Impian menghasilkan blog dan imbasan ringkas 7 tahun

Impian menghasilkan blog dan imbasan ringkas 7 tahun| Siapa sangka saya sudah masuk 8 tahun dalam dunia blogging. Walaupun pada arkib blog saya hanya mempunyai artikel sejak tahun 2012, sebenarnya ia telah bermula lama sebelum itu. Artikel dari 2010 hingga 2012 sudah dipadam. Mengapa saya padam entri tersebut? Jawapannya saya catat di bawah. Melalui beberapa peralihan dalam fasa membuat blog, kini ianya sudah semakin stabil dan konsisten walaupun kadang kala ada waktunya idea untuk menulis menyusut dan terkusut, Alhamdulillah ianya masih mampu bertahan sehingga kini selagi hayat dikandung badan.

BILALELAKIBERBICARA.COM, NOOR AZLAN BIN TUMIRAN, BLOG NA

Semasa pada permulaan membuat blog, saya masih mencari identiti, kelainan dan arah tujuan saya membuat blog. Begitu banyak perubahan. Alhamdulillah saya banyak menemui contoh blog dan pemilik blog yang mampu saya cemburui dan teladani. Antara blog awal yang saya ikuti secara kerap adalah blog saudara BinMuhammad. Saya banyak memerhati blog beliau. Pada waktu itu, saya hanya bergerak bersendirian. Sama juga pada masa kini. Mengapa? Sebab saya sukar untuk memberi komitmen jika saya menyertai mana-mana komuniti. Namun saya tetap menghormati setiap komuniti yang ada dan kagum dengan komitmen mereka. Antara komuniti yang ada pada masa ini adalah Kelab Blogger Ben Ashaari. Sempat juga saya membeli baju kelab Abang Ben pada awal tahun 2010. Selain itu komuniti AFB Feeds, Blogger Pantai Timur, JDT Blogger (memandangkan saya berasal dari Johor), Komuniti Sabahan Blogger, Blogger Utara dan sebagainya.

Setiap perjalanan seorang blogger nampak mudah. Orang tidak nampak blogger bersengkang mata, mencari idea, menyiapkan tugasan dan mencari dana untuk blog. Apa yang mereka nampak adalah artikel sahaja dan mereka tidak perlu tahu kepayahan seorang blogger. Ditipu dan menipu. Banyak ragam. Berebut itu dan ini. Cantas mencantas. Namun hakikatnya ramai blogger sanggup meringankan tangan membantu blogger lain seperti entri saya sebelum ini di SINI. Terdapat juga blogger yang berkongsi tips hebat untuk menjadi blogger terbaik dan antara yang saya teladani seperti Abang Hasrul Hassan. Melalui perkongsian ilmu yang disampaikan dalam apa juga bentuk dan kaedahnya, ia banyak membantu blogger kecil seperti saya.




Sebelum ini, banyak entri mengarut yang telah saya hasilkan. Copy dan paste artikel, sumber diragui, tidak betul-betul mencari fakta dan mula bermain api kebencian dengan membicarakan topik berkaitan politik. Pada akhirnya saya memahami sesuatu, sesuaikah dengan diri saya? Cukupkah kepuasan yang saya nikmati melalui entri yang saya hasilkan? Semuanya bermain dalam fikiran. Maka saya padam semua entri mengarut dan membahayakan diri sendiri. Saya tidak mahu mengambil risiko dalam dunia blogging. Hidup sebagai blogger sangat mudah mencari musuh jika tidak berhati-hati dengan setiap kata yang kita cuba sampaikan.

Hingga kini saya dikelilingi ramai blogger hebat, sangat komited dan sangat berpengaruh. Hubungan hanya sebagai rakan seperjuangan dan bukan rakan persaingan. Namun ianya berbaloi kerana banyak blogger sangat ikhlas untuk membantu menyelesaikan masalah berkaitan blog. Minta sahaja mereka bantu. InsyaAllah kebanyakan mereka tidak sombong. Untuk menghasilkan blog yang mampu menjadi inspirasi kebanyakan orang bukan mudah. Saya mahu mencapai itu sebagai sasaran diri sendiri walau terdapat banyak kelemahan diri ini. Namun jika dapat memberi sesuatu yang bermanfaat dan berfaedah kepada orang lain adalah kekuatan sebuah blog. Ia akan diingati selalu ibarat sebuah buku ilmu.

Manfaat dan faedah buat blog juga telah mula saya tuai pada masa ini. Lulus Google Adsense, You Tube Blog, Review, Paid Job walaupun tidak banyak seperti blogger hebat lain namun ianya lebih daripada itu. Ianya mampu melatih seorang blogger untuk menjadi lebih bertanggungjawab dan amanah dan bersikap profesional. Ianya sangat baik. Jika anda seorang blogger yang belum mempunyai peluang seperti blogger lain, jangan risau. Tingkatkan kualiti blog terlebih dahulu seperti penghasilan artikel, paparan blog lebih profesional dan munculkan diri kehadapan. Promosi blog, join aktiviti blogging dan InsyaAllah anda akan berjaya. Semua itu bergantung kepada kemahuan anda dalam dunia blogging. 

Entri ini adalah imbasan ringkas selama saya berkecimpung dalam dunia blogging. Ambil mana yang bermanfaat sahaja jika ada. Selain itu anggap ini entri meluah rasa dan perasaan sahaja. Tidak lebih daripada itu. Adalah harapan saya pada masa akan datang, blog ini mampu bertahan begitu juga dengan blog lagi satu, Blog NA agar ianya terus berkembang. Anda mungkin ada sasaran ingin dicapai dalam dunia blogging bukan? Atau sekadar suka-suka sahaja? Semoga rakan-rakan blogger semakin maju dalam dunia blog. InsyaAllah. Wallahualam.

54 Comments

tahniah. dan semoga terus berjaya dalam dunia blog ye tuan :D

Aminn...insyaAllah Bro NA...moga terus istiqhomah berkongsi apa sahaya yang terbaik dan bermanfaat...moga menjadi benih baik yang hasilnya dapat dinikmati di sana kelak...

Tahniah....kerana mejadi blogger yang terus cuba memberi manfaat pada pembaca..betul tu menjadi blogger kena hati2 supaya tidak tercetus kebencian dalam susunan kata yg kita simpulkan

Amin In Sha Allah NA.
Semoga istiqamah dan terus maju jaya.

InsyaAllah, terima kasih Amer...

Terima kasih sis... InsyaAllah...

Terima Kasih sis... Saya setuju tu sis... Apa yang kita buat kesannya pada diri sendiri juga...

InsyaAllah sis... Mudah-mudahan...

Tahniah, dah 7 tahun, lama tu. Saya pon padam juga post-post lama yang menampakkan zaman jahilliyah dulu hihi.
Semoga terus sukses!

Liku2 perjalanan seorang blogger yg bermula dari 0 sampai berjaya. Tahniah krna kini sdra Lan sudah berjaya...

Satu pengalaman yang manis..hebat ilmu N a telah applikasikan..boleh lah tunjuk ajar..

blog kite sebaya laaa gehe laaa knape delete? br nk try terjah n komen entry lelama tu🙈🙈🙈😆😆😆😆

semakin lama semakin best bila terjebak ke dunia blog ni , dulu bina blog atas dasar suka - suka , sekarang semakin banyak benda yang boleh diperoleh

Tahniah Lan.
Teruslah menghasilkan entri2 hebat dan bermanfaat.

Tahniah Tuan, smga sntiasa sukses dgn dunia blogging.
:)
Slmt tahun baru dari Cik Renex

Terima kasih sis... baru 7 tahun je sis... harap bertahan lama lah....

Belum berjaya seperti yang saya idamkan lagi bang, tapi Alhamdulillah saya sampai pada tahap ni...

InsyaAllah bang, kalau apa yang saya tahu boleh saya ajarkan...

Haha, tunggang langgang entri lama tu... segan nak tunjuk.. haha

Betul tu CCL, kena pandai guna manfaat yang ada...

Terima kasih Pak Cik, InsyaAllah jika keluar idea dalam minda ni... hihi

Terima kasih Cik Renex, Amin, Mudah-mudahan... Semoga berjaya juga buat Cik Renex dan Selamat Tahun Baru juga ye..

GV kagum dengan Mr Noor Azlan kerana konsisten dengan dunia blogging. Nama Mr Noor Azlan pun popular di kalangan blogger di Malaysia kan. Hihi. Terbaik Mr Noor Azlan. :)

Tahniah, tak sangka dah lama. Mesti dah byak pengalaman, dugaan dan cabaran sepanjang berblog ni.. Terima kasih atas perkongsian. Sy suka baca perkongsian tentang kejayaan ataupun pengalaman berblogging nie.. bagi byak inspirasi kpd sy.. Keep on blogging :D

Banyak maklumat saya dpt melalui entry ini. Baru saya tau susahnya menjadi se orang blogger. Dan banyak panduan boleh saya guna untuk membaiki entry saya kerana selama ini saya bersantai sahaja bila menulis. Thank you.

salam..
semoga berjaya dlm dunia blogging dan smpai juga apa yang ingin disasarkan..
=)

JM tag abg

https://belogsjm.blogspot.my/2018/01/segmen-blogwalking-by-miss-kepeng.html

Tahniah dan semoga terus berjaya.. Salam kenal dari LeYa

Tahniah tuan.. semoga ada keberkatan berkongsi kebaikan dan terus dipermudahkan usaha semuanya.. aamiin. Salam ukhwah :)

Semoga terus maju jaya dalam kerjaya dan sebagai blogger..
Tahniah Tuan NA.. Bravo!

saya juga blogger kecil.

masih bertatih untuk menulis supaya lebih baik dan mantap setiap hari

saya pun masih bertatih untuk improve blog kecil saya ni :')

semoga terus berjaya dalam dunia blog..eh dah lama tak menulis nampaknya disini

hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
sincerely , farahain zfa

tahniah ye banyak perkembangan blog ni

hidup blogger ! memang tak dinafikan, ada dalam kalangan kita yang macam tu. macam rezeki kena datang dekat dia sorang. tapi ada juga yang membantu. nampak kita macam jauh tersasar daripada seorang blogger, terus cakap baik baik. alhamdulillah. smoga kita semua tk putus asa.

Insha Allah, semoga En Azlan terus sukses dalam dunia blogging.. =)

Saya tak popular mana pun, biasa-biasa aje...

Terima kasih Nurulatika, susah nak kekalkan komitmen juga kalau buat 3,4 perkara dalam satu masa ni... Haha

Sama-sama Adam, InsyaAllah sama-sama kita maju ke hadapan...

Terima kasih sis... InsyaAllah...

Wassalam... Terima kasih Cik Yaya...

Sorry Bang JM, belum sempat join mana-mana segmen...

Terima kasih, Salam kenal daripada saya juga LeYa...

Amin terima kasih nasihatnya Tuan Khir... InsyaAllah...

Terima kasih Sis LZ, dah kira ketinggalan ni... haha

ALhamdulillah, InsyaAllah sama-sama kita bertatih...

Haha, lepas ni menulis lah lagi ye...

Terima kasih Farahain... Salam perkenalan juga...

InsyaAllah, betul tu Ayunie... Kita cuba yang terbaik...

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati dan sebagainya yang secara jelas menyalahi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] - SKMM.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi.

Don't hesitate to contact me at azlan7783@gmail.com for any review, advertorial or anything else.
EmoticonEmoticon