Lynnity Botanic Health and Relief [Review]

Lynnity Botanic Health and Relief [Review]| Pernah dengar Botanic Health (Citrus) dan Lynnity Relief (Pure Therapeutic-Grade Essential Oil)? Lynnity (Jom Jadikan Ladang Sebagai Farmasi) adalah revolusi rawatan perubatan tradisional yang dimulakan oleh Ban Siew Chinese Medical Hall, meningkatkan produk herba tradisional cina ke satu tahap yang lebih tinggi. Saya merasa bertuah diberi peluang untuk mencuba sendiri produk Lynnity iaitu Lynnity Botanic Health (Citrus) dan Lynnity Relief (Pure Therapeutic-Grade Essential Oil).

Lynnity Botanic Health (Citrus)

Lynnity Botanic Health (Citrus)

Kalau bercakap berkenaan herba cina, tentu kita akan mula membayangkan bahawa rasa herba tradisional cina sangat pahit. Namun kita juga perlu berwaspada, jika satu produk mempunyai rasa manis selain madu asli, ianya bukan sesuatu yang menyihatkan. Pada mulanya saya agak ragu untuk minum herba cina kerana rasa pahit bukan kegemaran saya, sangat mengejutkan bahawa Lynnity Botanic Health (Citrus) tidak mempunyai rasa pahit langsung. Ibarat jika saya minum campuran Oat dan Stevia, begitulah perumpamaannya.

Lynnity Botanic Health (Citrus) adalah campuran makanan tambahan kesihatan yang menggunakan teknologi moden semasa proses pembuatannya dan sesuai kepada mereka yang sangat mengutamakan pengambilan campuran makanan tambahan yang sihat, semulajadi dan bebas daripada bahan-bahan merbahaya. Lynnity Botanic Health (Citrus) sangat menyakinkan saya untuk menjadikan supplement kesihatan dan kecantikan, serta menyokong kualiti kesihatan yang lebih baik pada masa akan datang.



Campuran ramuan Lynnity Botanic Health (Citrus) terdiri daripada Delima, Manggis, Alga, Orthosiphon (Misai Kuching), Lithothamnion (Rumpai Laut), Halia Hitam, Asid Askorbik, Bran Oat, Benih Chia, l-arginine dan Taurina dan banyak lagi menjadikan ianya campuran makanan tambahan kesihatan yang lengkap dan sangat sesuai diambil oleh pengamal vegetarian. Tambahan lagi, ianya produk buatan Malaysia yang telah mendapat pengiktirafan GMP, HACCP dan banyak lagi pengiktirafan lain yang membuatkan ianya produk Lynnity Botanic Health (Citrus) sangat berkualiti dan dijamin selamat diminum.

Manfaat dan Kebaikan Lynnity Botanic Health (Citrus) telah terbukti secara klinikal dalam membantu:
  • Meningkatkan kesihatan tulang dan sendi
  • Membaikpulih / Mengekalkan kesihatan tulang dan rawan.
  • Mengurangkan kesakitan dan keradangan.
  • Meningkatkan / Mengekalkan pergerakan fizikal.
  • Mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, 
  • Meningkatkan kesihatan kardiovaskular

Lynnity Relief (Pure Therapeutic-Grade Essential Oil)

Lynnity Relief (Pure Therapeutic-Grade Essential Oil)

Essential Oil Lynnity Relief (Pure Therapeutic-Grade) adalah ekstrak daripada Bunga Myosotis Sylvatica atau juga Bunga Forget-Me-Not. Kenapa bunga itu dipanggil Forget-Me-Not? Anda boleh cari dalam artikel simpanan Google. Ada mitos Jerman di situ. Namun apa yang penting, sambil saya buat entri ini, Roll-On sedikit Minyak Pati Lynnity Relief di tengkuk, baru keluar idea mahu menulis artikel ini. Gurau sahaja. Maklumlah kerja kerajaan, menimbun-nimbun kerja hujung tahun ini. Baunya sangat harum ditambah lagi tidak panas dan berasa ianya meresap ke dalam otot leher.



Lynnity Relief bukan hanya boleh digunakan oleh orang dewasa sahaja malahan ianya juga terapi yang sesuai untuk kanak-kanak. Tidak panas dan tidak memberi kesan sampingan yang merbahaya. Cara guna Essential Oil Lynnity Relief (Pure Therapeutic-Grade) mudah sahaja. Hanya perlu Roll-On sahaja pada kaki dan tangan anak sebelum waktu tidur, aromanya membuatkan mereka nyenyak terlena. Tetapi elakkan daripada terkena mata.

Antara bahan-bahan kandungan Lynnity Relief adalah Mentha Piperita (Peppermint) oil, Abies Balsamea (Balsam Canada) needle oil, Eugenia Caryophyllus (Cengkih) bud oil, Cocos Nucifera (Coconut) oil, Lavender Flower, Hawaiian Sandalwood, Sun Flower, Eucalyptus Leaf, Clary Sage Flower, Roman Chamomile Flower, Cedarwood Wood, Ylang Ylang Flower, Geranium Plant.

Oleh kerana saiznya yang kecil dan berkapasiti 10ml, Essential Oil Lynnity Relief (Pure Therapeutic-Grade) mudah disimpan dalam poket dan senang dibawa kemana-mana. Sangat membantu mengatasi masalah ketidakselesaan kecil. Bila dah Roll-On minyak pati Relief, cuba lakukan urutan ringan padanya. Rasa macam urut di pusat urut tradisional. Oleh kerana ianya berbentuk Roll-On, sangat berbaloi dibeli kerana mampu bertahan lama.

Lynnity Botanic Health and Relief [Review]

Lynnity Botanic Health and Lynnity Relief [Review]

Kalau anda inginkan produk berkualiti dan menyihatkan, boleh cuba Lynnity Botanic Health and Relief. Sesuatu yang anda perlu cuba memandangkan seperti yang saya sebutkan tadi, ianya berasaskan tumbuhan dan herba semulajadi. Pengilangan di Malaysia dan semestinya Lynnity Botanic Health diperkaya dengan anti-oksida yang tinggi dan sesuai untuk amalan diet yang sihat. Lynnity Relief, aroma menyegarkan dan menenangkan membuatkan anda berehat seketika daripada tekanan. Ini produk pasti cuba!

Lynnity Botanic Health and Relief [Review]

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari:

LYNN EXCLUSIVE (002536811-U)
Website: www.lynnity.com
Facebook Page: https://www.facebook.com/lynnity.botanic
WeChat ID: Lynnity

33 Comments

Ya lah Abam menarik ja kan ..rasanya ada aura

first time dengan pasal produk Lynnity ni. TQ share. :)

Produk berasaskan herba yang menarik dan bermanfaat

dpt ni time skt kepala boleh hlg trs

Sekarang banyak produk berasaskan delima baik produk kesihatan dan kecantikan. Yg baru ni aroma terapi pula. Pernah cuba pakai memang sedap bau dia. Hilang rasa pening tu.

Bagus2 fungsinya. Paling best xde bau ubat kan

Produk Lynnity ni memang bagus.. :)

Boleh cuba bang, untuk diet pun sesuai...

Hahaha, jenuh juga nak ambil gambar tu bang...

Boleh tengok2 nanti kat website Lynnity ya sis..

Betul tu Pak Cik, yang penting jangan memudaratkan kesihatan...

Boleh release stress juga Anies...

Betul tu sis... kalau banyak sangat chemical orang dah tahu merbahaya kan..

Jemput singgah je Website Lynnity sis..

Betul tu Mamapp... bau ubat tu yang buat loya tu...

Essential Oil Lynnity Relief tu nampak macam menarik..

Ya betul tu sis... Yang penting bahan-bahan yang digunakan..

Menarik produk nie.. Boleh cuba nanti..

pertama kali dgr...menarik..suka tgk kotak dia...cantik...

Herba cina mmg sangat bagus untuk banyak penyakit dan kesan ia mmg sangat menakjubkan. Jadi GV yakin produk ini pasti bagus dan berkualiti tinggi. :)

Menarik dengan baunya yang menenangkan sis..

Ya sis... boleh buat minyak urut juga sis...

Betul tu GV, kualitinya sangat dijamin...

Wahh.. Hebat produk ni..

Lama dah tak beli aroma yang menenangkan macam tuan share ni..

Baru baca pasal produk ni.
Supplement tu macam sesuai pulak dengan Mrs. A yang bernetball ni hehehe...

jom join n meriahkan segmen GA kt sini

http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

Produk ni memang best bila sakit kepala , pening-pening , tengah2 stress tue boleh la cuba

Semua orang bercerita pasal produk ni. Semuanya bagi feedback positif. Nnt nak cuba la

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon