Cara memilih template blog yang sesuai

Cara memilih template blog yang sesuai| Selesai pertukaran blog template bagi dua blog saya iaitu blog bilalelakiberbicara.com dan noorazlantumiran.blogspot.com. Kali ini saya memilih template daripada Arlina Design iaitu template NLight. Seperti biasa template yang akan saya guna adalah bercirikan minima, responsive dan tentunya sangat mesra dengan Adsense.

Cara memilih template blog yang sesuai, pilih template blog, template blog terbaik

Sebenarnya saya ingin menggunakan dua template berbeza bagi dua blog tersebut. Namun terdapat sedikit masalah teknikal semasa memasang template blog bagi blog bilalelakiberbicara.com. Oleh itu, saya masih menunggu kemaskini terbaru daripada Arlina Design untuk menyelesaikan masalah teknikal ini supaya saya mampu mevariasikan template blog bagi kedua-duanya.

Pemilihan template blog adalah mengikut citarasa pemilik blog. Apa yang kamu suka dan bukan apa yang orang lain suka. Jadi utamakan kehendak anda dahulu. Namun pandangan daripada orang lama dalam dunia blogging ada manfaatnya. Jadi bagaimana cara memilih template blog yang sesuai untuk blog anda?

Berikut adalah panduan memilih template blog yang sesuai untuk blog. Saya kira ini bukanlah tips terbaik memilih template blog yang sesuai tetapi anda boleh mendapat inspirasi daripada entri ini untuk mencuba melakukan yang terbaik bagi blog anda. Semoga entri ini memberi ilmu dan idea kepada anada tentang bagaimana untuk menjadikan blog anda sebagai medium yang memudahkan pembaca serta mendapat tempat di dalam enjin carian Google. 

Tips memilih template blog yang sesuai bagi sesebuah blog





Apabila anda melakukan blogwalking ke blog milik blogger lain, apa yang anda dapat? Jika anda adalah seorang pembaca sahaja, tentunya anda mensasarkan apa yang telah disampaikan oleh blog tersebut. Namun jika anda seorang blogger, beberapa perkara anda perlu lihat selain daripada seisi blogwalking ke blog blogger lain.

1. Fast-Loading blog template

Apabila sesebuah blog memerlukan lebih masa pembaca untuk membuka blog tersebut, hal ini akan merencatkan minat anda untuk menunggu terlalu lama. Begitu juga pengunjung ke blog anda. Anda fikir mereka sanggup menunggu untuk membaca blog anda? Tentu sekali tidak. Oleh itu, perkara pertama yang sangat penting adalah kepantasan sesebuah blog. Pilih template yang memiliki ciri-ciri fast-loading dan anda boleh mencuba Live Preview terlebih dahulu untuk membuat penilaian.

2. Template blog mesra Google Adsense

Jika anda belum lulus Google Adsense sekali pun, anda perlu memilih template blog yang mesra Adsense kerana seperti yang anda tahu, untuk mendapat kelulusan Adsense sangat rumit. Anda perlu mematuhi beberapa kriteria penting supaya mampu lulus Google Adsense dengan mudah. Kriteria paling mudah adalah sebuah blog perlu ada halaman contact, privacy policy, disclaimer dan sebagainya. Maka pilih lah template blog seumpamanya dan jangan diabaikan halaman-halaman tersebut agar kelihatan anda begitu serius dalam membangun sesebuah blog. Selain daripada itu, template mesra Adsense biasanya memudahkan anda melakukan aturan iklan pada paparan layout blog. Jadi letaklah iklan apa pun yang anda ada jika anda belum lulus Adsense sekalipun. Pilih template yang sudah tersedia Ads Ready agar menjimatkan masa anda untuk melakukan olahan pada template blog.

3. Responsive Template Blog




Sangat penting. Cuba buka di komputer, laptop atau telefon bimbit terlebih dahulu. Template blog yang cantik tidak semestinya nampak cantik di mata pengunjung. Ada template yang nampak tidak tersusun semasa membuka pada peranti berbeza. Usah buang masa melakukan pengubahsuaian pada template blog jika hasilnya sangat mendukacitakan pengunjung blog. Tambahan lagi, jika anda tidak memiliki template jenis responsive, biasanya pengunjung akan mengambil sedikit masa untuk membaca entri anda dengan memerlukan mereka membuat pelarasan pada paparan terlebih dahulu sebelum dapat membaca entri anda.

4. Ciri template blog minimalist lebih baik

Pada saat ini, template jenis minimalist mula mendapat tempat dikalangan blogger. Ya ia nampak simple tetapi pengunjung ingin membaca entri anda dan bukan untuk stalker blog anda. Maksud stalker adalah selak satu persatu apa yang ada dalam blog anda. Pilih template yang memudahkan pengunjung membaca kecuali jika anda memilih untuk menjadikan blog sebagai diari peribadi dan bukan mengharapkan pengunjung membacanya. Jika itu pilihannya, anda boleh meletakkan seberapa banyak widget yang anda suka. Usah fikir keperluan orang lain, yang penting kepuasan diri sendiri terlebih dahulu.

5. Beli template blog lebih berbaloi

Mengapa saya menyarankan anda membeli template blog? Pertama anda boleh buang kredit daripada pemilik template blog. Kedua anda boleh mendapatkan bantuan teknikal daripadanya. Ketiga anda boleh membuang script yang boleh membuatkan blog anda kurang mendapat tempat di enjin carian. Keempat anda boleh simpan template blog dan mendapatkan kemaskini template blog tersebut. Kelima, anda tentu suka bila anda berjaya memiliki Green Card (Geran) kenderaan anda sendiri kan? Itulah perumpamaannya. Kebebasan melakukan hal apa pun pada template blog anda tanpa menyalahi hak pemilik asal template blog.

6. Miliki kepuasan melalui template blog anda

Pilih template blog yang anda suka terlebih dahulu kerana setiap hari anda mungkin akan menghadapnya. Jika anda benci pada template blog anda, bagaimana anda mampu menghasilkan entri yang bagus dan menghabiskan masa dengannya. Mood yang baik hadir dengan pelbagai cara. Salah satunya melalui template yang membahagiakan anda melihatnya. Cuma pastikan memilih template blog yang telah terbukti keberkesanannya dalam enjin carian Google agar mampu membantu anda mengembangkan potensi blog pada masa hadapan.

Template blog adalah baju anda




Template blog ibarat baju sendiri. Oleh itu sangat mengerti jika terdapat blogger memuat status menukar baju blog. Sampai satu saat anda pasti akan menukar selera template blog anda sendiri. Oleh itu cubalah seberapa banyak template blog sehingga anda merasa puas dengannya. Anda akan melihat perbezaannya sendiri. Namun semakin kerap menukar template, ianya merugikan kedudukan blog anda dalam enjin carian.

Berapa harga template blog saya ini? Harga cuma lebih kurang RM32 sahaja. Semakin mahal harga template blog, semakin tinggi nilai karyanya, pasti ada sesuatu yang menarik mengenainya. Namun jika anda tidak begitu arif untuk mengubahsuai template code, anda boleh mendapatkan khidmat orang lain untuk melakukannya untuk anda. Ramai juga kenalan blogger yang menyediakan perkhidmatan servis ubahsuai blog dan seumpamanya. Tentu anda akan berpuas hati dengan hasil kerja mereka.

Kata-kata akhir untuk entri pada kali ini, pemilihan template blog yang sesuai perlu mengambil kira aspek teknikal bagaimana sesebuah blog mahu beroperasi, apa yang anda mahu persembahkan kepada pengunjung dan adakah anda cukup berpuas hati dengan template blog yang anda lihat saban hari. Semoga bermanfaat kepada anda. Wallahualam

32 Comments

abe kie tukar template setiap kali PRU.

Camne boleh pilih waktu tu bang? Hihi

kita pun baru tukar template tahun ni.lepas ni dah taknak tukar dah...tapi kalau sesuatu template tu menarik,nampak lebih kemas,pembaca mesti suka

Thanks for sharing. memang sangat bermanfaat tips2 nya . :)

Ya ada, tapi susah juga buat banyak blog secara parti time ni... hihi, mana yang sempat saya update lah...

Kalau baru tukar ok lah tu... saya kalau tak ada masalah malas nak tukar, bila ada masalah dengan template tu yang nak cari template baru...

Boleh dapatkan bantuan tu sis..

Welcome Nad, mudah-mudahan berguna...

Ana rasanya tak tukar dah kot template sebab suka dengan layout sedia ada. Ana suka yg minimalist sebab tak serabut tp ada kekurangan juga template ni. Namun tak berapa significant.

Kalau dah selesa dengan template sedia ada boleh teruskan. Memang susah nak dapat template yang sempurna... Yang penting jangan ada prob dengan template kan...

mcm sy suka2 nak tukar template bila jemu..hehe

Sebenarnya sukar nak dapat template yang serasi dengan citarasa kita...antara keperluan semasa dengan citarasa..nak gabungkan kadang salah satu akan tercicir..buat masa ini PC belum pernah beli template...tidak mustahil satu masa nanti...

Tahniah Lan.
Boleh jadi blogger hebat ni.

Bila jumpa yang diidamkan memang kena tukar juga kan...

InsyaAllah, sis akan rasa perbezaan antara beli dan download free...

Tak adalah hebat Pak Cik, kongsi apa yang saya tahu je..

Dah malas en lan, nak tukar templete masa awal2 berblog dulu rajin jugak, tapi minta tolong ank2 je buat, lagipun template biasa2 je.
Sekarang ni dah makin sendu sbgmana sendunya mood utk menulis.
Tapi bg yg serious berblog tu eloklah selalu buat perubahan.

Sendu pun kalau ada SEO dalam entri still akan ada pengunjung sis... InsyaAllah sis boleh jadi yang terbaik...

Perkongsian yang dan yang baik. Akak setuju dengan pont 5, iaitu membeli template sendiri. Akak dah 4-5 kali tukar template dan tiap kali buat speed test, setiap kali isu bersangkutan template. so sekarang ni akak sedang berusaha menabung untuk beli template sendiri.
Doakan ia termakbul ya awal 2018. Ameen

Akak pon ada perkongsian artikel tajuk yang sama, cra memilih template terbaik. Jemput ke blog akak untuk tambahan2 tip cara memilih template ni

Terima kasih Kak Sue, InsyaAllah Kak Sue mampu beli template sendiri nanti..

Terima kasih bagi tips ni. Saya budak baru belajar nak kenal blog. Hehe mungkin boleh consider untuk beli template tu..:)

Tapi nampak lama dah sis buat blog tu, nampak pro dah... Hihi...

Mrs. A paling takut nak tukar-tukar template blog hahahhhaaa... sebab fobia dengan coding.

Suka template yang minimalis, simple dan loading cepat.

Boleh tanya blogger lain sis kalau ada masalah...

Kadangkala beri effect juga dengan trafik...

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati dan sebagainya yang secara jelas menyalahi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] - SKMM.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi.

Don't hesitate to contact me at azlan7783@gmail.com for any review, advertorial or anything else.
EmoticonEmoticon