Berhati-hati dalam berbicara: Fitnah Dajjal

Berhati-hati dalam berbicara: Fitnah Dajjal| Menjaga lidah daripada berkata dusta. Apabila terlalu banyak bercakap perkara yang memudaratkan orang lain, bahananya bakal membawa duka kepada orang berkata dan orang yang dikata. Pesanan ini untuk diri saya sendiri yang sentiasa khilaf dalam kehidupan. Orang mukmin sangat menjaga lidahnya dan diamnya bukan kosong, bicaranya sukar dipatahkan. Moga kita semua mencapai kearah itu.

Lidah ular bercabang, lidah ular, berhati-hati semasa bercakap

Memasuki fasa terakhir dunia, ramai orang akan alpa pada batas percakapan sehingga pertikaman lidah sering berlaku. Apabila banyak pertukaran hujah berlaku, maka amat sedikit kebenaran yang mampu dilihat masyarakat. Mana yang benar, mana yang salah. Siapa yang betul dan siapa yang salah. Tambahan lagi, kurangnya ilmu masyarakat pada bahagian tertentu, bertambah lagi kebingungan hidup sebagai seorang manusia.

Haiwan berkata-kata semasa mencari makanan, melindungi diri sendiri tetapi manusia berkata dusta, mengadu domba, menjaja cerita dan menambah duka orang lain. Sama ada benar atau salah, beberapa perkara dalam hidup orang lain akan sentiasa kekal menjadi rahsia yang tidak patut dibongkarkan untuk dijadikan modal berbicara. Apatah lagi mencorakkan rasa demi kepuasan diri sendiri. Pendosa dalam dunia dan tentera dajjal laknatullah.

Oleh kerana lidah sangat tajam berbanding pisau maka benarlah kata pepatah. Daripada lidah, manusia bermusuhan malahan berbunuhan, daripada lidah juga, benci mampu disemai berterusan. Berhati-hati dalam berbicara wahai diri. Jangan biarkan nafsu mengawal diri untuk merasai nikmat keseronokan yang sedikit di dunia tetapi mampu menjadi bara api di akhirat kelak.

Surah Al-Kahfi Ayat (1-10)

Nabi SAW bersabda "Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari Surah Al-Kahfi dipelihara dan diselamatkannya dari Fitnah Dajjal". (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)
Surah Al-Kahfi Ayat (1-10), Ayat pelindung daripada Fitnah Dajjal

Surah yang sangat digalakkan untuk melindungi diri daripada fitnah yang sangat baik kita amalkan bersama. Moga kita sentiasa memperbaiki khilaf dalam berbicara dengan langkah yang pertama iaitu bercakap bila perlu, diam tepat pada masanya. Semoga peringatan ini amat bermanfaat kepada kita semua termasuk diri saya juga. Amin. Wallaualam.

37 Comments

skrg bukan mulut berkata tp hujung jari bak hujung pedang tajam menikam

Ada betul juga tu... biarpun mulut tidak berkata tapi jari tajam menikam...

Paling saya tak suka orang yang berpura-pura menjadi mangsa keadaan...emmm

Ramai kenalan macam ni.. Tapi kan.. kadang-kadang kita tak sedar kita pun ada tergolong dalam golongan ini.. Harap dijauhkan..

Ya kan... memang ada jenis orang macam tu...

Betul, setuju... dalam tak sedar tu kadang-kala menyakitkan hati orang lain...

Wah, ada disertakan sekali surah kahfi. Senang nak baca sekali nanti. Terbaik Mr Noor Azlan. :D

Zaman it sekarang, lidah dah bertukar ke jari.
Sama2lah kita menjaga batasannya.

Fitnah yg maha besar. Nauzubillah semoga kita dijauhkan

Zaman sekarang fitnah, bohong dan cerita dusta dah terlalu berleluasa.

Semoga dijauhkan dan dihindarkan kita dari golongan sebegitu.

Amalan yang bagus GV, sama2 kita membacanya...

Betul tu Pak Cik, kalau saya salah, tegur sahaja saya ye...

Amin...moga kita tidak menjadi pendengar dan pembawa kisah yang sia-sia..

betul tu,setuju sangat dunia akhir zaman macam ni, lebih- lebih lagi zaman social media... lagi lah padah.

Terima kasih atas ingatan ni.

Akhir zaman, fitnah amat dahsyat, tapi ramai yg menganggapnya biasa saja. Fitnah bukan sahaja berlaku di hujung lidah, tapi juga di hujung jari...

dunia hampir ke penghujungnya..terimakasoh ats peringatan ini

Semoga kita suma dilindungi oleh Allah dari fitnah dunia..

zaman sekarang, kata2 di media sosial pun boleh jadi 'pedang'. kena berhati2 dalam semua benda.

Betul tu sis... Free je dapat dosa walaupun mendengar...

Semoga kita lebih berhati-hati pada masa akan datang...

Sama-sama kita beringat Cik Renex..

Itu yang paling ditakuti sis.. bila fitnah dianggap biasa...

Betul tu sis.. Moga sempatlah kita bertaubat sebelum ajal menjemput...

Ya, sis.. Saya selalu juga gunakan kata-kata berpedang... Moga saya sempat bertaubat...

Nampak sangat kejadian begini semakin berleluasa..
Langsung takde rasa bersalah dan takut dengan dosa..
Semoga diberi hidayah kepada mereka-mereka yang berkenaan sebelum terlambat..

Ya sis, semakin menjadi biasa dah...

Semoga kita tidak menjadi salah seorangnya.. Bukan kata mulut je.. Jejari yang menaip pun bahaya..

Peringatan ntk diri sndri..tq ingatkan..

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon