rumah tangga

Ya saya setuju, tak bagus buka aib sendiri lebih2 lagi letak kat media sosial..Yang baca tu syok laa macam makan popcorn sambil tengok wayang...

Malulah kannn public figure buat camtu.. Kalau ada masalah bincanglah elok2 antara pasangan..

aib perlu ditutup serapat-rapatnya. selesaikan masalah dengan cara penuh bijaksana

www.maisarahsidi.com

Betul ckp encik azlan. Jangan luah or kongsi masalah dgn org yg kita x kenal . Even masa tue kita perlukan someone nak luahkan masalah yg kita hadap.luah masalah dalam sosmed pun kadang ada baik buruknya jugak. Tanggapan org terhadap kita lain2

terima kasih atas peringatan ini...

psssttt terima kasih join Segmen Nak URL Blog #32. Blog anda ada di http://www.mialiana.com/2017/09/senarai-url-blog-32.html

Menarik sungguh kupasan ini..

Saya pun malu dengar apa yang dibualkan oleh pihak netizen..

Entah betul entah tidak

Betul tu Syahirah, sama-sama beringat...

Alhamdulillah, mudah-mudahan dia bahagia bang... InsyaAllah harap abang lebih bahagia ya..

InsyaAllah... Mudah-mudahan bermanfaat...

Itulah sis, bahaya emotional ni... kena tahan nafsu nak marah orang...

Jadi habit Lea.. bila namanya habit ni kita buat tapi tak rasa apa-apa...

betul tu bang.. sejak dah kawen nie makin berhati-hati nak share something kat media sosial.. takut jadi isteri derhaka pulak.. huhu

Ya, teringatkan pada dua orang tu, InsyaAllah jadikan pengajaran yang berguna...

Itulah sis... sikit demi sedikit akan merendahkan martabat diri pada pandangan orang lain...

Betul tu Mai, bertepuk tangan sambil mengunyah popcorn kan..

InsyaAllah semoga bermanfaat kepada bakal pengantin...

Kan, tapi rupanya kawan makan kawan.. dah melepas suami pada kawan baik... hihi

Betul tu Miss, daripada orang tak tahu masalah kita jadi tahu dah...

Betul tu sis.. tapi diaorang tak malu pun... publisiti...

Setuju tu sis.. Bijak dan sana bukan bijak tapi sana sini cerita kan...

Betul tu CCL, banyak orang akan memandang kita... setiap apa yang kita buat akan diperhatikan..

Itulah kan bro, biar mahkamah tentukan.. kat luar ulas je "No komen".. atau biar lawyer handle..

Haha... bab tu memang kena hati-hati...

betul tu en.azlan, sebaik2nya hal rumahtangga ini kita simpan sajalah kan kalau betul pun nak bercerita, ceritalah pada mereka yang betul2 boleh menyelesaikan masalah. ya setiap rumahtangga tu pasti ada masalahnyakan, yang penting bagaimana cara kita untuk lalui dan selesaikan masalah itu tanpa mengaibkan sesiapapun

Sangat setuju Mr Noor Azlan. Hal privasi sudah menjadi public news. Sama2x la kita doakan mereka berkenaan tu dapat selesaikan masalah rumah tangga mereka dalam keadaan yang lebih teratur dan aman. InsyaAllah. Aamin.

Setuju sis, kena matang bila dah berumahtangga... tak perlu nak umum semua perkara...

InsyaAllah, mudah-mudahan mereka dapat selesaikannya...

Insya allah, tq atas peringatan

Sama-sama kita beringat... Amin..

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon