Cara mengazankan bayi lelaki dan perempuan

Cara mengazankan bayi lelaki dan perempuanBagaimana cara azan pada bayi lelaki dan perempuan yang betul menurut Islam? Rezeki mendapat anak adalah perkara yang sangat membahagiakan bagi ibu bapa. Menyambut kelahiran anak setelah menunggu selama hampir lebih dan kurang 38 minggu, tentunya sangat mengujakan. Setiap pasangan ibu bapa muslim yang bakal menyambut insan baru dalam rumahtangga, menyambut kelahiran dengan laungan azan sederhana bagai melengkapkan proses menyambut kelahiran bayi sama ada bayi yang lahir adalah lelaki atau perempuan.

cara azan bayi baru lahir, Nur Rania Adelia Binti Noor Azlan
Gambar: Nur Rania Adelia Binti Noor Azlan (Ogos 2012)

Menurut Ubaidilah Bin Abi Rafi; "رَأيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلّي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أذَّنَ فِيْ أذُنِ الحُسَيْنِ حِيْنَ وَلَدَتْهُ فَاطِمَةُ بِالصَّلاَةِ" bermaksud; "Aku melihat Rasulullah mengumandangkan azan di telinga Husain ketika Fatimah melahirkan (yakni) dgn azan solat". Adalah disebutkan bahawa hukum mengazankan bayi yang baru lahir adalah sunnah. Apabila ianya sunnah, maka digalakkan melakukannya. Jika tidak mahu buat, jangan pula mempertikaikan ibu bapa lain yang telah laksanakan sunnah untuk bayi mereka.

Mengapa kita perlu mengazankan anak yang baru lahir? Hal ini kerana telah dikisahkan bahawa Jin bernama Ummu Sibyan akan berlalu pergi saat mendengar takbir, syahadah tauhid, syahadah rasul sejurus bayi baru dilahirkan. Jin Ummu Sibyan amat gemar mengganggu bayi yang baru lahir, anak kecil seusia bawah 2 tahun dan wanita hamil. Jika terdapat gangguan sihir atau gangguan jin dan syaitan (jenis sihir dan tanda terkena sihir) dalam kalangan ahli keluarga, maka perlu dirawat dengan kaedah rawatan perubatan Islam yang betul.


Syarat untuk mengazankan bayi yang baru lahir seeloknya dilakukan oleh lelaki muslim dalam keadaan yang bersih. Apa yang saya lakukan biasanya saya akan mengazankan anak saya dalam keadaan berwuduk. Jika tidak ada lelaki muslim, perempuan muslim juga boleh melaksanakan azan pada bayi. Tentunya syarat lain adalah mengazankan kepada bayi muslim sahaja.

Cara mengazankan bayi yang baru lahir adalah dengan melaungkan azan dengan sederhana kuatnya memandangkan gegendang telinga bayi masih tidak cukup kuat untuk menampung kekuatan bunyi yang terlalu kuat. Laungan azan pada sebelah telinga kanan bayi dan laungan iqamah pada sebelah telinga kiri bayi. Terdapat juga kaedah menyarankan bahawa melaungkan azan sejurus ubun-ubun (kepala) bayi keluar daripada rahim ibu. Mana pun kaedah yang ingin dilakukan oleh ibu bapa tidak penting kerana apa yang paling mustahak adalah objektifnya adalah seperti yang telah dinyatakan di atas iaitu menjauhi godaan iblis atau syaitan bernama Ummu Sibyan.

24 Comments

bila dah jadi suami kena ada ilmu semua ni

Betul tu sis... memang kena tahu...

Alhamdulillah..ilmu untuk PC..moga 1 masa Allah beri peluang kami laksanakan sunnah ini...amin.

Moga dapat merasai detik ni tak lama lagi.. Terima kasih untuk perkongsian ini tuan azlan 👍

Para lelaki yg akan bergelar bapa wajib baca entri ni tuan utk rujukan.

Entri yg sangat bermanfaat rugi kaum adam yang nak jadi bapa tak baca..

Ya, bukan selalu menimang cahaya matakan... terutamanya bapa yang nak sambut anak buat pertama kali...

ternyata sangat mudah sekali ya caranya

baca entry ni sy tingat ada 1 kisah tu. dia nak azankan anak dia yg br lahir tetiba terbaca takbir hari raya... ;-)

Biarlah laungan azan menjadi ilmu pertama yang diterima sebaik saja ia dilahirkan. Semoga besar nanti dia rajin solah, menjadi insan berjaya dan sentiasa mengingati kebesaran Allah.

Bagus entry ni bagi bakal bapa2 muda

Haha, mesti malu dengan nurse kat situ kan...

Betul tu Pak Cik... InsyaAllah...

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati dan sebagainya yang secara jelas menyalahi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] - SKMM.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi.

Don't hesitate to contact me at azlan7783@gmail.com for any review, advertorial or anything else.
EmoticonEmoticon