Percutian ke Ho Chi Minh. Aku datang!

Percutian ke Ho Chi Minh. Aku datang! Ho Chi Minh adalah salah sebuah bandar utama di Vietnam. Jangan tidak tahu, nama Ho Chi Minh diambil sempena nama pemimpin Vietnam Utara semasa perang dengan Amerika tercetus. Beliau dilahirkan pada tahun 1890. Pada entri kali ini, saya bukan mahu bercerita berkenaan sejarah Ho Chi Minh tetapi cerita pengalaman percutian ke Bandar Ho Chi Minh, Vietnam.

Ho Chi Minh City, Saigon City, Percutian ke Ho Chi Minh. Aku datang!

Bandar Ho Chi Minh sangat sinonim dengan rakyat Malaysia. Ianya menjadi lokasi percutian yang berbaloi, mengasyikkan dan anda pasti teruja berbicara mengenainya. Jangan terkejut ya jika anda terjumpa rakyat Malaysia jika anda berpeluang ke sana. Anda tidak akan berasa janggal jika bercuti ke Ho Chi Minh. Apa yang menariknya tentang percutian ke Bandar Ho Chi Minh? Baru-baru ini, seorang kawan bercerita panjang lebar mengenai percutian ke Bandar Ho Chi Minh. Teruja betul apabila mendengarnya. Memang seronok!

Ho Chi Minh City adalah sebuah bandar yang paling mengasyikkan. Bandar ini juga adalah sebuah bandar perdagangan dan budaya yang berorientasikan oktan yang telah memacu negara Vietnam ke hadapan dengan sungguh bertenaga dan memberi "vibe" terbaik kepada diri kita untuk berjalan-jalan di bandar itu. Menurut kawan saya tadi, Ho Chi Minh dilengkapi dengan deretan hotel terbaik hingga ke rumah-rumah paling murah, restoran paling klasik dengan gerai-gerai jalanan yang mempunyai makanan yang sangat sedap. Selain itu, terdapat juga pelbagai pilihan butik-butik untuk anda bershopping di pasar sana. Beliau menambah, Ho Chi Minh adalah bandar tenaga dan penemuan kerana anda akan dapat merasai tenaga atau "vibe" bandar itu dan pastinya anda akan menemui pelbagai benda menarik ketika berada di sana.




Menarik dan tertarik ke tidak? Lepas dengar cerita dia, kita Traveloka dahulu! Terus buka laman Traveloka dan kalau anda mahu tahu, Traveloka adalah laman sesuai untuk menjadikan pelan percutian anda sangat mudah kerana laman ini dapat memberikan maklumat berkaitan flight mana yang murah dan berpatutan. Anda perlu letak tarikh yang anda mahu pergi, terus keluar maklumat flight yang ada. Tidak perlu pening kepala mencari. Bila saya cari, tiket Malaysia Airlines (MAS) lebih murah daripada harga tiket flight lain. Bukan itu sahaja, MAS juga ada menawarkan diskaun yang murah kerana Traveloka sentiasa memberikan tawaran diskaun kepada sesiapa yang membuat tempahan melalui Traveloka. Lebih berbaloi! Bila tengok ada diskaun, terus layari link Malaysia Airlines (MAS) online booking ini untuk terus grab tiket flight. Selain daripada beli tiket flight, anda juga boleh tempah hotel melalui Traveloka kerana terdapat banyak hotel dengan kadar yang terbaik yang boleh kita tempah.

Sebelum pergi bercuti ke Vietnam, pastikan rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Banyak tempat menarik di sana dan you will have great time there. Tempat menarik seperti Menara Kewangan Bitexco (Bitexco Financial Tower) perlu dilawati kerana anda boleh melihat pemandngan bandar dari situ. Menara ini terletak di tengah-tengah daerah perniagaan dan hiburan di Bandar Ho Chi Minh. Ianya merupakan pembangunan hartanah komersial paling menarik yang dilakukan di Vietnam setakat hari ini. Ia dibangunkan setinggi 262 meter tinggi dengan terdiri daripada 68 tingkat. Di level bahagian bawah terdapat kedai-kedai runcit, kedai makanan dan klinik perubatan manakala bahagian atas adalah pejabat dengan akses terhad. Lebih menarik, arkitek yang bertanggungjawab untuk mereka bentuk Menara Kewangan Bitexco, Carlos Zapata twlah mendapat inspirasi untuk bentuk unik bangunan pencakar langit tersebut daripada bunga kebangsaan Vietnam, Lotus. Bagi orang Vietnam, teratai adalah simbol kesucian, komitmen dan keyakinan. Menara ini dibina pada masa pertumbuhan yang tidak pernah berlaku untuk ekonomi Vietnam, yang mewakili tenaga dan aspirasi rakyat di Vietnam.

Bitexco Financial Tower, Ho Chi Minh City

Saigon Skydeck, dibuka pada setiap hari dari 09.30am hingga 09.30pm (kemasukan terakhir adalah 45 minit sebelum penutupan). Terletak di tingkat 49, dek pemerhatian menawarkan pemandangan 360 darjah panorama seluruh bandar dan Sungai Saigon yang berdekatan. Kemudahan yang ada di sini termasuklah kedai hadiah, skrin sentuh maklumat dan macam-macam lagi. Di tingkat 50 juga, pelancong boleh masuk secara bebas melalui satu set tangga yang boleh membawa ke sebuah kafe yang menyajikan pelbagai minuman manakala di tingkat 52, terletaknya dek helikopter.

A O Show, Ho Chi Minh City

Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang paling popular di bndar ini termasuklah A O Show, Teh Dar, The Mist adalah tiga pertunjukan kebudayaan menghiburkan di Saigon Opera House. Setiap pertunjukan selama 60 minit menceritakan budaya Vietnam, daripada suku kaum liar di dataran tinggi, kehidupan damai dalam budaya, kepada tenaga yang bertenaga di bandar. A O Show adalah gabungan langkah cirque buluh, tarian kontemporari, akrobatik dan musik langsung oleh alat musik rakyat. Teh Dar adalah alam memburu haiwan liar, percintaan diterangi cahaya bulan, cerita dongeng kematian dan reinkarnasi. The Mist pula adalah intipati kehidupan petani Vietnam Selatan yang dinyatakan dalam bahasa tarian kontemporari sensual.

Cu Chi Tunnels, Ho Chi Minh City

Selain itu, Cu Chi Tunnels (sebuah sistem terowong yang mesti anda lihat kerana ada kaitan dengan perang Vietnam). Onetrip Cu Chi Adventure adalah sebuah kumpulan yang menjalankan pengembaraan motorsikal dan mereka sangat berpengalaman dan berpengetahuan tentang Terowong Cu Chi termasuk sejarah Perang Vietnam. Kalau ingin mengetahui lebih lanjut, anda boleh dapatkan maklumat lebih terperinci di enjin carian. Kalau anda selesa memandu di Vietnam, anda boleh merancang jadual perjalanan anda sendiri. Lebih fleksibel dan ikut suka anda mahu berjalan waktu bila. Lebih jimatkan sedikit wang saku. Kalau tidak, ikut sahaja panduan Onetrip Cu Chi Adventure kerana mereka dianggap paling cekap untuk melalui Cu Chi Tunnels.

Jangan ketinggalan untuk menikmati Vespa Adventures (lawatan bermotorsikal di Bandar Raya Ho Chi Minh, Delta Mekong dan pantai). Vespa Tours menawarkan lawatan bandar siang hari dan petang dengan panduan berbahasa English, pemandu dan jurugambar lawatan di dalam bandar, makanan untuk sepanjang perjalanan serta pemandu yang ramah. SBT akan menyumbangkan $1 setiap tetamu kepada DRD Vietnam iaitu sebuah organisasi advokasi kecacatan di HCMC, dan juga menawarkan satu-satunya jelajah motorsikal yang boleh akses di Vietnam. Bukan itu sahaja, anda boleh cuba jalan-jalan dengan Saigon 2CV Tour dengan melawat bandar asli di bandar dari pukul 9.30am hingga ke 7.00pm. Selain itu, jangan lupa melawat Dam Sen Park di pusat bandar untuk menxuba pelbagai slaid air yang unik. Menurut maklumat, slaid baru akan ditambah hampir setiap tahun, tetapi "Space Bowl" adalah klasik. Pernah lihat dinosaur? Anda berpeluang melihat koleksi dinosaur taman "anima-tronic". 

Teruja kan? Seronok? Lebih seronok jika anda merasainya sendiri pengalaman bercuti di Bandar Ho Chi Minh. Paling penting, rancang perjalanan anda di Traveloka. Percutian ke Ho Chi Minh. Aku datang!

28 Comments

teringin nak ke sana...tapi tak tau bila...hehe

Bawa luggage besar sikit tau.. hehe

bestnya.. dengan harapan, ina dapat ke sana juga.. one day

jgn ajak org pompuan nnt dia msk ben thant dia x reti nk keluar hahahaha

seronok.selamat bercuti nanti (^_^).

Adoilah.. cantik memikat gambarnya.. Hehehe

Kalau ada rezeki nak juga ke sana. Sekarang nak habiskan cuti-cuti malaysia dulu.

InsyaAllah moga tercapai impian ya...

Sesekali gi tempat orang memang seronok sis...

Boleh-boleh Ai, kena plan awal...

Asalam NA..wow!! ada perancangan ya ke sana..hebat kan ..niat melancong untuk melihata dunia atau semulajadi di tempat lain ciptaanNya. Selamat bercuti2 ya

Ada impian ..teringin nak join team NA ke sana..alamak..bestnya

Ho chi minh ramai yang kata sana syurga shopping.. Teringin jugak nak pergi, walaupun husniey kurang sikit bab shopping kalau travel lebih kepada nak tengok permandangan indah alam semulajadi.. Tapi kalau promosi besar besaran berbaloi beli tiket murah ke sana boleh tambah lagi koleksi fridge magnet hihi

Happy travel bro! Nanti tulis entry pasal cuti kat sana pulak ye :D

Koleksi Fridge Magnet memang wajib beli kalau travel... Kenangan kan...

Memang nampak best, tak cuba tak tahu kan...

Wassalam bang, Vietnam salah satu lokasi idaman bang...

InsyaAllah bang, mudahan diizinkan...

Pernah juga dengar Ho Chi Minh best, tapi ntah bila sis berpeluang melancong ke sana.. Busy sokmo.. Doakan semoga sis ada rezeki melancong na..

Ye, ramai kawan saya dah pergi sana, at least perlu masuk dalam wishlist...

allahu. mcm best pulak. tahu tempat shopping je. huhu.

Hahaha... Boleh lah cuba pergi sana nanti ye...

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati dan sebagainya yang secara jelas menyalahi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] - SKMM.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi.

Don't hesitate to contact me at azlan7783@gmail.com for any review, advertorial or anything else.
EmoticonEmoticon