Digi Postpaid Plan 38 Review| Kecewa

Digi Postpaid Plan 38 Review| Kecewa - Rasa berminat mahu bertukar ke Plan Digi Postpaid RM38? Baca pengalaman saya terlebih dahulu. Entri ini tidak dibayar oleh mana-mana pihak dan apa yang tercatat di sini adalah berdasarkan pengalaman saya dan isteri semata-mata bergantung cara penggunaan pelan data internet kami berdua kerana mungkin cara penggunaan data internet anda berbeza.

Data internet murah dan terbaik, simcard telefon murah, line Digi ok ke? Coverage Digi

Sebelumnya kami menggunakan pelan data internet RedOne. Harganya agak murah. Caj tetap bulanan RM8, tambahan internet 1+3GB+ dengan caj RM40, namun belum sampai hujung bulan, data internet sudah habis kuota. Nasib baik masih ada ekstra (+), cuma tidak dapat buat apa-apa juga. Walhal kami bukan pelayar You Tube dan seumpamanya. Ianya sesuai bagi mereka yang tidak mengharapkan data internet dalam hidup seharian. Agak berbaloi. Line juga tiada masalah. Free calls hanya kepada nombor RedOne sahaja. Maka akan ada caj tambahan jika anda telefon ke nombor selain daripada talian RedOne. Maka bermula misi mencari postpaid yang lebih sesuai dengan kami.

Tertarik dengan Digi Postpaid Plan RM38. Ada 30GB percuma data internet di mana 1GB sehari bermula jam 1 petang ke 7 malam sahaja. Selebih daripada waktu itu dibekalkan 2GB untuk sebulan. Nampak lebih menarik pakej ini apabila kadar panggilan percuma ke semua talian dengan limit RM70 sahaja. Malangnya belum sempat kami menggunakan data 1GB internet percuma tersebut pada setiap hari, selagi 2GB data yang diperuntukkan untuk sebulan masih ada, maka 1GB percuma tersebut tidak boleh digunakan. Perlu habiskan 2GB terlebih dahulu barulah 1GB data internet akan digunakan. 

Masalah Digi Postpaid Plan yang kami hadapi adalah dalam tempoh waktu selain 1 hingga 7 petang, kami terpaksa menambah kuota internet baru kerana data internet 2GB sebulan telah habis digunakan. Dengan kata lain, sistem tidak akan menolak 1GB data internet percuma pada jam 1 hingga 7 petang selagi 2GB data internet masih ada. Bila ditolak tambah, lebih baik saya mendaftar Digi Postpaid Plan RM80+5 tetapi bukan unlimited internet plan. Rasa tipah tertipu. Mungkin juga saya tidak memahami terma perkhidmatan sebelum membuat keputusan menukar pelan data internet kami.




Oleh itu, saya cuba menukar pelan baru Digi dan membuat permohonan kepada Digi. Malangnya dalam tempoh 7 hari bekerja, masih juga tidak bertukar pelan baru saya. Isteri pula mendapat mesej mengatakan nombor beliau gagal untuk bertukar kepada pelan baru. Bila saya cuba call talian khidmat pelanggan, yang kedengaran hanya suara perempuan suruh pilih 1,2,3,4 atau 0. Entah bila dapat tembus ke operator. Robot sahaja yang menjawab. Frust juga memandang data internet penting bagi saya untuk mengemaskini blog.

Akhirnya setelah membuat kaji selidik sendiri berdasarkan lokasi saya, keluasan capaian internet, harga dan sebagainya, saya memilih pelan data internet tanpa had (unlimited) daripada Webe. Mungkin pada masa akan datang ianya akan disebut Unifi. Namun ada juga kedengaran masalah talian Webe tersekat-sekat beberapa kali daripada salah seorang bos tempat kerja saya, tetapi buat masa ini, inilah pilihan yang paling murah di kawasan tempat saya bermastautin. Kalau ikutkan mahu juga cuba UMobile tetapi di kawasan kampung saya nampaknya tiada capaian bagi UMobile. Ada juga tengok pelan Maxis dan Celcom, harganya agak mahal sedikit walaupun prestasinya tidak perlu diragukan. Namun diluar kemampuan kewangan saya. Main tukar-tukar data internet ini agak rugi juga buat permulaan kerana Webe ada Upfront Payment yang perlu dibayar.

Secara positifnya servis kelajuan Digi memang laju dan pantas. Maklumlah 4G LTE. Cuma pelan Digi Postpaid RM38 bagi saya agak tidak berbaloi untuk dipilih. Banyak kos tambahan nanti. Pelan Digi yang lain mungkin berbaloi seperti Digi Postpaid Plan RM58. Lebih baik guna telco RedOne jika mahu berjimat. Capaian juga meluas. Semuanya bergantung kepada bagaimana cara anda menggunakan data internet. Semua telco ada kelebihan dan kekurangan. Pilih data internet yang sesuai dengan bajet, kegunaan dan keperluan anda. Anda berhak memilih mana yang terbaik. Walllahualam.

16 Comments

mek guna redone yang plan amazing 28. dapat 5g laju 5g slow. dah amat berbaloi dengan mek sbb sebulan kena spend rm40 je kat bil phone.

Betul tu mek, memang Redone berbaloi... Tapi saya tak cukup kuota tu mek... Sebab kebanyakkan aktiviti blog guna phone...

abe kie guna digi prepaid live internet plus rm30..cukup la tu sbb di umah dah ada unifi. data tu guna d luar umah je la. kdg2 x abis pun kuota 3GB sbln yg dia bagi tu. cubalah pakej ni..

Sebelum memilih perlu teliti betul-betul kan...kadang permulaan ok...pertengahan timbul masalah..itu yang sedikit sebanyak menganggu urusan.

Unifi tak ada kat kawasan saya, Streamyx tu pun 1Mbps je...

Betul tu sis, kena pilih betul-betul kalau dah subscribe yang ada kontrak tu leceh...

Pengalaman Tn. NA memang memberi kesedaran supaya pengguna teliti dan semak capaian internet di kawasan masing-masing.. So far saya dengar talian Webe boleh diterimapakai tapi mungkin bergantung kepada kawasan jugak..

Kadang-kadang pening bila pilih talian internet dengan pakej yang ditawarkan, kebanyakkan ada 'masalah tersembunyi'..

Itulah Telco ini memang ada macam-macam cara nak menarik perhatian consumer kalau kita tak fahamkan betul-betul memang jadi mangsa agenda tersembunyilah jawabnya.

Takpelah jadikan pengalaman itu satu pengajaran terima kasih NA berkongsi pengalaman takdelah kawan-kawan lain terkena juga nanti.

Bab masalah tersembunyi tu yang leceh sis... makan duit je...

Mana tau ada yang nak tukar kan, tapi itulah, mana-mana telco pun ada kurangnya juga...

Saya pakai unlimited Umobile. Nasib baik kawasan saya 4g untuk Umobile memang laju, tengok movie tak buffer pon hihi. Digi pon ada unlimited yang harganya lebih kurang sama dengan Umobile kalau tak silap. Mungkin boleh cuba. Tapi biasala caj tambahan untuk bulan pertama tu tak dapat dielakkan.

Saya nak pakai UMobile juga tapi kat sini line tak ada...

GV masih setia ngan maxis. Huhu. Cmner pun, good info mengenai Digi Mr Noor Azlan. :D

yaya pun guna digi postpaid. plan 60. klo bab kelajuan,internet mmg laju.tapi utk yaya pula hadapi maslh, cas auto pemotongan game internet under DIGI .sedangkan xde klik nk langgan pun..tetibe je bole dpt sms bgtau da auto deduct.haihh cmne ye

nice share.. tgh ushar2 plan postpaid jugak nih..

Saya pakai umobile,buat masa ni so far masih ok lagi unlimited kan call pun free..hihihi..harap-harap oklah sampai bebila...

Jemput baca artikel terbaru saya, Cara Mengawal Penyakit Psoriasis Agar Tidak Merebak Keseluruh Badan Dengan Cepat

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati dan sebagainya yang secara jelas menyalahi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] - SKMM.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi.

Don't hesitate to contact me at azlan7783@gmail.com for any review, advertorial or anything else.
EmoticonEmoticon